Ini cerita ketika Idul Adha lepas. Berkesempatan menyaksikan dan menolong ibu mertua menyediakan tapai pulut. Ini bukan pengalaman pertama kali sebenarnya membantu penyediakan tapai. Mak Mulia sendiri selalu menyediakan tapai ketika menjelang hari raya atau ada ahli kelurga yang teringin nak makan.
Cuma kali ini, Mulia dapat menyaksikan cara pembuatan yang berbeza sedikit daripada biasa. Melalui pengamatan, guna cara mak mertuaku lebih senang berbanding resepi keluargaku yang sedikit renyah.
Pulut yang telah dikukus perlu disejukkan terlebih dahulu. Sebaik-baiknya gunakan dulang atau permukaan yang luas supaya pulut cepat sejuk dan taburan ragi sekata.
Taburkan ragi ke atas pulut yang telah sejuk. Gunakan penapis teh atau ayak. Ratakan kesemua bahagian seakan-akan kita mengayak tepung.
Pulut boleh dibungkus menggunakan daun pisang atau container plastik aje. Ada juga yang bungkus menggunakan daun pokok getah.
Yang ini khas untuk bekalan kami bawa balik...Owhh
Rasanya cukup manis....tambah enak bila di makan bersama ice-cream vanilla.
Nak cuba buat sendiri, boleh cuba resepi ini.Tapai Pulut
Sumber: Mak Mertua Mulia
Bahan-bahan
1 kg beras pulut putih - bersihkan beras dan rendam terlebih dahulu sekurang2nya 2 jam kemudian basuh bersih.
1 biji ragi.
Daun pisang
Lidi daun kelapa
Cara Penyediaannya.
* Kukus pulut yang telah ditoskan air basuhannya. Pastikan wap air kukusan naik ke permukaan pulut sebelum menutup pengukus untuk pastikan pulut masak sekata.
* Sejukkan pulut yang telah masak ke atas dulang atau sebarang permukaan yang luas. Seeloknya pulut tidak dibiarkan bertompok-tompok.
* Bila dah sejuk, boleh taburkan ragi ke atas pulut. Ragi perlu di hancurkan menjadi serbuk dan tabur dengan menggunkan ayak.
* Dah betul-betul sejuk, boleh bungkus dengan daun pisang atau gunakan plastik container (seperti dalam gambar).
* Simpan tapai ke dalam bekas khas dalam suhu bilik. Proses penapaian ini sekurang-kurangnya 48 jam untuk matang (2 hari satu malam) sebelum boleh dinikmati.
Wasalam dan selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment