Assalam...
Kuih ini termasuk kuih yang banyak nama dan boleh confius kan orang. Ada yang bila sebut kuih ondeh-ondeh terbayang kuih bom, bila sebut buah melaka baru merujuk kepada kuih ondeh-ondeh yang satu ini. Ada juga yang menyebut gandingan kedua-dua namanya sekali iaitu ondeh-ondeh buah melaka. Keluarga saya hanya kenal ini sebagai ondeh-ondeh, kalau sebut buah melaka mesti mereka tak kenal. Saya pula ada nama khas untuk kuih ini, panggilan saya pada kuih ini sejak kecil (menurut mak saya) adalah kuih gong-gong.
Amat senang nak buat dan hanya menggunakan bahan asas tepung pulut, kelapa parut dan gula melaka. Teringat cerita seorang pakcik di kampung dulu tentang kuih ini, tak tahu lah betul ker tidak, tapi kisah tu berulang-ulang dia kisahkan pada kami masa kecil. Cerita zaman penjajah kot, dia kata tok nenek kita dulu mana ada kuih-kuih moden, bahan-bahan buat kuih pun ada asas saja, tak kenal lagi kek, muffin dan sebagainya. Suatu hari diadakan pertandingan memasak kuih dan juri yang jadi pengadil tu adalah pembesar-pembesar orang putih dan isteri meraka. Pertandingan terbuka kepada wanita yang tinggal pekan dan kampung. Wanita pekan, menghidangkan kueh yang cantik-cantik, manakala mereka yang dari kampung hanya menghidangkan kueh ondeh-ondeh. Namun juri memilih kueh ondeh-ondeh sebagai pemenang kerana perasaan kagum mereka dengan kueh ini, sementara kueh orang pekan tu sudah sangat biasa bagi mereka. Saya tanya pakcik tu apa yang buat mereka kagum? mereka kagum macamana inti cair itu boleh ada di dalam kueh ondeh-ondeh?. Kalau macam tu, kek coklat yang ada lava keluar meleleh ketika dipotong, idea dapat daripada ondeh-ondeh lah kot, wallahualam.
Kueh Ondeh-ondeh
Sumber: Mulia
Bahan-bahan
1 bungkus tepung pulut
1 ketul gula melaka - potong cube 1/2"
1 biji kelapa parut putih
Sedikit garam
Air
Cara Penyediaanya
* Campurkan kelapa parut dengan sedikit garam, ketepikan.
* Tepung pulut campur dengan sedikit air, uli hingga tidak melekat di tangan.
* Ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan, tekan dibahagian tengah untuk letakkan gula melaka cube. Tutupkan inti gula melaka dan bulat-bulatkan semula adunan. Pastikan gula tersalut elok dan tidak ada permukaan yang bocor.
* Jerangkan air hingga mendidih.
* Masukkan bebola ondeh-ondeh ke dalam air mendidih. Kueh yang dah masak akan timbul dipermukaan air.
* Angkat dan sejat kueh yang sudah timbul.
* Golekkan kueh ke dalam kelapa parut yang sudah dicampur garam hingga semua permukaan tersalut kelapa.
* Hidangkan.
Memang ternyata kesukaan orang berbeza-beza, begitu juga dengan kuih yang satu ini. Ramai pengemarnya di kalangan sahabat termasuklah en.Abe.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment