Assalam...
Kisah dan ceritanya melompat-lompat sekejap di Pahang, sekejap di Polewali, sekejap di Sabah ikut suka hati nak cerita mana dulu, begitu juga dengan tuan blog yang tidak tetap pendirian. Bukan jenis yang suka mengikut plot dahulukan yang mula dan kemudiankan yang kemudian, dia pakai taram ikut suka dan mood. Dengan itu makin lapok lah cerita yang lama, peram tak tahu sampai bila.
Hari last di Polewali, kami sempat pergi rekreasi di Salu Pajaan yang terletak di Kanang. Plan last minit, sebab tu tak sedia apa-apa makanan, kami singgah beli jer di pekan. Beli nasi kuning dan kuih-kuih sikit.
Untuk sampai ke kawasan Wisata Alam Salu Pajaan akan melalui kawasan perkampungan dan dusun buah-buahan. Di sepanjang sungai tu, terdapat beberapa kawasan rekreasi yang diusahakan oleh orang tempatan tetapi kami memilih untuk berada di Salu Pajaan. Dah lupa berapa bayaran masuk, ingatkan bayaran masuk tu sekali untuk menggunakan kemudahan seperti pondok, rupanya kena bayar asing. Sewa pondok besar macam kami pilih 150rb rupiah.
Terdapat kemudahan kolam renang yang sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak manda-mandi. Agak senang untuk mengawasi kanak-kanak yang mandi kolam berbanding mandi di sungai.
Sepupu sepapat mereka ini monopoli kolam kanak-kanak hari tu. Mainlah puas-puas anak-anak woi mak pak angpa dah bayar tiket masuk tadi, anggaplah kolam tu angpa yang punya.
Tak suka mandi di kolam, jom mandi secara alami di sungai. Kanak-kanak kecil kena awasi jika nak mandi di sini sebab batu agak licin dan air deras.
Ada group ibu-ibu sedang bersenam pagi.
Lalu di tepi sungai nak balik berehat di pondok kami, ada ramai group yang sedang buat aktiviti bakar-bakar ikan. Sedapnya lah, dapat ambil bau ikan bakar jer sebab kami sendiri beli nasi bungkus saja tadi.
Kebetulan semasa kami pergi tu, musim buah di Kanang. Kawasan ini memang terkenal sejak dahulu lagi sebagai dusun buah-buahan daerah Polewali, buah langsat dan durian yang paling femes di tempat ini. Kawasan pedalaman yang agak berbukit sangat sesuai untuk dusun buah-buahan, manakala kawasan datar adalah kawasan sawah padi yang menganjur hingga ke pantai.
Musim durian ketika itu sempat kami memanfaatkannya daripada beberapa penggerai yang menjual di dalam kawasan itu. Sebab semua hantu durian, memang berebut-rebut makan terutama kanak-kanak. Selepas berendam dalam sungai, panaskan badan makan durian.
Setelah semua dah puas mandi dan makan, kami bergerak meninggalkan tempat ini sebelum zohor. Sempatlah nak rehat kejap sebelum meneruskan perjalanan panjang malam tu.
Wassalam.
Meriahnya suasana di Polewali! Banyak buah-buahan!
ReplyDeleteTak apa dulu kemudian. Asalkan ada cerita untuk dikongsi.
ReplyDeletemenarik tempatnya
ReplyDelete