Buah Salak - hasil tanaman bapak |
Salak (sallacca edulis. sp, family palmea) antara pokok yang menjadi pilihan untuk bapak tanam dikebun, agaknya bapak tahu Mulia ini suka makan buah salak kot. Tapi klau dah tanam banyak pokok tu, nak makan pun dan terlebih dan tak habis, so jawapnya mak Mulia akan jual kat pasar Sandakan. Mulia mmg suka sangat makan salak sebab rasanya yang manis, masam dan kelat2. Kat kampung dulu salak yang mulia kenal semua yang fresh, takde yang jeruk mcm sekarang nie. Masa tu ingat makan jer, tak perna plak terfikir nak kaji ape khasiat buah salak tu. ingat sedap masuk tekak jer, sebab tu klau org hidang buah salak sebagai sarapan pun Mulia ok je ...hehehe.
Indahnya masa tu, kadang2 tu berangan-angan masa petik buah2an tu, mcam petik buah epal or anggur kt negara orang putih. Angan-angan jerlah, takpe yang penting indah dan free..hehehe. Tapi kini tinggal kenangan, mak bapak Mulia pun dah tua, dah tak larat nak berkebun. Klau nak makan buah2an kena petik kat pasarlah jawabnye, tu pun kadang buah2 esotik yang kita makan masa kanak2 jarang nak jumpa . Begitu indah zaman kanak2 yang memang mustahil untuk dinikmati kembali.
Benih salak yang ditanam oleh orang kampung, di datangkan khas dari Indonesia, Orang kampung Mulia kebanyakkan migrat dari sana zaman sebelum Sabah merdeka lagi. Mmmg ramai yg tanam pokok nie kt kg Mulia, dorg tu boleh digelar tokeh salak, sekali tuai bertan-tan. Di sandakan buah salak segar dijual antara harga RM1.00 ker RM3.00 per kg, murah kan! klau banding harga kt Semenanjung nie harga dah RM5.00 ke RM8.00 per kg.
Zaman belajar dulu pun, Mulia selalu bawa buah salak dari kampung untuk kawan2 sebagai buah tangan. Kawan2 Mulia mmg suka sgt, yang dari Johor, Kelantan, Melaka dan Kedah siap kumpul biji untuk tanam kt kampung masing2. Siap bagi tunjuk ajar pada mereka cara2 nak tanam dan kahwinkan pokok salak. Syukur Alhamdulillah, Allah bagi peluang pada Mulia plak merasa hasil buah salak yang ditanam di kampung sahabat baik Mulia, Kg. Sungai Balang Besar, Muar Johor.
Klau nak kn pokok salak menghasilkan buah yang lebat, pokok salak kena kahwinkan. Eh ingat orang aje ke kena kahwin utk membiak...pokok salak pun sama. Pengalaman ni, Mulia dapat free je...berkat rajin ikut mak ke kebun kahwinkan salak. Bila pokok salak betina mengeluarkan bunga (debunga sedang mekar warna merah kekuningan), bunga dari pohon jantan diperlukan untuk pendebungaan. Cara dia senang jer, ambik bunga jantan dan letakkan di atas debunga betina tadi. Baru buah jadi banyak berbanding dengan proses pendebungaan yang bergantung pada keadaan semulajadi seperti ejen kumbang atau angin.
Rasanya yang sedap mengatasi rupa salak yang hodoh dan bersisik seperti ular. Subhanallah. Segala puji-pujian hanya padamu Ya Allah yang telah mencipta alam dan sekalian isinya. Bukan hanya dengan dapat merasa kelazatan buah salak. Disebalik itu terkandung pulak khasiat yang banyak seperti kalsium, betakarotin, tanin saponin dan flavonaida.
Menurut beberapa kajian, betakarotin yang terkandung dalam 100gm isi salak melebihi buah-buahan lain seperti mangga, jambu dan tembikai. Yang mana zat ini adalah baik untuk mata, oleh itu sekiranya sebelum ini kita obses tentang pengambilan carrot dalam diet untuk tujuan ini, salak adalah alternatifnya. Kandungan tanin pulak adalah baik untuk mengatasi masalah cirit birit. Kulit nipis (kulit ari) yang bertindak sbg lapisan pada isi salak, merupakan serat yang tinggi, jadi klau seblum ini kita buang kulit ari tu, eloklah mkan saja buah salak tanpa membersihkannya.
Muka teruja - 1st time jumpa buah salak |
Bagaimanapun, terdapat golongan yang perlu menghindarkan pengambilan buah salak yang banyak dan berterusan. Ini terutama pengidap penyakit yang perlu mangamalkan diet rendah serat, penyakit usus dan pengidap talesemia kronik. Kandungan zat besi yang tinggi dalam buah salak akan mengakibatkan mendapan Fe dalam organ seperti limpa.
Begitulah kaitan kisah Mulia dengan buah salak....
Bapak tengah petik buah salak - guna tangan jer. |
Alhamdulillah, bapak masih sihat untuk mencari buah salak untuk Mulia |
Salam
ReplyDeletewalaikumsalam, salam kenal dan tq sudi singgah.
Delete