Friday 16 September 2022

Pertama Kali Perbaharui Cukai Jalan Di JPJ

 

Assalamm...

Benda jarang-jarang dibuat, walau simple macamana tetap gelabah dan kalut.  Macam perbaharui cukai jalan ini lah, biasa buat di pejabat pos tak pun guna ejen bagi detail kenderaan depa bagi sebut harga, nego sikit-sikit kemudian proceed dan bayar.  Tinggal tunggu cukai jalan dan insurans baru sampai ke tangan, mudah kan.  Itu yang selalu buat untuk kereta, tapi motor sebelum-sebelum ini tuan dia urus sendiri.  Selalu tuan motor perbaharui di pejabat pos, rajin dia beratur.

Sampai JPJ UTC Shah Alam, jadi terkedu mula-mula kena buat apa ini.  Ambil nombor dulu kemudian ke kaunter, pegawai terus bawa ke mesin ini, dan tunjuk cara-cara nak buat.  Masukkan kad pengenalan, masuk detail kenderaan, tiba-tiba skrin tunjuk tidak valid pula.  Alamak pegawai tadi dah balik ke kaunter pula, rileks dulu tapi dalam hati macam tak nak buatlah, terus rasa nak balik dan bagi pada tuan dia buat sendiri.  Dalam dok bercakap sendiri tu, toing dalam kepala tak valid tadi tu mungkin sebab tak beli insurans terlebih dahulu.  Cuba bertanya orang yang jaga 2 kios di depan JPJ tu, mesti ada kaitan kenapa ada kios wujud di situ.

Hahaha, memang betul lah kena beli insurans dulu baru boleh pergi perbaharui cukai jalan di mesin ini.  Adoii benda simple pun saya tak tahu prosesnya, itulah akibatnya kalau asyik suruh orang lain yang buatkan.  Agaknya pegawai tadi terlupa nak bertanya pada saya sama ada dah beli insurans ke belum, terus je bawa ke mesin ini.  Mesti dia ingat saya tahu dah proses macamana kan.  Muka konfiden tu penting walau kau tak tahu sebenarnya....hahaha

Adik yang jaga kios innsurans tu, pelawa nak tunjuk ajar saya guna mesin ini, walaupun saya cakap tadi pegawai dah bagi tunjuk ajar.  Ada rasa ek di situ, mungkin juga sebab dia rasa bersalah buat saya menunggu lama masa buat insurans tadi atau dia dapat detect yang saya ini jenis buat-buat tahu tapi tak tahu..urph.

Senang sangat sebenarnya guna mesin ini, hanya ikut arahan dalam skrin.  Tapi kena ingat walaupun anda adalah wakil untuk buat tugasan ini, kad pengenalan dan kad bank yang valid kena ada untuk slot in ke dalam mesin.  Kes saya tertinggal kad pengenalan dalam kereta sebab guna sebagai kad touch&go nak lalu toll dan parking tadi, terpaksa tunggu adik datang hantarkan.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment