Sunday, 31 January 2016

CAPING...

Assalam...
Apa itu caping? sape tahu angkat tangan.  Kalau lihat gambar dibawah mesti tahu apa itu caping.  Silalah scroll hingga abis.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


 
Pakaian dalam yang dipakai untuk menutup alat kelamin orang-orang di nusantara pada zaman dahulu kala.


Bahan yang digunakan untuk membuat caping pun berbeza mengikut standard sosial pada masa itu.  Golongan raja dan orang kaya-kaya memakai caping yang diperbuat daripada emas.

Sementara caping untuk golongan marhaen atau orang miskin caping mereka diperbuat daripada tempurung kelapa.

* Sumber Muzium Bugis, Pontian Johor.

Wassalam.

Saturday, 23 January 2016

Cerita Pisang, Tiada Rotan Akar Pun Berguna


Assalam...
Bestkan kalau rumah tempat tinggal kita di kelilingi dengan tanaman.  Macam-macam boleh dipetik untuk dijadikan makanan.  Memang sedap berangan, duduk di kampung boleh lah ini duduk di atas awan.  Alkisah sesekali balik kampung, angkut segala mak nenak sebagai bekalan contoh yang inilah.  Pisang ini pulak bukan setakat sesikat dua, tapi dekat dua tandan dengan barang lain lagi.  Pulak masa tu, lift rosak, gigih mokcik angkut dan berulang entah berapa kali turun naik ke tingkat 10.


Ibarat kisah sudah jatuh ditimpa tangga lagi, baru mula nak masak gas pulak habis.  Sudah tentu orang kedai bawa tu tak nak pikul tong gas naik tingkat 10.  Buntu sekejap, nak di tinggal begitu saja benda atas dapur, sayang.  Nasiblah sel-sel otak masih cepat berhubung, lekas2 korek harta karun dalam kotak, sambung masak guna periuk noxxa.


Sebab kisah pun berkisar pasal pisang, jadi menu hari itu kita balun buat pisang jer.  Lepas buat pengat buat kita buat pisang goreng noxxa pula.



Pisang goreng pun siap, goreng bodoh gitu jer pun sangat best bagi penggemar pisang goreng seperti saya.  Cheese or caramel sesekali boleh lah, lebih senang kalau makan dengan sambal kicap....

Orang-orang muor tu, buah pisang dah banyak yang boleh petik ker?  Rasa-rasa kami nak bertandang lagi, lift rumah saya pun dah ok dah ni.
Wassalam.

Friday, 22 January 2016

Tumis Telur Sotong

Assalam...
Lauk telur sotong merupakan lauk kegemaran yang sentiasa dicari ketika makan di kedai mamak atau nasi kandar.  Cuma kalau di restoran nasi kandar tu, cara masaknya mestilah berempah atau berasaskan kari.  Bila terjumpa tu terus terlupa, kolesterol yang terkandung, inilah yang dinamakan pencinta kolesterol telur sotong.  

Hari itu dapat rezeki kepala sotong yang agak banyak, mereka guna badan sotong saja bahagian kepala dibuang.  Ketika proses membersihkannya nampak di hujung perut sotong tu masih tergantung telur sotong yang sempurna.  Hampir setiap kepala pula ada telur sotong, jadi saya asingkan kepala dan telurnya walhal pada mulanya ingat nak masak sambal saja kesemuanya.



Tumis Telur Sotong
Sumber: Mulia

Bahan-bahan
1 mangkuk telur sotong
2 biji bawang merah - hiris
2 biji bawang putih - hiris
1 biji cili merah - hiris
5 - 6 biji cili padi - ketuk
1 inci halia - hiris
1 biji tomato - belah 4
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam
Minyak untuk menumis

Cara Penyediaannya.
* Panaskan minyak dan tumiskan bawang hingga kekuningan.
* Masukkan halia, cili dan serbuk kunyit, tumis hingga layu.
* Masukkan telur sotong, tumis hingga masak kemudian masukkan tomato.
* Letak sedikit air jika suka yang berkuah.
* Masukkan garam, sesuaikan rasa dan tutup api.

Kalau mereka yang takde masalah kolesterol dan alahan boleh lah makan telur sotong selalu.
Wassalam.

Pokok Serai Kayu..

Assalam...
Agak lama juga saya dah mencuba pucuk ulam yang satu ini cuma namanya di sebut berlainan di beberapa tempat yang membuatkan saya keliru dan menyangkakan daun pokok yang berlainan.  Sewaktu kecil saya dah kenal daum salam melalui saudara yang selalu meletakkan daun tersebut dalam sayur lemak nangka (cuma mereka selalu menggunkan daun yang agak matang bukan pucuk).  Di Kedah pula, Mak Andak selalu hidangkan ulam yang dikenali sebagai pucuk samak.  Bila berkeluarga dengan orang pantai timur, mereka kenalkan saya dengan pucuk serai kayu.



Pokok serai kayu yang dibiar boleh menjadi pokok setinggi ini.  Antara kayu keras yang boleh dibuat perkakas rumah menurut sahabat saya.

Sebagai rujukan akan datang, sebab saya selalu keliru dengan 2 jenis ulam ini.  Senang nak membezakan antara pokok serai kayu dan tenggek burung.  Kiri pokok serai kayu dan gambar kanan pokok tenggek burung.

Gambar atas pucuk serai kayu dan yang bawah itu pucuk tenggek burung. 

Kedua-dua ulam ini juga mempunyai rasa yang berbeza, serai kayu ketika memakannya baru terasa bau wangi manakala pucuk tenggek burung berasa lemak-lemak kelat.


Pokok serai kayu yang saya jumpa di tepi rumah sahabat saya di Pasir Pekan, Kota Bahru Kelantan.

Pokok serai kayu, pucuk kayu yang selalu dijumpai di pantai timur sebagai ramuan wajib dalam nasi kerabu, nasi kerabu asli kena ada pucuk ini kata mereka.  Mungkin hanya fakta daripada mereka yang selalu menggunakannya, kesahihan fakta perlu rujukan selanjutnya dari mereka yang pakar.
Wassalam.

Sunday, 17 January 2016

AFGAN COOKIES - Dostet Darum


Assalam...
Cookies ini diberi nama Afgan Cookies, tak tahu nama tu bersempena penyanyi Afgan ataupun sempena nama negara Afganistan.  Saya yang tambah perkataaan dostet darum belakang tu, sempena terjatuh cinta dengan novel The Kite Runner dan A Thousand Spelendid Suns oleh Khaled Hosseini, yang mana penceritaan novel berlatar belakangkan negara Afganistan.
 

Perlu diakui penguasaan bahasa inggeris yang terbatas dan tak mahir, tapi ketika membaca kedua-dua novel tu boleh pula saya teremosi dan teresak dengan kisah Mariam, Amir dan Sohrab.
 

Amat beruntung kerana kita lahir dan tinggal di negara yang aman damai, bebas dan selamat bila hendak ke mana-mana.  Tidak seperti mereka yang berada di negara yang sentiasa bergolak dan perang saudara seperti Afganistan.
 

Sebenarnya buat cookies ini sebab nak bekalkan pada adik yang nak balik ke Mesir hari itu.  Kalau tak sempat sampai asrama dia sebagai alas perut di perjalanan pun ok.
 


Resepi ini saya ambil dari blog kak wan, minta izin dan halalkan ye kak saya sharekan di sini.  Sedap sangat menurut feedback dari orang yang suka makan cookies kombinasi coklat dan kekacang ini.  Bagi saya kalau tak letak garnising coklat dan kekacang atas tu dah cukup sedap.
 

Biskut Afghan / Afghan Cookies
Sumber: K1@citarasawan


Bahan-bahan
 


 
 
 
 
 

Hiasan :  Coklat masakan cair
walnut cincang (sangai dahulu)



Cara-cara :
1.  Pukul mentega, shortening dan gula perang hingga berkrim.
2.  Masukkan tepung, soda bikabonat, serbuk koko, cornflakes dan walnut cincang.  Uli menjadi doh.
3.  Ambil sebesar ibu jari dan susun di dalam loyang.  Bakar pada suhu 160C selama 20-25 minit.
4.  Sejukkan dahulu, sudukan atau paip coklat cair di atas biskut dan tabur dengan walnut cincang.
5.  Simpan di dalam bekas kedap udara. 


Sedang mencari buku ketiga Khaled Hosseini - And The Mountains Echoed.  Memang ada jual dikedai buku, tapi saya nak cari yang harga murah.  Kena cari di Big Bad Wolf book fair kot.

Wassalam.

Kacang Pui...


Assalam....
Kacang Pui, bagaimana ejaan nama yang betul tidaklah saya tahu tapi dengar Mak Andak sebut pui.  Bukan sekali saya suruh Mak Andak ulang sebut nama kacang pui ini.  Pui yang bukan marah atau mencarut tau.  Kacang apa mak andak? Kacang pui katanya.  Pui pun puii lah, rasanya sedap macam makan kacang.  Sebenarnya saya pun pertama kali jumpa, dengar dan makan kacang pui ini, mujur dapat rasa kan?  Bila saya tanya macamana pokok kacang ini, mak andak pun tak tahu nak habaq, tak besa tengok pokok dia.  Tapi yang pasti kacang pui tertanam dalam tanah macam kacang tanah sebab biji-biji tu penuh tanah tak macam kacang putih atau kacang hijau.

  
Ini rupa setelah direbus, mak andak rebus dengan garam jer macam rebus kacang tanah.   Abaikan warna hitam-hitam tu sebab terhangit masa merebus.  Kebanyakkan isi setiap kelongsong kacang pui mengandungi sebiji kacang sahaja, kalau jumpa  kelongsong yang besar dan panjang sikit adalah isi dua biji kacang.


Keesokkan paginya semasa pergi pekan ahad, terjumpa orang jual kacang ini.  Pakcik meniaga tu cakap, ini stock akhir, selalu waktu ini bulan satu abih dah, tak jumpa dah kacang pui ni.  Kira rezekilah kan.  Agaknya betul lah orang kata kacang ini juga dikenali sebagai kacang akhir tahun.
 

Saya letak gambar atas ni, biar nampak jelas beza kacang pui dengan kacang tanah yang disebelah tu.  Mujur dapat merasa, sebab banyak tahun dok pi kedah tak besa jumpa.  Mungkin jugak mak andak pernah jamu tapi saya yang tak ambik tahu, aishh.
Wassalam.

Tuesday, 5 January 2016

Serahkan Pada Yang Pakar

Assalam...
Semata-mata nak mencari tapak kasut membawa saya ke sini.  Tapak yang dibeli dua tahun lalu berserta kasut dah rosak, barai, hancur menurut pemakainya.  Yang rosak tapak saja bukan kasut, kasut masih elok.  Bertahan selama 2 tahun dengan penggunaan yang lasak pada persekiratan lembab, licin dan berminyak.  Jika dibanding dengan pengalaman memakai jenama safety boots yang lain dengan kasut-kasut sekali dah tak nampak rupa, jangka masa penggunaan pun hanya bertahan selama 6 ke 8 bulan.
 

Antara koleksi Birkenstock yang ada di kedai ini, pelbagai range yang sesuai untuk sebarang aktiviti dan peringkat umur.

Saya memang suka jika sesuatu benda disertakan dengan fakta kejuruteraannya.  Dihasilkan oleh mereka yang pakar, melabur lebih sikit takpe, lebih yakin  walaupun bukan saya yang menggunakannya.  Boleh guna hingga jemu dan yang best lepas ini memang aman dah tak dengar orang komplen kasut rosak, licin, koyak dan macam-macam lagi yang membingitkan.
 

Saya ini bukanlah penguna kasut yang terlalu perempuan, tetapi setakat ini tak berminat lagi nak dapatkan sepasang.   Walaupun orang dah offer banyak kali tapi kalau setakat beli tak guna kan membazir.  Biarlah saya pakai yang biasa-biasa saja, lagi pun bukan jenis yang suka mengumpul dan menyimpan koleksi kasut.  Beli sepasang, pakai sampai lunyai baru ganti dan begitulah seterusnya.
 

Best agaknya kalau dapat pakai yang merah merilip ini.

Tak apa kan melabur lebih sikit untuk dapatkan pulangan yang setimpal, maksud saya lebih kepada aspek kesihatan kaki dan keselesaan semasa bekerja dengan memakai kasut yang sesuai.    Membenarkan kata orang kesihatan tubuh kan bermula daripada kaki.
Wassalam.

Monday, 4 January 2016

KTX Untuk Malaysia

Assalam...
Pada sesiapa yang pernah sampai korea, mesti sudah tahu KTX tu apa dan pasti mereka jugak telah pernah menggunakan perkhidmatan tersebut.  Korea Trans eXpress (KTX), sedang berlangsung pamerannya di NU Sentral, khabarnya selama setahun (lupa tanya tarikh sebenar sebab bercadang nak pergi lagi lepas ini).  
 

Ini rangkaian KTX di negara Korea (Korea Selatan).  Pada pameran turut disediakan ruang seperti dalam keretapi sebenar untuk pengunjung merasai pengalaman menaiki KTX selama 8 minit.  Sebenarnya saya terjumpa pameran ini secara tak sengaja dan ketika itu sudah agak lewat, lebih malang lagi semua slot pada hari tersebut sudah pun penuh.


Nampaknya Malaysia lambat lagi nak wujud keretapi berkelajuan tinggi ini.  Masih peringkat perbincangan lagi kerana terlalu banyak faktor untuk diambil kira.  Tapi tak mustahil kan suatu hari nanti akan tiba masanya.  Cadangan pertama mereka adalah laluan Kuala Lumpur ke Singapura dengan landasan berasingan daripada landasan keretapi sedia ada.

Saya suka dan sokong jika memang kerajaan komited nak wujudkan perkhidmatan keretapi laju di Malaysia.  Harap rangkaiannya lebih meluas, boleh kurangkan kesesakan dan memudahkan perhubungan antara bandar. 
Wassalam.

Cerita 3K Vaucher Aeon

Assalam....
Alkisah en.Abe pergi dinner yang dianjurkan oleh tempat kerja.  Dinner pun kira buat julung-julung kali, bukan acara tahunan, jadi haruslah tak lepaskan peluang lagi satu sebab kira staff junior tempat tu, kena pergi jugak walaupun keesokan harinya dah janji dengan kawan baik kampung untuk attend wedding diorang pepagi.  Faham jerlah kalau dinner tu mesti selesai dekat tengah malam.  Balik dinner jam 12.30, bertolak dari rumah, singgah ambik adik lagi, 1.30 pagi mulakan perjalanan balik kampung.   Perjalanan 3 ke 3.30 jam jika memandu terus, kalau singgah rehat apa semua haruslah sampai dekat-dekat azan subuh berkumandang.  Tetapi malam tu, agaknya mata en.Abe segar sebab aura dari vaucher 3K yang dapat dari cabutan bertuah, drive tak henti sedar-sedar sampai depan rumah jam 4.00 pagi.

Sebelum en.Abe balik umah dari dinner sempat intai fb dia, kot-kot ada kawan-kawan dia yang up date pasal dinner.  Memang ada, happening, amboi riang-ria semua bergambar dengan hadiah kat tangan masing-masing.  Tapi gambar tak boleh percaya sangat, dia boleh jer pinjam hadiah kawan-kawan untuk ambil gambar kan, dari mula memang tak harap apa-apa kan, kalau namanya cabutan bertuah tak pernah dapat hadiah best pun jauh sekali grand prize.  Sesampai di rumah, dia hulurkan sampul surat putih berisi vaucher-vaucher tu.  Tak sempat nak kira pun, letak balik dalam sampul dan kami bergegas balik kampung.  


Beberapa kali jugaklah berulang alik ke aeon dalam misi menghabiskan vaucher tu.  Kalau rajin beratur pergi hari ahad, sebab hari ahad istimewa sikit.  Lepas belanja boleh claim lagi vaucher mingguan, jadi bolehlah menambah vaucher dan belanja lagi.  Bila dapat rezeki tergempak ini, dapatlah tunaikan hajat seseorang yang istimewa nak bagi tv flat screen yang dah lama diidamkannya.  Rezeki Allah bagi kena nikmati bersama-sama terutama untuk ahli keluarga kan.


Ini last vaucher yang tinggal, simpanlah buat kenangan lagi pun takde tarikh luput, boleh guna sampai bila-bila selagi aeon wujud.  Mula-mula memang rasa banyak tapi kalau bukit sekali pun asyik di tarah jer landai jugak.
Wassalam.