Penggemar popiah atau spring roll, mari kita belajar gulung sendiri. Sekurang-kurangnya kita tahu apa bahan yang kita letakkan di dalam sebagai intinya dan boleh dinikmati sepuasnya.
Sangat sesuai untuk dihidangkan ketika sarapan atau minum petang ataupun ketika tetamu datang mengejut. Jika rajin boleh sediakan dalam kuantiti yang banyak dan disejuk bekukan.
Sumber: Chef Nas.
Bahan-bahan
Kulit popiah frozen
Parutan keju cedar atau mozarrella
Inti sayuran
Sedikit air.
Minyak untuk menggoreng
Bahan Intinya;
1 biji lobak merah - parut
5 batang crabstik - racik
Segenggam taugeh
Segenggam jagung
1/2 biji sengkuang - parut
4 batang kacang buncis - racik
Isi ayam / isi udang - cincang
2 ulass bawang putih - cincang
Sedikit lada sulah
Garam dan serbuk perasa
Minyak untuk menumis
* Panaskan minyak, tumis bawang putih, masukkan isi udang atau ayam, tumis hingga hampir masak.
* Masukkan crabstick, lobak merah dan sayuran yang lain.
* Tambahkan garam dan serbuk perasa, tutupkan api dan biarkan sejuk.
* Tapiskan inti untuk keluarkan lebihan air supaya popiah tidak benyek dan pecah ketika menggulung.
* Ambil sekeping kulit popiah dan letakkan satu sudu inti di tengah kulit. Letakkan keju di atas sayur.
* Lipat hujung kulit di tepi sebelah kiri dan kanan, gulung kemas.
* Basahkan penghujung kulit popiah supaya melekat sempurna.
* Gulung hingga habis inti dan seeloknya bekukan terlebih dahulu sebelum di goreng.
* Goreng dengan minyak penuh dan telah cukup panas.
* Gunakan api sederhana ketika menggoreng untuk kemasan sekata.
* Hidangkan ketika masih panas bersama sos cili atau sos pilihan.
Sudah siap hidangan minum petang dengan popiah sayur. Gambar macam banyak pulak peneman popiah tu, ini rasanya disediakan untuk berbuka puasa.
Thanks for sharing
ReplyDeletevisit our website
ittelkom jakarta
Confirm sedap ni, ada cheese tu 😋
ReplyDeletesedpnya popia bersayur
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete