Assalam...
Cerita penghujung tahun lepas, jalan-jalan kami bertiga ke Padang - Bukit Tinggi sebelum cuti sekolah bermula. Plan last minit sebab dapat tiket murah, ingat nak pergi berlima, tapi 2 orang lagi sibuk dengan program konvo kanak-kanak tadika tempat mereka mengajar.
Kami ambil tiket awal pagi, sebab dari pembacaan untuk ke Bukit Tinggi dari Padang agak jauh perjalanan. Pak Herman yang deal dengan kami pun menyarankan agar terus ke Bukit Tinggi dulu, hari nak balik nanti baru jalan-jalan di Kota Padang.
Pak supir yang ditugaskan oleh Pak Herman sudah sedia menunggu dan jemput kami di Bandara Internasional Minangkabau. Sekejap saja kami dah keluar, hanya urusan cop pasport dengan imegresen lagi pun kami masing-masing hanya membawa beg sandang. Sebelum meneruskan perjalanan kami minta pak supir singgahkan di rumah makan untuk sarapan. Sebenarnya sarapan di warung pun ok jer bagi kami, tapi dia bawa makan di RM Lamun Ombak.
Selesai makan, jom teruskan perjalanan. Tadi dah sarapan berat jadi lepas ini kami tak akan singgah lagi untuk makan, bekalan dan cukup sampai ke Bukit Tinggi nanti.
Baru nak terlelap, supir singgahkan kami di Air Terjun Lembah Anai. Setiap pengunjung pasti akan lalu sini, so wajiblah singgah dulu ambil gambar. Jangan tangguh kesempatan yang ada, singgah saja.
Di sini jalan agak sesak sebab kebanyakkan guide akan singgahkan pelancong yang mereka bawa.
Orang ramai sangat kat sini, nak ambil bergambar tanpa orang lain di belakang ala-ala post yang cantik memang agak susah kan. Dari berebut dengan manusia mencari tempat bergambar yang sesuai, baik saya layan makanan yang penjaja jual di situ.
Jajan pun pelbagai warna yang mereka jual, nampak sedap semuanya.
Sebelum sampai tanah minang, saya bayangkan bentuk rumah penduduk semua seperti rumah gadang dengan bumbung bentuk tanduk. Dah sampai baru tahu, tak semua orang mampu membina rumah gadang dan tak layak pun dari segi adat. Jadi banyak jer, rumah penduduk yang bentuk biasa seperti rumah modern.
Banyak juga bangunan modern tetapi hanya di serikan dengan bumbung minang. Ini salah satu bangunan kerajaan yang menggunakan bumbung minang.
Perjalanan meninggalkan kota Padang ke Bukit Tinggi semakin lama semakin jalan berliku, mendaki dan semakin sejuk. Pemandangan kiri kanan jalan pula cantik dengan kebun sayur-sayuran.
Persinggahan kedua kami adalah di rumah gadang yang terletak di Padang Panjang. Rumah gadang ini dijadikan sebagai pusat dokumentasi dan informasi berkenaan kebudayaan Minangkabau. Di pusat informasi ini pengunjung boleh menyewa baju minang lelaki dan perempuan untuk mengambil gambar kenangan.
Seingat saya, selepas dari rumah gadang kami hanya singgah di satu toko menjual kain-kain sulam. Tapi kami bukan kaki shopping jadi belinya cuma sehelai tshirt dan satu kemeja untuk ayah.
Penghujung waktu zohor baru kami sampai di bandar Bukit Tinggi. Nyaman untuk aktiviti luar sebab suhunya sejuk dan cuaca ketika itu redup saja. Walaupun berjalan banyak turun naik tangga di terowong bawah tanah, tak lah sampai berpeluh dan melekit. Pak supir menghantar kami di tempat penginapan dan berjanji akan datang semula esok pagi untuk aktiviti seterusnya. So malam harinya aktiviti kami bebas, jalan-jalan sekitar kota saja.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment