Monday, 15 June 2015

Kupi-Kupi @ Kopi 434.....

Assalam...
Sejak dikenalkan dengan kopi 434 ini, kami pun cuba-cuba nak minum kopi kampung ternyata kami suka dengan rasa kopi ini.  Tapi cara bancuhan kopi kami amat-amat lah cerhoi kata orang utara.  Salah satu agenda yang perlu dipenuhi ketika dalam perjalanan balik dari Sungai Balang minggu lepas, adalah mencari dan dapatkan kopi 434 di Muar.  Kedai runcit sekitar Sungai Balang memang ada menjual kopi 434, tapi kalau boleh nak melawat kilang tengok sendiri bagaimana kopi 434 itu diproses (hanya angan-angan).

Jumpa kedai yang terletak di Jalan Maharani berhadapan dengan stesen bas, Terminal Bentayan Muar.  
Ingat tau nombor ini 434.....kopi 434.
Ini kedai sebelah, tapi saya rasa macam geng dia jugak.
Masuk jer pintu utama dah nampak kabinet yang berisi assessori ini.
Suasana dalam kedai semasa kami sampai, memang meriah.  Ada satu section lagi yang menghubungkan dengan kedai sebelah (tiada air-cond) khas untuk mereka yang hendak merokok.
Hiasan dalam kedai, ruang utama.
Koleksi cawan, teko dan pengisar kopi sebagai hiasan dan center piece dalam kedai.
Saya suka yang ini, baca sini tentang sejarah kopi 434 sebagai kopi warisan keluarga.
Gambar generasi keluarga Ah Sai, 1969.
Dokumen penting bagi sesiapa yang tertanya-tanya tentang kedai dan produk.  Ada terlekat di dinding kedai.
Kaunter yang mengendalikan pembelian serbuk kopi dan kopi segera.  Satu lagi kaunter mengendalikan pelanggan yang hendak kupi-kupi di sini.
Ini antara produk kopi yang dijual, boleh beli yang dalam bentuk serbuk atau uncang.
Buku menu, sempat belek-belek aje sebab section order untuk makan minum telah ditutup ketika kami sampai.  Alangkah sedapnya jika dapat menikmati kopi panas dengan roti bakar ketika itu dengan suasana hujan gerimis di luar sana.
Antara produk lain yang boleh didapatkan di sini.
Kopi musang pun ada, lain kali tak perlu pergi jauh-jauh (Indonesia) nak dapatkan kopi musang (luwak).  Lupa pulak harganya berapa, sebab memang ada bertanya dengan cashier tu.
Ini antara special menu yang disediakan, datang lah awal tapi, jangan jadi seperti kami.  Bila tersembul depan pintu, kedai dah nak tutup. Sekadar dapat baca menu saja.
Dua plastik ini, cukuplah hasil tangkapan kami bertiga.  Beli untuk orang kampung nun jauh di sana.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment