Thursday 29 September 2022

Harga Ikan Murah Gila di Pasar Sandakan


Assalamm...
Hujung bulan Ogos hari tu balik kampung (Sandakan) menghadiri majlis perkaheinan anak buah.  Setiap kali balik, tempat yang suka nak pergi adalah pasar ikan, tak beli tak apa dapat scan harga pun jadilah.  Sakit hati tengok harga ikannya, murah gila.  Pasar pertama singgah adalah pasar ikan Batu 8 (Bandar Sibuga), biarlah gambar saja yang berbicara, orang tawar ketam sebaldi dengan harga RM20 saya tak mahu sebab punya sakit hati..








Sebelum balik, sempat ke pasar awam Sandakan yang terletak di bandar.  Lihatlah harganya yang saya rasa macam tak masuk akal di zaman sekarang yang segalanya serba mahal.  Tak masuk akal bagi harga Lembah Klang, tapi bagi mereka di sana, memang itulah harga makanan laut di pasar walaupun ada ketikanya harga naik juga. 




 




Ikan-ikan untuk golongan kayangan pun ada cuma tak masuk dalam gambar, harga bawah RM20 sekilo.  Sebab teruja sangat dengan ikan-ikan yang biasa rakyat marhain beli tu yang tumpu ambil gambar ikan tu je.  Makanan laut yang mahal, dapat ambil gambar lobter je.  Tiba-tiba rasa nak balik menetap di Sandakan bila tengok harga ikan murah macam tu.

Wassalam.

6 comments:

  1. lobster tu agaknya berapa ye kak? tapi kan kak memang murah gila-gila tahan tak percaya lah. Fresh-fresh lagi lak tu helok semua takde yang pecah perut sekilo rm3? bawah rm10 memang tak masuk akal rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lobster tu rm170 sekilo, hidup lagi boleh tawar lagi tu....tak beli tumpang ambil gambar je, nak bawa balik bagasi dah penuh...ikan selayang/sardin 4 kilo 10 hengget je.

      Delete
  2. Beza sungguh dengan harga kita di sini ye...

    ReplyDelete
  3. wah macam harga ikan tahun 70an

    ReplyDelete
  4. Harga hasil laut murah
    tetapi mungkin ada harga barangan lain yang lebih mahal

    ReplyDelete
  5. kat sana ikan mmg murah...cuba try maka ayam camner...ayam kira harga kayangan

    ReplyDelete