Sawalla yang belum disira - Untuk Mulia tak perlu disira |
Syukur kehadrat Allah SWT kerana masih memberi kita peluang bernafas dibumiNya ini. Semoga dengan rasa syukur ini kita dapat memanfaatkan hidup kita dengan memberi sedikit sumbangan tak kira dalam bentuk yang bagaimana, harta, ilmu, kasih sayang mahupun hanya senyuman.
Membentuk doh Sawalla |
Kali ini Mulia nak kongsi satu lagi resepi leluhurku yang menjadi pemanis mulut kegemaran keluarga iaitu Beppa Sawalla' (Kuih Sawalla'). Nak terjemah dalam bahasa Melayu kuih ini, memang Mulia tak pernah jumpa mana2 kata nama dalam Bahasa Melayu berkenaan kuih ini. Untuk menghasilkan kuih ini memang mudah dan ringkas, sesuai untuk dihidangkan ketika minum petang bersama keluarga.
Doh yang telah siap di bentuk dan bersedia untuk digoreng |
2 cawan tepung pulut
1 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa parut (putih, seelok-eloknya guna kelapa muda)
2 sudu gula pasir
1 cawan air
1 cawan gula merah atau gula melaka
garam - secubit
Minyak untuk menggoreng.
* Gaul semua bahan kecuali gula merah sehingga menjadi doh yang boleh digentel. Bentukkan doh menjadi bulat atau lonjong seperti telur ayam.
* Gorengkan doh yang telah digentel sehingga kekuningan atau masak. (setelah di goreng - Sawalla' boleh dimakan begitu saja dengan dicicah gula pasir, sekiranya pembaca enggan menyira dengan gula).
* Larutkan gula merah dengan sedikit air, masak sehingga pekat (masak sehingga tua - menurut kata orang dulu2), kemudian masukkan sawalla' dan gaul rata dengan gula.
Proses menyira Sawalla - Kena pandai nak timing gula jangan sampai terhangit. Mulia selalu fail proses ini. Kalau gula muda dan tua sangat salutan akan melekit dan bercantum sesama sendiri. |
Hasil Sawalla'ku yang gulanya hanpir terhangit, nasib baik tak pahit. |
Selamat Mencuba.
No comments:
Post a Comment