Wednesday, 12 October 2022

W-W: Kain Kemban

Assalamm....

Dulu selalu berangan nak potong kain batik yang ada dan letak cerut/getah biar senang bila kita pakai tak perlu simpul.  Perempuan zaman moden memang ada yang tak tahu simpul/ikat kain batik.  Sudah ada kain kemban dijual yang ready made begini, cukup senang order saja.  Saya rasa benda ini menarik untuk dimiliki terutama kaum hawa jadi kita panjangkan di sini, demi sama-sama memelihara kesopanan dan harga diri sebagai muslimah ketika mandi.

Kainnya lembut, material cotton, selesa dan ada belahan dihadapan senang untuk meratakan sabun atau menggosok bahagian depan badan.  Berminat sila wassap nombor ini +60129220523.




Saya dapat hadiah ikat rambut yang sama corak dengan kain kemban yang saya beli.

Wassalam. 

Saturday, 8 October 2022

Lao Mandre: Kak Anie Shellrock, Tasik Shah Alam

Assalamm...

Untuk mengubat kekecewaan MIL tak dapat buat passport di UTC Shah Alam, kami pujuk lah hati dengan mencari makan di Kak Anie Shellrock.  Tak jauh sangat lokasi antara UTC dengan tempat ini, keliling tasik jumpa lah.  Kebetulan kaum kerabat ada candangan nak get together di sini. Boleh tanya-tanya jika nak buat tempahan tak pun kita buat food testing dulu.

Kaunter untuk order makanan dan buat bayaran.  Di sini pilih tempat duduk terlebih dahulu, scan QR yang terdapat di atas meja untuk memilih menu yang dikehendaki.  Kemudian buat pesanan dan bayaran di kaunter serta maklumkan nombor meja anda.

Kami pilih tempat duduk tepi-tepi, boleh tengok susana orang berkayak di tasik atau orang menaiki perahu bersiar-siar keliling tasik.

Kaunter colek, bahagian ini yang mula-mula kita jumpa bila masuk.  Colek tu maksud makanan macam ini goreng-goreng yang dimakan dengan sos pencicah.  Nak makan yang ini kena pilih dan bayar di sini juga.

Pilihan kami, orang pantai timur memang gemar dengan kepok mereka kan.  Umpama sabahan gemar akan pisang gorengnya.

Beginalah bentuk colek yang sudah siap disajikan dengan sos pencicah.  Satu lagi isu hangat sekarang, nama sama makna yang berbeza adalah kes colek yang sedang meningkat sekarang, berhati-hati semua dan sama-sama awasi anggota keluarga kita. 

Hidangan lain yang diorder untuk kami berempat, hajat nak makan nasi kukus ayam berempah tapi takde pula hari itu, jadinya makan nasi kerabu di hari jumaat.

Kaum kerabat cadang nak bershellout di sini, tapi syarat mereka tidak menerima sebarang tempahan awal.  Konsepnya siapa cepat, dia dapat.  Kalau ramai orang kenalah tunggu di kerusi yang disediakan itu sementara nak dapatkan meja.

Rasa macam tak sesuai dengan situasi kami, akhirnya kaum kerabat tak jadi lah nak berkumpul di sini.  Kena fikirkan alternatif lain yang memungkin kan semua orang hadir bersama-sama.

Kalau tanya pasal makanan yang kami santap hari itu, rasanya macam biasa-biasa saja.  MIL dengan adik-adik pun kata macam tu, cuma mungkin tempat dan susana yang meriah.

Wassalam.

Friday, 7 October 2022

Kaum Kerabat: Bersteamboat dan makan-makan di rumah

 

Assalamm...

Kaum kerabat saya yang ada di Selangor macam-macam plan nak buat aktiviti bersama-sama, tapi sebab kekangan waktu selalu tak menjadi.  Kalau jadi pun keluar ada ahli yang tak boleh ikut serta, jadi untuk semua terlibat selalu berkumpul di rumah saja dan buat makan-makan.   Rumah pilihan untuk berkumpul tentunya  rumah sepupu di Kapar sebab rumah dia luas berbanding kami yang tinggal atas kayangan.

Inilah hasilnya bincang punya bincang, beli bahan-bahan dan buat steamboat & grill.  Kaum kerabat yang bertebaran seluruh negeri (Semenyih, Damansara, Banting dan Shah Alam) berkumpul lah di Kapar. Buat pula hampir tengah malam hari sabtu malam ahad, sebab masing-masing masih bekerja di hari sabtu. 

Binantang-binantang ini kami grill atas dapur saja sebab set steamboat kami ada yang fesyen lama tidak berserta dengan griller.  Jadilah daripada tiada kan, lagi pun dapatnya free cabutan bertuah belasan tahun dahulu.

Kambing dan ayam semestinya ada, kaum lelaki dalam kaum kerabat semua peminat kambing cuma mereka tak menyimpan janggut.

Orang bersteamboat atas meja, tapi kami bersila atas lantai, pun boleh.  Asal semua dapat makan dan puas hati.

Kalau pasal makan memang terlebih-lebih kaum kerabat ini.  Semua tak lokek untuk berbelanja.  

Semoga kaum kerabat bersatu hati sampai bila-bila menjaga ikatan kekeluargaan sesama kita.  Saya yang jadi ibu keladi banyak lagi plan untuk korang tunggu je, semoga sihat selalu dan murah rezeki semuanya.

Wassalam.

Thursday, 6 October 2022

Lana's Bakery Land (Wholesale Bakery Supply)


Assalamm....

Betapa pentingya menyimpan data dan infomasi kata orang, sebab mungkin berguna pada masa akan datang.  Tapi kalau dapat data privasi dan pribadi orang jangan suka-suka nak sebarkan, dapat ke orang yang tak bertanggungjawap naya orang tu.  Tapi kalau info pasal kami jumpa satu kedai bahan-bahan bakeri ini, bagus untuk di kongsi.  Tempat begini selalu menjadi syurga shopping untuk para bakers sekalian, yang tak pegang title bakers macam saya pun boleh datang nengok-nengok.

Ceritanya, suatu hari kami berkunjung ke kedai yang selalu pergi nak dapatkan satu produk, tapi diberitahu stok habis sejak beberapa bulan yang lalu.  Tiba-tiba macam gelap dunia, masa sudah suntuk, nak berkejar ke cawangan lain kedai itu jauh pula.  Nasib sel-sel otak orang sebelah bersambung dia kata pernah jumpa kat tik-tok atau kawan dia ada cerita ada satu tempat baru dalam kawasan ini kalau nak beli bahan-bahan kek atau yang sewaktu dengannya.  Saya tak layan tik-tok sebab tu saya tak tahu, haruskah aku menjerumuskan diri ke apps itu? Walaupun dia terlupa nama kedai, cari punya cari Alhamdulillah jumpa juga kedai ini.

Masuk-masuk je memang teruja tengok tempat ini, walaupun senyap sunyi sebab dalam tu ada 2 orang pekerja dia saja di kaunter.  Kawasannya besar iyelah lokasinya dalam kawasan industri kan bukan macam lot kedai biasa.  Tak akan ada kes berlaga punggung jika pembeli ramai mamcam yang selalu terjadi di kedai-kedai bahan bakeri lain.

Seronok dapat memilih bahan-bahan dalam peti sejuk beku begini.  Senang nak banding harga mengikut jenama kan.

Tiada masalah nak beli barang yang berat dan besar sebab ada troli disediakan, dan tinggal tolak ke kereta apabila sudah selesai berbelanja.

Para coklat terpamir cantik di dalam bilik khas yang di namakan chocoland.

Semestinya jika ke kedai bahan bakeri, bukan bahan saja dijual, assessori, peralatan, packaging dan segala yang berkaitan ada di sini.

Sebenarnya ini kunjungan kali kedua, baru dapat menjelajah dan ambil gambar.  Pertama kali tu hanya beli bahan yang dikendaki terus caoww.

Para bakers yang nak pergi tu alamat kedainya, minta tolong jer pakcik waze atau makcik google map tunjukkan. Insha Allah jumpa.

Lana's Bakery Land - Wholesale Bakery Supply
14, Jalan Teknologi, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya Selangor.
Buka setiap hari - 9.00am 7.00 pm.

Wassalam.

Wednesday, 5 October 2022

W-W: Rezeki Dari Kolam Pancing


Assalamm...

Kawan saya Ida yang kerja di tempat kolam pancing udang, tiba-tiba bagi plastik merah yang berisi udang harimau segar.  Saya yang teringin makan udang tumis begini bagai orang mengantuk dapat bantal.   

Tanpa buang masa, malam tu juga masak tumis udang begini.  Sempat budak nana makan sebelum hantar dia balik ke kolej.  Berselera sungguh dia makan, rindu kampung dah kot budak ini, sabar ya cuti semester nanti boleh balik kampung.

Rezeki Allah hantar melalui kawan yang dikenal begitu-gitu saja.  Syukur Alhamdulillah, tak rugi kita menyambung ukhwah sesama manusia kan.

Wassalam.