Assalam..
Resepi bagi mereka yang makan organ dalaman seperti hati, limpa, perut, paru, pedal dan seangkatan dengannya. Bagi yang tak makan tu duduk diam-diam jangan kecam ok. Citarasa masing-masing. Pada yagn suka sangat tu, boleh makan tapi jangan selalu dan memang bagus pun bagi mereka yang tak makan organ dalaman ini (full mark).
Sukatan resepi itu untuk portion yang sikit, jadi pandai-pandailah adjust ya kalau nak buat banyak. Tidak suka dengan hati lembu boleh lah tukar dengan hati ayam. Janji hati mau ada. Kalau tukar buat pedal jangan lupa tajuk pun tukar yek.
Hati Lembu goreng Berjintan
Sumber: Mulia
Bahan-bahan
150gm hati lembu (boleh ganti dengan hati ayam)
1 sudu teh jintan manis
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
Sedikit garam
Sedikit minyak
Cara Penyediaannya
* Rebus hati lembu terlebih dahulu.
* Tumbuk lumat semua bahan bertanda "*".
* Gaulkan hati lembu yang telah dipotong kecil bersama bahan tumbuk.
* Panaskan minyak dan goreng hati. Masukkan sedikit air jika perlu.
* Saya tambah beberapa biji cili padi sebab suka yang pedas.
* Bila masak boleh lah dihidang.
Nota- pernah dimasak dan disajikan kepada pemeriksa ketika peperiksaan kelas SRT dulu.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment