Friday, 7 October 2022

Kaum Kerabat: Bersteamboat dan makan-makan di rumah

 

Assalamm...

Kaum kerabat saya yang ada di Selangor macam-macam plan nak buat aktiviti bersama-sama, tapi sebab kekangan waktu selalu tak menjadi.  Kalau jadi pun keluar ada ahli yang tak boleh ikut serta, jadi untuk semua terlibat selalu berkumpul di rumah saja dan buat makan-makan.   Rumah pilihan untuk berkumpul tentunya  rumah sepupu di Kapar sebab rumah dia luas berbanding kami yang tinggal atas kayangan.

Inilah hasilnya bincang punya bincang, beli bahan-bahan dan buat steamboat & grill.  Kaum kerabat yang bertebaran seluruh negeri (Semenyih, Damansara, Banting dan Shah Alam) berkumpul lah di Kapar. Buat pula hampir tengah malam hari sabtu malam ahad, sebab masing-masing masih bekerja di hari sabtu. 

Binantang-binantang ini kami grill atas dapur saja sebab set steamboat kami ada yang fesyen lama tidak berserta dengan griller.  Jadilah daripada tiada kan, lagi pun dapatnya free cabutan bertuah belasan tahun dahulu.

Kambing dan ayam semestinya ada, kaum lelaki dalam kaum kerabat semua peminat kambing cuma mereka tak menyimpan janggut.

Orang bersteamboat atas meja, tapi kami bersila atas lantai, pun boleh.  Asal semua dapat makan dan puas hati.

Kalau pasal makan memang terlebih-lebih kaum kerabat ini.  Semua tak lokek untuk berbelanja.  

Semoga kaum kerabat bersatu hati sampai bila-bila menjaga ikatan kekeluargaan sesama kita.  Saya yang jadi ibu keladi banyak lagi plan untuk korang tunggu je, semoga sihat selalu dan murah rezeki semuanya.

Wassalam.

3 comments:

  1. Ya Allah seronok nya nengok kak, penuh dengan makanan semuanya. Bab makan kalau berkira tak best hidup, orang kata kali-kali dapat kumpul ya all out

    ReplyDelete
  2. thanks for the sharing. this is a nice post. click my uni's web here walisongo.ac.id

    ReplyDelete
  3. Seronok dapat kumpul reramai sambil menjamu selera

    ReplyDelete