Pulut panggang, pulut lepo dan gogos makanan yang akan sama dibuat daripada pulut, dibungkus dengan daun pisang serta dipanggang sebelum dihidangkan. Pulut panggang intinya sambal kelapa, pulut lepo lebih terkenal di di negeri pantai timur semenanjung dengan inti sambal ikan seakan serunding. Gogos pula tidak mempunyai inti dan saiznya lebih besar, lebih terkenal dengan masyarakat bugis yang dimakan dengan pelbagai lauk atau lauk paling simple dengan telur rebus.
Pulut lepo ini disediakan oleh mak mertua ketika menjelang aidil adha baru-baru ini. Saya hanya sempat tolong bungkus saja sebab inti ikan telah disediakan lebih awal sehari. Saya tanya akan hidangan ini sama ada memang disediakan di Kelantan ketika hari raya atau tidak, di maklumkan bahawa saja-saja buat lagi pun atas permintaan ayah mertua yang katanya lama tak makan pulut lepo. Agaknya sepanjang ramadhan baru ini, mertua tak buat untuk jualan selalu setiap ramadhan mak mertua buat pulut lepo ini dengan kuih akok untuk dihantar ke kedai sebagai juadah berbuka puasa.
Sumber: Nang Teh Salleh
Bahan untuk Sambal Ikan
1 kg ikan selayang - rebus dengan asam keping dan sedikit garam,
10 tangkai cili kering - rebus*
5 batang serai*
2 inci. halia*
5 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1 liter santan pekat
Garam
Gula nipah (nise)
Cara Penyediaannya
* Leraikan ikan rebus daripada tulangnya.
* Blend halus bahan bertanda '*'.
* Dalam kuali, campurkan santan, bahan blend, gula, garam dan isi ikan.
* Masak dengan api sederhana sambil dikacau.
* Apabila sambal mula mengering, guna api paling perlahan dan sentiasa dikacau sehingga kering.
2 kg beras pulut
1 liter santan pekat
Garam secukupnya
Daun pisang untuk membungkus secukupnya
Cara Penyediaannya
* Basuh dan toskan beras pulut.
* Siapkan daun pisang untuk membungkus pulut, lebarnya seperti untuk membuat lepat.
* Campurkan santan dengan sedikit garam.
* Kukus pulut hingga masak dan keluarkan daripada kukusan.
* Siram pulut dengan santan dan kacau sekata. Ulang proses hingga semua pulut sebati dengan santan. Selepas selesai gaul pulut dengan santan, boleh juga kukus pulut semula sekejap.
* Sejukkan pulut seketika sebelum dibungkus.
* Sudukan pulut di atas daun pisang, sambil menekan sedikit untuk meratakannya.
* Letakkan sesudu inti ikan di tengah-tengah pulut dan cantumkan pulut semula untuk menutup inti. Gentel sedikit hingga pulut menjadi bulat dan lonjong.
* Rapikan bungkusan dan sematkan di kedua-dua hujung daun pisang menggunakan lidi atau stapler.
* Ulang proses membungkus pulut hingga selesai.
Agak-agak daun layu seperti dalam gambar, tak perlu panggang beriya sangat sebab pulut dan inti sebenarnya sudah cukup masak.
Sambil memanggang, tak sedar saya makan berbatang-batang pulut lepo ni. Sebenarnya saya suka makan jenis-jenis pulut yang macam ini sama ada pulut panggang atau pulut lepo. Ada kisah lucu zaman sekolah rendah saya dengan pulut panggang, sebab malu nak pergi beli selalu, saya upah kawan tolong belikan di kantin.
Untuk memudahkan dibentuk dan dibungkus, seeloknya lakukan ketika pulut masih suam-suam kuku lagi.
Belah Encik Suami panggil gogos juga.
ReplyDeleteMoga ayah mentua cepat sembuh.
Amin, orang dah ada penyakit berangkai gitu lah kak check in, check out hospital perkara biasa.
DeleteOh orang bugis dan kokos panggil sama ya gogos.
menyelerakan betul rupa paras si gogos ni
ReplyDeleteini gogos stlye kelantan guna inti sambal ikan.
Delete