Beppa Jompo-Jompo (Kuih Jompo-Jompo) |
Namun peredaran zaman telah mengubah cara berfikir dan bertindak masyarakat dari segi tujuan pembuatan. Selain sebagai hidangan manisan untuk keluaraga, ketika ini kuih tradisi ini telah komersilkan dan boleh didapati daripada penjual kuih. Kuih ini mungkin agak asing dari segi namanya sahaja, kerana lain suku kaum maka lainlah nama dan sebutannya. Selain menjadi kuih tradisi masyarkat Bugis, kuih ini turut dikongsi oleh suku kaum lain seperti Brunei (Penderam), Bajau, Suluk (Penyaram) dan Melayu (Cucur Jawa).
Perbezaan kedudukan goegrafi masyarakat, tidak mempengaruhi cara pembuatannya. Perbezaan kecil hanya boleh dilihat dari segi sukatan bahan-bahan, dan teknik mengadun bahan-bahan. Membuat kuih jompo-jompo agak leceh (banyak pantang larang) berbanding dengan kuih lain. Pantang Larang adalah seperti bahan2 yang hendak diguna tidak boleh terlebih atau terkurang, minyak untuk mengoreng tidak perlu terlalu banyak atau panas, sehingga bentuk kuali dan kebersihan turut diaambil kira. Pendapat Mulia pula, kemungkinan orang lama yang membuat kuih ini, tidak mempunyai sukatan yang tepat dan ilmu yang diperturunkan segara agak-agak menjadikan si pembuat sukar untuk mendapat hasil yang memuaskan.
Oleh kerana Mulia memang gemar kuih ini, tak kisahlah banyak pantang larang atau tak, Mulia lagi teruja hendak mencuba dan membuatnya. Klau berjaya membawa maksud yang positif, klau tak kena cuba dan cuba lagi. Sebenarnya mak Mulia dulu kira antara yang terror dalam pembuatan kuih ini, tapi tak pernah nak belajar pun. So dah tiba masa Mulia plak perlu belajar dan membina nama (tinggi sungguh angan2 - dapat pujian dari si tukang rasa en. hubby dah puas hati).
Jompo-Jompo - Percubaan pertama kali |
Tekstur dalam yang berongga |
Resepi - Kuih Jompo-Jompo
2 cawan tepung beras (cap teratai)
2 cawan tepung gandum (tak kira cap)
2 cawan gula merah
2 cawan air
Minyak untuk mengoreng.
- Gaulkan tepung sekali dan klau nak rase lemak letak sedikit garam (hari tu Mulia terlupa plak nak letak)...hehehe.
- Larutkan gula dengan air (Mulia masak sehingga larut, then tunggu sejuk sket baru gaul dengan tepung)
- Gaul sebati semua bahan then biar selama 1 jam ke 4 jam kemudian goreng. Seeloknya adun ketika malam, pagi esok baru goreng. (Mulia hari tu lepas sejam dah start goreng).
- Tuang sedikit adunan ke dalam kuali dan goreng.
Gula yang telah dicarikan |
Campuran tepung |
Biarkan sdunan sekurang2nya 1 jam sebelum mula menggoreng |
Lelehan adunan keluar ketika menggoreng sebagai salah satu tanda kuih jompo-jompo yg dibuat sempurna |
Proses menggoreng - minyak tak perlu terlalu banyak |
Hubby Mulia kata, "erm lembut dan sedap daripada yang kita beli kat pasar malam tempoh hari"...nampak gaya, akan datang kena buat lagi dan harap2 hasilnya lebih baik.. Alhamdulillah
No comments:
Post a Comment