Persalinan Baju Bodo |
"Baju Bodo" adalah pakaian tradisional masyarakat Bugis khas untuk kaum wanita. Baju ini berbentuk segi empat dan tidak berlengan. Selalunya fabrik yang digunakan untuk membuat "Baju Bodo" daripada material yang nipis dan jarang seperti kain muslin "kasa" dan ada catatan yang mengatakan bahawa busana ini adalah antara yang tertua di dunia. Ini bersesuaian dengan sejarah perkembangan kain muslin yang telah digunapakai di Sulawesi Selatan ketika abad ke-9 lagi, berbanding kain ini hanya dikenali di Eropah ketika abad ke-18. Menurut sejarah, warna baju bodo yang dipakai melambangkan peringkat umur dan taraf sosial wanita bugis ketika itu;
Warna | Makna | |||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Jingga | dipakai oleh kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun. | |||||||||||||||||||||||
Jingga dan merah | digunakan oleh gadis berumur 10-14 tahun. | |||||||||||||||||||||||
Merah | bagi wanita berumur 17-25 tahun. | |||||||||||||||||||||||
Putih | digunakan oleh para inang dan dukun. | |||||||||||||||||||||||
Hijau | khas untuk wanita berketurunan bangsawan | |||||||||||||||||||||||
Ungu | dipakai oleh para janda. | (Sumber Wikipedia). |
Selalunya kain bawahan untuk baju bodo dipadanan dengan Lipa Sa'bbe (kain sarung sutera) yang warna yang senada dan di ikat di sebelah belakang atau separuh di sebelah kiri, manakala lebihan kain yang tidak diikat, dipegang atau dikepit oleh tangan kiri.
Ketika ini peranagn baju bodo telah diambil alih oleh baju kebaya atau pakaian moden lainnya. "Baju bodo" hanya dipakai ketika majlis-majlis keraian seperti majlis perkhawinan. Mereka yang memakai baju bodo pulak terhad pada pasangan pengantin, passeppi (kanak-kanan pengapit) dan penyambut tetamu.
Baju Bodo - Pakaian Adat Tradisi Bugis |
1st thing in my mind bila dah setuju tu, nak pakai baju adat Bugis. Almaklumlah keturunan Bugis pure, mesti nak merasa sekali seumur hidup pun jadilah. Suami mengikut saja pilihan Mulia, tapi sampai bab pilihan warna baju tu yang sedih, mula nak pakai warna yang senada dengan pelamin, tapi apakan daya, saiz badan kami berdua tidak mengizinkan....so tu yang jadi warna biru nie....pulak tu warna yang kami pilih tidak disertakan dengan baju pengapit. Bagi Mulia, walaupun majlis kami tidak mengikut adat perkhawinan Bugis sebenar, sekadar memakai Baju Bodo dah cukup.
Kesian jugak Mulia pada suami yang bukan berketurunan bugis, agak kekok ketika mengayakan busana tersebut. Walaupun kekok dan asing, namun dia tetap teruja berbusana "Baju Bodo"
No comments:
Post a Comment