Assalam....
Kacang Pui, bagaimana ejaan nama yang betul tidaklah saya tahu tapi dengar Mak Andak sebut pui. Bukan sekali saya suruh Mak Andak ulang sebut nama kacang pui ini. Pui yang bukan marah atau mencarut tau. Kacang apa mak andak? Kacang pui katanya. Pui pun puii lah, rasanya sedap macam makan kacang. Sebenarnya saya pun pertama kali jumpa, dengar dan makan kacang pui ini, mujur dapat rasa kan? Bila saya tanya macamana pokok kacang ini, mak andak pun tak tahu nak habaq, tak besa tengok pokok dia. Tapi yang pasti kacang pui tertanam dalam tanah macam kacang tanah sebab biji-biji tu penuh tanah tak macam kacang putih atau kacang hijau.
Ini rupa setelah direbus, mak andak rebus dengan garam jer macam rebus kacang tanah. Abaikan warna hitam-hitam tu sebab terhangit masa merebus. Kebanyakkan isi setiap kelongsong kacang pui mengandungi sebiji kacang sahaja, kalau jumpa kelongsong yang besar dan panjang sikit adalah isi dua biji kacang.
Keesokkan paginya semasa pergi pekan ahad, terjumpa orang jual kacang ini. Pakcik meniaga tu cakap, ini stock akhir, selalu waktu ini bulan satu abih dah, tak jumpa dah kacang pui ni. Kira rezekilah kan. Agaknya betul lah orang kata kacang ini juga dikenali sebagai kacang akhir tahun.
Saya letak gambar atas ni, biar nampak jelas beza kacang pui dengan kacang tanah yang disebelah tu. Mujur dapat merasa, sebab banyak tahun dok pi kedah tak besa jumpa. Mungkin jugak mak andak pernah jamu tapi saya yang tak ambik tahu, aishh.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment