Assalam..
Cerita hujung minggu lepas dipenuhi dengan cerita menghadiri kenduri nikah, sanding dan majlis sambut menantu sebelah keluarga suami. Keluarga mak teh majlis merisik dan nikah buat sekali, manakala ayah su pula buat majlis sambut menantu 3 orang, sepatutnya 4 orang (4 pasang). Kita cerita majlis anak mak teh dulu lah (Ard), berlangsung di Shah Alam, rumah pengantin perempuan.
Jodoh rahsia Allah yang tiada siapa boleh menduga, kalau inya datang pasti tiada keraguan lagi. Ard dengan pasangan Zulaiha berkenalan melalui aktiviti hiking yang menjadi hobi mereka. Kedua-dua keluarga sudah bersetuju dan merancang akan menyatukan mereka pada tahun depan (April 2018). Namun manusia hanya mampu merancang, perancangan Allah lebih indah dan cantik.
Majlis mereka berdua dibuat secara sederhana daripada majlis merisik, bertunang hingga nikah dilakukan pada pagi ahad lepas. Keluarga kedua-dua pihak membuat keputusan menyatukan mereka lebih awal mengikut pesan arwah bapa pengantin perempuan yang baru meninggal beberapa minggu lepas dan pihak keluarga perempuan masih tempoh berkabung.
Bertambah bilangan keluarga mak teh dan pak teh. Jelas tergambar wajah riang mereka berdua, dapat menantu comel yang masih bergelar siswi. Wajah tu persis siapa ya? Ada iras-iras farah lee, tapi bukan dia.
Pengantin bersama nenek dan opah masing-masing. Seronok masih ada orang tua dan nenek yang dapat menyaksikan hari bahagia mereka.
Selamat pengantin baru dari kami, Ard dan pasangan (Zulaiha). Semoga hidup aman damai dan sentiasa mendapat redha Allahi.
Kita doa banyak-banyak untuk kak de dengan adik-adik yang lain segera ditemukan jodoh yang baik-baik. Amin.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment