Thursday, 14 February 2013

Kekasih Allah...



nasamulia
Biografi Muhammad Bin Abdullah

Assalamualaikum wbt semua,

Semoga dengan membaca sirah junjungan Nabi Muhammad SAW membolehkan kita lebih cinta dan dekat kepada ajaran islam yang telah disampaikanya.  Kita sebagai umat Muhammad SAW dijanjikan dengan pelbagai ganjaran, nikmat dan anugerah ini sepatutnya kita syukuri kerana kita merupakan insan terpilih di antara mereka yang masih berada dalam kegelapan mencari cahaya.

Mulia nak syorkan buku ini sebagai bahan bacaan yang wajib dibaca oleh mereka yang ingin mengenali individu bernama Muhammad SAW. Ianya sesuai dijadikan bahan bacaan untuk mereka yang berjinak-jinak terhadap Islam, saudara baru, mahupun remaja hari ini yang lebih mengenali ikon-ikon hiburan berbanding Nabi Muhammad SAW.

Buku ini merangkumkan keadaan dunia Arab sebelum kelahiran Nabi Muhammad, zaman kanak-kanak beliau, zaman sebelum wahyu diturunkan, zaman kedatangan Islam, tentangan daripada mereka yang masih belum dilimpahi cahaya Islam, hijrah ke Madinah, peperangan dengan golongan kafir dan munafik sehingga saat ketika Muhammad SAW diberi dua pilihan.  Dunia, kekayaan dan kekal di dalamnya kemudian syurga atau bertemu dengan tuhan dan masuk surga.  Di kalangan sahabat dan keluarga baginda menyarankan agar baginda memlih mereka, namun kecintaan Muhammad SAW kepada Allah, menyebabkan ia memilih pilihan yang kedua.  Rela meningalkan segala kesenangan dan tawaran yang lebih bagus untuk bertemu penciptaNya, Rabbul Alamin.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment