Asssalam..
Terima kasih banyak kak wan yang telah share resepi kek buah kukus ini. Dah lama intai cara yang macam ini tapi tak try lagi sebab tak sure sukatan sebenarnya. Bukan tak pernah buat tapi lain orang lain cara dan ada tips tertentu, kalau dah tukang masak terkenal macam kak Wan yang mengakui sendiri ini resepi terbaik kek buah kukus yang keluarga dia selalu guna, maknanya memang boleh dipercayai. In Sha Allah follow step dan ukuran mesti menjadi. Kalau nak resepi cara lain untuk kek buah kukus boleh rujuk sini.
Jujur, hasil kek buah yang guna resepi ini yang paling saya suka. Masih panas dah potong makan seketul tak puas ambil lagi seketul dan seterusnya. Betul kata kak wan tak sempat simpan lama dah habis. Bukan saya saja yang cakap macam tu tau, tapi mereka yang lain turut mencicipi kek buah ini. Lagi satu lebih mudah daripada resepi yang saya guna sebelum ini, so resepinya saya sharekan di sini. Minta halal ya kak Wan.
Kek Buah Kukus
Sumber: Kak Wan @ Resepicitarasawan
Bahan-bahan
300gm gula pasir
250gm mentega asli
400gm mixed fruit, cucui dan toskan hingga kering
100gm ceri merah dan hijau, biarkan sebiji2
3 biji telur grade A
60ml air panas
350gm tepung gandum
2 sudu teh soda bicarbonate
1/2 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh serbuk buah pala
Loyang 7 atau 8 inc dilencer dengan mentega
Cara Penyediaannya
* Ayak tepung, baking soda, cream of tartar dan campurankan serbuk buah pala (nutmeg powder).
* Masukkan gula ke dalam periuk atau kuali tebal, masak dengan api sederhana.
* Jangan mengacaunya, goyangkan periuk ke kiri kanan sehingga gula mencair sekata dan berubah keperangan.
* Tutup api dan masukkan air panas di tepi periuk supaya tidak terpercik.
* Kacau hingga gula larut, masukkan mentega dan kacau hingga mentega cair.
* Masukkan mixed fruit, gaul rata dan masak sekejap atas api.
* Bila suam, kaup balikkan tepung dan rempah.
* Pukul telur bersama esen vanilla hingga berbuih.
* Masukkan ke dalam adunan sedikit demi sedikit, gaul hingga sebati.
* Masukkan ke dalam loyang dan ratakan.
* Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 2 jam atau lebih.
Dan sebagai oleh-oleh untuk orang kampung, akan buat lagi kek ini. Takpelah kena berjaga malam ini kukus kek, demi sama-sama menikmati kek buah sedap ini. Suka share benda yang kita suka dengan keluarga, sama-sama rasa sedapnya, jangan benda yang pahit-pahit jer kita baru nak share.
Cuba siapa yang teringin, jimat sikit duit boleh beli benda lain. Kek buah kukus begini dalam pasaran rasanya seketul begini camni orang jual rm60 lebih kot, tapi memang harga bahan-bahan kuih mahal pun lagi-lagi kalau guna yang berkualiti.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment