Assalamualaikum....
Sambung sedikit berkenaan pembuatan tapai. Percaya atau tidak, terdapat pantang larang yang selalu orang-orang tua amalkan ketika menyediakan tapai ubi atau pulut. Namun Mulia hanya akan mengutarakan petua atau pantang larang yang dirasakan logik dan tidak mengarut atau bertentangan dengan akidah. Kalau di fikirkan, ini merupakan tips-tips bagi memastikan hasil yang diperolehi kelak di tahap yang memuaskan.
Antaranya adalah.
1. Semua peralatan pada setiap peringkat proses perlu bersih untuk memastikan hasil yang baik.
2. Perkakas tidak boleh digunakan secara bercampur dengan makanan lain. Sekiranya telah digunakan untuk menyediakan makanan lain, perlu dicuci dan dibersihkan terlebih dahulu.
3. Perlu dijauhkan dengan perkakas yang berminyak. Sebelum itu tangan si pembuat juga perlu dicuci bersih.
4. Jangan cuba membuka tapai yang belum sampai waktu minimum kematangannya. Mengakibatkan yang lain akan terbantut dan tidak manis.
5. Simpan di tempat yang khas, berbungkus, tempat yang agak panas dan tersorok.
Inilah antara pantang larang yang selalu Mulia dengar. Terpulang pembaca untuk menilainya dan seterusnya menjadikan sebagai iktibar. Mungkin mereka diluar sana ada tips yang lain.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment