Friday 23 September 2016

Timun Betik Gula Merah



Assalam...
Alkisah balik kampung bulan 5 hari tu, jumpa beberapa biji timun betik jenis kulit putih tanpa lorek pada kulit tergolek di ruang dapur.  Ada antara kulit buah itu yang telah merekah.  Bapak ada tanam beberapa pokok di halaman, agaknya tahu kita nak balik tu yang dia simpan beberapa biji.  Namun tak kesampaian nak makan sebab masa terlalu suntuk, akhirnya bagi pada anak buah, rezeki dia anak beranak.  Dia suka buat juice, rasa macam ice blend katanya.   


Semasa balik kampung cuti raya puasa hari itu, rupanya masih ada beberapa buah timun betik penghujung musim.  Daripada tergolek begitu saja, saya ambil sebiji buah yang mengkal sebagai bekalan.  Sempat jugak merasa, kali ini gulanya menggunakan gula merah (gula kabung - buatan orang kampung), bapak beriya-iya berikan satu block gula kabung semata-mata untuk makan bersama timun betik ini.  Hajatnya biji benih yang kami keringkan untuk diberi kepada mertua untuk disemai di kampung tidak menjadi kali ini.


Tak terdaya nak habiskan dari sebiji timun betik itu, apa salahnya kita share-share dengan orang sebelah.  Harap-harap mereka boleh terima kenakkan rasa timun betik ini.


Nak sediakan dessert ini senang saja, ceritanya pernah ada di sini dan di sini;


Timun Betik Gula Merah
Sumber: Timah 


Bahan-bahan
Timun betik masak (rabisse)
Gula merah secukupnya
Santan
Garam


Cara Penyediaanya
* Potong bentuk kiub timun betik, agak-agak boleh masuk mulut.
* Campurkan santan, garam dan gula merah, kacau hingga gula larut.  Boleh panaskan seketika santan jika suka, tapi saya suka guna santan fresh.
* Masukkan potongan timun betik ke dalam santan, gaul rata dan sejukkan.
* Sedap dinikmati dalam keadaan sejuk.
 
Wassalam.

No comments:

Post a Comment