Saturday, 9 June 2018

Bubur Gandum


Assalam...
Terpandang entri pasal bubur gandum daripada blog Gee-Hut, pernah makan bubur ini tetapi tidak tahu namanya.  Bubur gandum yang saya kenal tu yang menggunakan biji gandum.  Sekarang dah tahu lah, nama mungkin sebab guna tepung gandum berbanding dengan bubur lain banyak yang guna tepung pulut.


Mencabar sebenarnya menguli adunan tepung gandum berbanding dengan tepung pulut, sebab tahap melekat dia kat tangan tu susah nak dipisahkan.  Saya buat uli panjang-panjang sebelum gunting ke dalam kuah mendidih.  Mula-mula gunting dalam bekas tetapi melekat sesama sendiri, nak pisahkan tu susah, kesudahannya kena gunting terus ke dalam kuah.  Hati-hati ya kuah tu boleh terpercik ke tangan.  Resepi saya share kat bawah ya.


Bubur Gandum
Sumber: GeeHut 

Bahan A(doh):
1/2 cawan tepung gandum 
Air atau air pandan.
Secubit garam

Bahan kuahnya:
2 cawan santan
1/2 cawan air
Gula merah
Gula pasir
Daun pandan

Bahan C
Sagu mata ikan - rendam seketika


Cara Penyediaannya
* Adunkan semua bahan A sehingga menjadi doh yang lembut. Ketepikan
*. Masukkan bahan kuah ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. Kacau selalu supaya kuahnya tidak berbintil.  Ambil doh tadi dan cubitkan atau gunting kecil-kecil lalu dimasukkan ke dalam kuah yang mendidih. Buat sehingga doh habis. Biarkan mendidih dan doh gandum masak.
* Akhir sekali masukkan sagu mata ikan. Kacau rata dan sedia dihidangkan.


Alhamdulillah dapat kongsi rezeki dengan geng-geng buka puasa kat surau petang tu.  Tinggal semangkuk jer kat rumah untuk en.Abe makan masa moreh nanti.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment