Thursday 20 August 2020

Es Jeruk

Assalamm...
Sejukkan tekak dengan es jeruk selepas perbualan panjang di talian sebentar tadi.  Panas hati sebenarnya sebab kena letak on hold terlalu lama, tapi nak buat macamana kena lah check apa-apa sebelum boleh buat keputusan kan.  Es jeruk ini minuman yang saya suka minum bila berkunjung ke Indonesia, orang lain mungkin suka jus alpokat tapi saya lebih gemar es jeruk nie.  Jus limau lah kalau orang Malaysia panggil, di sana limau mereka panggil jeruk, kalau kita di sini kenal jeruk tu benda yang telah diawetkan. Es tu pula adalah ais.  Tak silap orang panggil limau manis, jenis limau dalam gambar tu, kami panggil limau cina


Es Jeruk
Sumber: Mulia

Bahan-bahan
2 biji limau manis
1 cawan air 
1 sudu gula (tambah jika suka manis)
Ais batu secukupnya

Cara Penyediaannya
* Bersihkan limau, belah dua dan perah jusnya.  Kupas kulit limau dan buang biji jika guna pengisar buah.
* Campurkan limau, gula, air dan kisar sekejap.  Tak perlu kisar hingga lumat.
* Tapis jus limau dan tambahkan ais.
* Hidangkan.

Sebaiknya nikmati es jeruk segera setelah disediakan, bila simpan lama atau semalaman, jus akan bertukar rasa menjadi pahit.  Rasa pahit tu boleh jadi juga sebab biji limau dikisar sekali dan isi buah yang rosak, jadi pastikan guna limau yang segar dan keluarkan bijinya.  Pasti ramai yang rindu nak berjalan-jalan sekarang kan, takpe kita try lah buat sendiri jus-jus yang pernah dinikmati semasa mengembara tu.  Selamat bercuti dan salam Maal Hijrah 1442, semoga tahun baru ini memberi sinar kebahagian yang hakiki buat kita semua..Amin Ya Rabbal alamin.
Wassalam.

24 comments:

  1. Replies
    1. Dah buat kena minum terus jangan simpan lama-lama.

      Delete
  2. menyegarkan.
    Salam maal hijrah 1442 H

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wak ada tanam tak pokok limau jenis tu, dapat hasil nanti minta puan isteri buatkan.

      Delete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. wahh., segar ni mak kalo minum tengah hari yg panas berdeting., ;p

    ReplyDelete
  5. sedapnya, saya suka jenis limau yang ada raasa masam2 situ memang boleh buat rasa segar gitu

    ReplyDelete
  6. Tengok pun dah terliur..terasa bagaikan mengalir kt tekak ni..nyamannya

    ReplyDelete
  7. Es jeruk nampak sedap. boleh cuba resepi ini nanti. :)

    ReplyDelete
  8. Wah segernya??? Patut dicoba !!👌👌

    ReplyDelete
  9. sedapnya kalau dapat lagi lagi cuaca panas mcm ni

    ReplyDelete
  10. INSTEAD OF GETTING A LOAN,, I GOT SOMETHING NEW
    Get $5,500 USD every day, for six months!

    See how it works

    Do you know you can hack into any ATM machine with a hacked ATM card??
    Make up you mind before applying, straight deal...

    Order for a blank ATM card now and get millions within a week!: contact us
    via email address::{Universalcardshackers@gmail.com}

    We have specially programmed ATM cards that can be use to hack ATM
    machines, the ATM cards can be used to withdraw at the ATM or swipe, at
    stores and POS. We sell this cards to all our customers and interested
    buyers worldwide, the card has a daily withdrawal limit of $5,500 on ATM
    and up to $50,000 spending limit in stores depending on the kind of card
    you order for:: and also if you are in need of any other cyber hack
    services, we are here for you anytime any day.

    Here is our price lists for the ATM CARDS:

    Cards that withdraw $5,500 per day costs $200 USD
    Cards that withdraw $10,000 per day costs $850 USD
    Cards that withdraw $35,000 per day costs $2,200 USD
    Cards that withdraw $50,000 per day costs $5,500 USD
    Cards that withdraw $100,000 per day costs $8,500 USD

    make up your mind before applying, straight deal!!!

    The price include shipping fees and charges, order now: contact us via
    email address:::::: {Universalcardshackers@gmail.com}
    Whatsapp:::::+31687835881
    ®

    ReplyDelete
  11. suka alpokat..es jeruk ni nmpk sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya memang ramai penggemar alpokat, baru nie gi melaka ada orang jual jus avocado coklat, mecam sedap pulak kat tekak.

      Delete