Assalam...
Soppeng merupakan kabupaten di provinsi Sulawesi Selatan, lokasinya terletak lebih kurang 180 km dari Kota Makassar. Kedudukannya di kawasan berbukit dan berada pada ketinggian 200 meter dari paras laut serta tidak memiliki pantai, namun sumber mata air semulajadinya di Lejja, Citta dan Ompo yang menjadi tarikan pelawat untuk datang berekreasi di daerah ini. Burung kakak tua merupakkan sebagai simbol rasmi untuk Kabupaten Soppeng. Namun itu tidak menarik minat kami untuk mengetahui lebih lanjut. Yang menjadi minat kami adalah kehadiran mahkluk kecil yang bergayutan pada pokok asam di dalam kota (Watansoppeng).
Kehadiran kelawar yang bergayutan di pokok asam di dalam kota bukan merupakan fenomena baru. Ia telah wujud sejak berzaman lamanya dan mahluk ini mendapat perhatian daripada pihak berkuasa dan terdapat akta khas yang diperuntukan untuk melindungi kelestarian kelawar. Pokok yang menjadi tempat habitat (terutama pokok asam jawa) turut dijaga dengan baik.
So jangan ada sesiapa yang berani untuk menganggu habitat kelawar di sini, akibatnya anda mungkin akan merengkok di dalam penjara.
Yang menariknya ketika waktu menjelang senja, koloni kelawar ini akan berterbangan di ruang udara Wattansoppeng dan menjelang pagi esok mahluk ini akan kembali bergayutan di dahan pokok semula.
Masyarakat tempatan menganggap kehadiran kelawar ini sebagai penjaga kota. Mahluk kecil ini juga dianggap sebagai pembawa maksud tersirat tentang sesuatu yang bakal berlaku di daerah itu, sekiranya koloni ini meninggalkan kota dalam jangka waktu yang lama. Menurut ceritanya koloni kelawar pernah meninggalkan Watansoppeng dan tidak lama selepas itu terjadi kebakaran besar dan serangan musuh (ketika zaman perang).
Deretan pokok-pokok asam jawa di kawasan kota yang menjadi tempat habitat kelawar yang dikenali sebagai panning oleh masyarakat tempatan.
Bertambah unik, koloni kelawar lebih memilih untuk bergayutan di pokok asam sekitar kediaman rasmi Datu Soppeng (Raja).
Mari dengar suara kelawar pada waktu pagi di Kota Soppeng, Sulawesi Selatan.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment