Assalam...
Tak lengkap perjalanan sejarah tentang Mat Salleh jika tak singgah ke Muzium Kota Mat Sator. Mat Sator tu siapa pulak?, saya pun tak tahu, sampai sini baru tahu. Individu yang dikenali dengan nama Mat Sator itu adalah orang kanan kepada Datu Mat Salleh. Mat Sator berjaya meloloskan diri ketika kubunya dimusnahkan dan masih meneruskan perjuangan menentang penjajah selepas kematian Mat Salleh. Kota Mat Sator di bina terpisah daripada kubu Mat Salleh, dikatakan pembinaanya teliti dan canggih kerana hampir sukar untuk dikesan dan sukar dimusnahkan oleh penjajah ketika itu.
Kota Mat Sator merupakan kubu yang dibina untuk menempatkan kaum wanita (singgahsana Dang Bandang atau Dayang Bandang, isteri Mat Salleh) dan dijadikan sebagai pusat tinjaunoleh Mat Salleh. Kedudukannya juga sangat strategik kerana dibina di tepi sungai Sunsoron yang menjadi sumber bekalan air mereka. Serangan ditumpuhkan kepada Kota Mat Sator, setelah kubu-kubu kecil di sekitarnya berjaya dimusnahkan.
Sekarang dua kawasan ini dipisahkan dengan kawasan sawah padi.
Muzium Kota Mat Sator bukan hanya menyimpan kisah-kisah yang berkisar tentang Mat Salleh dan pengikut. Muzium ini sebaliknya merupakan galeri yang mempamerkan akan perkembangan sosio, ekonomi dan budaya masyarakat Tambunan sejak zaman dahulu hingga kini.
Gong, merupakan peralatan muzik penting bagi setiap suku kaum di Sabah.
Tajau (tembikar besar) yang banyak digunakan sebagai bekas menyimpan makanan. Tapai beras diperam di dalam tembikar ini untuk mendapatkan air tuak.
Sekitar tahun 1927, kerajaan telah menggunakan teknologi sebegini untuk memproses padi di Tambunan.
Yang ini pula, kaedah mengangin padi secara tradisional sebelum teknologi kincir air diperkenalkan.
Bangunan sulap (tempat menyimpan padi) sebegini dahulunya banyak kelihatan ketika kita melalui kawasan Tambunan. Ini kepunyaan penduduk setempat teletak betul-betul dihadapan muzium.
Ilustrasi oleh pelukis ketika serangan dan pembakaran ke atas kubu Mat Sator oleh Inggeris di kampung Kepayan Lama, Tambunan.
Bekas tapak kubu @ kota Mat Sator, berada di belakang bangunan muzium.
Lepas dari sini, baru saya tahu bangunan Wisma Dang Bandang di Kota Kinabalu tu mendapat nama. Dayang Bandang @ Dang Bandang (isteri Mat Salleh) yang dikatakan turut menpunyai kuasa luar biasa (menukarkan butir jagung menjadi "potiukan") dan banyak membantu perjuangan Mat Salleh. Adatlah kan dibelakang seorang lelaki berjaya akan ada wanita yang menyokong.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment