Tuesday 16 June 2015

Medan Ikan Bakar, Muara Sungai Punggur, Alai.

Assalam...
Puan driver kami kata nak singgah makan dalam perjalanan balik nanti, nak segarkan minda dan fikiran dengan air nescafe katanya.  Sebagai pengubat luka dek tak dapat menikmati kopi di kedai 434 petang itu.  Saya sarankan kami balik lalu Melaka, sikit-sikit letak racun ajak diorang singgah makan ikan bakar sama ada di Umbai atau Alai, sebab kedua tempat tu berdekatan dan senang nak cari kalau dari arah Muar.  Mestilah mereka teruja kan, sebab mereka pun tak pernah pergi lagi.  Lagi satu asyik dengar aje nama Alai itu disebut semasa function vip seorang ini.  Tambah racun untuk singgah di Alai sebab saya sendiri tak pernah ke situ, asyik singgah Umbai aje tambah lagi pengalaman yang tak best last singgah hari itu di musim cuti.  Nampaknya racun memang berjaya as long kena jadi gps bergerak. 

Kami pilih gerai pertama selepas menyeberang Sungai Punggur, Alai.  Sejurus sampai kami terus pilih apa yang kami nak makan baru cari tempat duduk.  Pergi musim cuti ini kena banyak bersabar untuk menunggu makanan tiba.
Harga ikan, sotong, udang dan kerang-kerangan siap bermasak.  Tetapi timbang dulu ler sebelum tu dan pilih style masakan yang disukai.
Suasana sama hampir setiap kedai, penuh dengan pelanggan.  Kalau ada meja kosong pun tapi telah ada yang reserved, tinggal menunggu tetamunya tiba.
Tempahan sedang diproses, menyiang, melapah dan membakar di tempat yang sama.  Untuk yang order bermasak dilakukan di dapur sebelah dalam.
Antara assesori atas meja yang dihidangakan untuk pelanggan.  Kebanyakkan mereka makan dengan nasi lemak, tetapi kami lebih gemar nasi putih.
Order kami dah sampai, nampak banyak untuk kami bertiga...  Tapi akhirnya sotong goreng tepung tak bersentuh, terpaksa bungkus bawa balik.
Harga yang kita orang makan tanpa gst, tak termasuk harga air dan assesori lain yang dimakan atas meja tadi.  Murah ke mahal?
Kalau tak nak makan kat gerai yang kami masuk tu, ada banyak lagi gerai korang boleh pergi.
Sebelum balik jangan lupa beli ole-ole, cencaluk ker, belacan ker, kerepek ker atau cenderahati lain kat sini.  Sebab kami dah singgah gerai tepi jalan di Umbai, jadi ushar-ushar sajalah.
Selepas ini, boleh consider untuk singgah lagi di Perkampungan Alai ikan bakar, sebab service macam ok, takdelah lambat gila macam pengalaman di Umbai hari itu.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment