Sunday, 25 March 2018

Lobang Jepang Dan Panorama Sianok, Bukit Tinggi


Assalam...
Sampai di bumi Bukit Tinggi, masih mamai selepas tertidur di perjalanan.  Supir bawa kami terus ke Sianok dan Lobang Jepang, sebenarnya masih blur nak buat apa kat sini sebab dia pun hanya drop kami di pintu masuk dan meminta kami masuk ke sini.  Terbaca nama Lobang Jepang tu baru teringat tentang terowong rahsia yang dijumpai di Bukit Tinggi, dibina ketika pemerintahan tentera Jepun di Asia Tenggara.  Oh sini tempatnya, kami tak terus masuk, jalan tinjau-tinjau dulu rumah kedai di sekitarnya, beli air dan sedikit makanan.


Nak masuk kena beli tiket "karcis" masuk dulu ya.  Lepas beli baru baca dipapan tanda, harga yang tu sebenarnya untuk dewasa tempatan, kalau pelancong 20,000.  Tak apelah, muka sama jer serumpun kan, lain lah kalau ko tu memang "bule" hidung mancung mata biru harus kena bayar lebih.


Lubang Jepang ini dibina oleh tentera Jepun sebagai tempat menyimpan bekalan dan peralatan ketenteraan mereka.  Terowong dibina berliku-liku dan mempunyai ruang-ruang tertentu seperti barek tentera, tempat meeting, penjara, ruang pengintaian, dapur, ruang makan, penyergapan dan stor.  Dikatakan orang tempatan Bukit Tinggi tidak mengetahui tentang pembinaan lobang rahsia ini kerana buruh paksa yang membina terowong di datangkan daripada pulau Jawa, Kalimantan dan Sulawesi.  Sementara buruh paksa Bukit Tinggi pula dikerah untuk melaksanakan projek di Pulau Jawa atau di Pulau Biak.


Kami study dulu peta lobang jepang ini, sebab kami fikir nak masuk dan explore sendiri tak perlu guna guide.  In Sha Allah takde apa-apa lah, walaupun ramai jer yang offer nak jadi guide semasa kami dengar penerangan mereka itu.  Siap ada yang takut-takutkan ada kejadian aneh, ada yang sesat, gelap dan macam-macam lagi.


Bismillah jom kita masuk, kami masuk ke lobang jepang daripada pintu masuk dalam taman Panorama Sianok, sebenarnya ada 3 lagi pintu masuk yang pelawat boleh ikut selain pintu yang terdapat di taman ini.  Setiap pintu tu ada jer yang offer nak bawa tour ke dalam ini.  Dari pintu yang kami masuk ini, kena turun tangga yang agak tinggi dan sempat lah saya kena tinggal oleh mereka berdua.


Dalam ini jumpa beberapa orang yang tengah explore juga, ada yang disertai guide atau yang sendiri.  Kami hanya ikut langkah kami dan tengok apa yang ada, masuk mana-mana terowong mengikut laluan yang disediakan.


Mula-mula kami ingat ada group lain dari belakang sebab dengar ada guide yang bagi penerangan.  Bila toleh, orang ini bercakap sendiri dan tiada pelawat yang menyertainya.  Sedarlah kami bahawa dia mesti mengikut kami sejak dari pintu masuk tadi dan cuba sedaya upaya nak terangkan apa yang ada dalam terowong ini.


Terangkan pasal tanah dinding terowong yang special, ada kandungan mineral mahal iaitu emas dan tanahnya sangat unik kerana semakin kukuh apabila terkena air.  Semasa gempa bumi berlaku di Sumatera Barat, lobang ini hanya mengalami kerosakan yang kecil.


Dia bawa kami ke pintu terowong, yang digunakan sebagai laluan rahsia keluar masuk dari terowong ke Sianok.  Nampaknya ada seorang lagi yang menyertai kami, tak kenal pun budak itu.


Ruang penjara.


Ruang dapur ini agak special sebab bukan digunakan untuk memasak tetapi tempat melupuskan mayat tahanan dan buruh paksa melalui satu lubang di bahagian dalam.


Buruh paksa atau orang tahanan yang mati akibat penyakit atau didera, mayat mereka akan dibuang melalui lobang ini.  Ngeri jika dibayangkan, ada antara mayat yang dipotong-potong.


Lubang di sebelah atas itu digunakan merupakan pintu untuk mengintai pergerakan musuh di sebelah luar terowong.


Satu lagi pintu rahsia dalam Lobang Japang.


Ruang yang menempatkan peralatan perang.


Dah puas bersiar-siar di dalam tu, kami dibawah keluar oleh si guide tu melalui pintu yang terdapat di laluan Sianok (Loket III).  Waduh keluar kat sini, dalam hati macamana nak balik ke taman tempat masuk tadi.


Lepas tu, dia arah kami ikut dia mendaki di tangga ini, lutut dan kaki rasa tak selesa sangat dah masa tu.  Tetapi nak buat macamana ikut saja lah.


Lepas habis daki tangga, nampak rumah-rumah orang dah dan kawasan perkuburan.  Tanah kubur betul-betul berada di atas Lobang Japang.


Bila melihat ke bawah, terpandang kawasan Sianok.  Kami tadi berjalan dari pondok di bawah tu.


Si guide itu minta kami naik ke menara tepi kawasan kubur, katanya lagi cantik sianok jika di pandang dari atas.  Jelas gunung Singgalang dan gunung Merapi, sayang tak kelihatan puncaknya kerana terlindung dengan kabus tebal.


Ini panorama sianok daripada menara tinjau, ada perkampungan dan sawah padi.  Kawasan sianok ini macam satu kawasan yang (luar dan besar) termampat atau jerlus ke bawah menjadikan kawasan tepi kiri kanan sebagai dinding atau tebing tinggi yang melindungi.  Fenomena alam ribuan tahun dulu kot mungkin sezaman dengan pembentukan Danau Toba.


Selesai turun dari menara tu, dia tunjukkan kami jalan keluar (masuk ke dalam taman semula, tempat kami mula-mula masuk).  Di situ banyak orang jual-jual barang cenderahati.  Ingatkan nak cakap terima kasih saja sudi guide kami, rupanya dia minta tips seikhlasnya.  Rezeki awak lah guide, tapi masih murah jika banding dengan bayaran yang guide lain minta di pintu masuk tadi.


Cantik lukisan tangan ini, tak jadilah beli sebab duit nak beli lukisan dah sedekah pada si guide tadi, hahahaha.  Ingat pada niat mula-mula nak datang ke sini, berjalan-jalan lihat dunia bukan trip shopping ya.


Keluar dari taman, kami mencari pak supir.  Rasa nak keluar cepat tinggalkan tempat ini.  Nak cepat pergi check in di penginapan, bersihkan diri dan berehat sebelum sambung berjalan malam ini. Wassalam.

No comments:

Post a Comment