Assalam...
Dari sekarang masih berbaki beberapa jam lagi Waktu arafah bagi kita yang berada di tanah air untuk memanjatkan doa kepada Allah SWT. Berikut adalah doa Arafah yang disediakan oleh Tabung Haji kepada jemaah yang berada di Arafah dan berwukuf pada hari ini (9 Zulhijjah 1422H / 2022 M, bagi negara Arab Saudi).
YA ALLAH YA TUHAN KAMI, AMPUNKANLAH DOSA-DOSA KAMI DAN MAAFKANLAH KESILAPAN KAMI ZAHIR DAN BATIN.
YA ALLAH AMPUNKANLAH DOSA-DOSA KAMI, DOSA KEDUA IBU BAPA KAMI, DOSA MASYARAKAT KAMI DAN DOSA SELURUH UMAT ISLAM YANG TELAH MATI DAN YANG MASIH HIDUP.
YA ALLAH YA TUHAN KAMI, KAMI POHONKAN APA YANG TELAH DIPOHONKAN OLEH RASULULLAH SAW, DAN KAMI MEMINTA PERLINDUNGAN DAN APA YANG PERNAH DIMINTA PERLINDUNGAN OLEH RASULULLAH SAW.
YA ALLAH YA TUHAN KAMI, KAMI POHONKANSYURGA TANPA HISAB, DAN BERILAH KEKUATAN TAUFIQ DAN HIDAYAH KEPADA KAMI, SUPAYA KAMI DAPAT MELAKUKAN ASBAB YANG MEMBAWA KAMI KE ARAHNYA, SELAMATKAN KAMI YA ALLAH DARI ASBAB YANG MEMBAWA KAMI KE NERAKA.
LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL 'ALIYYIL'AZIM,
YA ALLAH YA TUHAN KAMI, ENGKAU SAHAJA YANG MENGETAHUI KELEMAHAN DIRI KAMI ZAHIR DAN BATIN, BERILAH KEKUATAN, TAUFIQ DAN HIDAYAH KEPADA KAMI SUPAYA KAMI DAPAT MEMPERBAIKI KELEMAHAN DIRIKAMI YA ALLAH.
TAMBAHKANLAH YA ALLAHKEPADA KAMI ILMU, IMAN DAN AMAL. HIDUPKANLAH KAMI DALAM ISLAM DAN MATIKANLAH KAMI DALAM ISLAM.
YA ALLAH YA TUHAN KAMI, KAMI POHONKAN KEPADA ENGKAU IMAN YANG SEMPURNA, ILMU YANG MEMBERI MANFAAT, REZEKI YANG HALAL, ANAK YANG SOLEH, RUMAHTANGGA YANG BAHAGIA, USIA YANG BERKAT, DOA YANG MUSTAJAB, HAJAT YANG TERTUNAI, KESIHATAN YANG BERTERUSAN, HUTANG YANG TERBAYAR, KESELAMATAN DI DUNIA INI DAN DI AKHIRAT NANTI.
YA ALLAH YA TUHAN KAMI, ENGKAU SEHAJALLAH YANG MENGETAHUI SEGALA YANG BERLAKU DI HATI KAMI, HIDUPKAN HATI INI DAN SAMPAIKANLAH HATI INI KEPADA ENGKAU, SEMBUHKANLAH SEGALA PENYAKIT YANG ADA DI DALAM HATI KAMI, SELAMATKANLAH HATI KAMI DARI SIFAT-SIFAT YANGKEJI DAN JAUHI KAMI DARI PERKARA-PERKARAYANG BOLEH MEMATIKAN HATI KAMI.
LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL 'ALIYYIL'AZIM,
YA ALLAH YA TUHAN KAMI, JADIKANLAH HATI KAMI YANG SENTIASA MENYEDARI AKAN HAKIKAT KETUHANAN DAN KEAGUNGAN KERAJAAN ENGKAU DAN MASA DEPAN KAMI DI AKHIRAT NANTI.
YA ALLAH JADIKANLAH KAMI INI HAMBAMU YANG HANYA MENGABDIKAN DIRI KEPADAMU DENGAN SEBAIK-BAIKNYA, BERILAH KEKUATAN TAUFIQ DAN HIDAYAH KEPADA KAMI SUPAYA DAPAT KAMILAKUKAN APA-APA YANGDIPERINTAHKAN OLEH ENGKAU DAN MENINGGALKAN SEGALA APA YANG DILARANG OLEH ENGKAU.
YA ALLAH YA TUHAN KAMI, JADIKANLAH HATI KAMI INI HATI YANG SENTIASA MENYEDARI MASA DEPAN KAMI DI AKHIRAT NANTI DAN JADIKANLAH KAMI HAMBAMU YANG SENTIASA BERSEDIA UNTUK MENGHADAPIMASA DEPAN KAMI SELEPAS KEMATIAN KAMI.
YA ALLAH YA TUHAN KAMI, HIDUPKANLAH KAMI DALAM IAMAN DAN MATIKANLAH KAMI DALAM IMAN, SELAMATKANLAH KAMI DARI SEGALA GANGGUAN SYAITAN SEMASA KAMI MENGHEMBUSKAN NAFAS YANG AKHIR NANTI.
YA ALLAH YA TUHAN KAMI, SELAMATKANLAH KAMI SEMASA BERADA DALAM KUBUR, JADIKANLAH KUBUR KAMI SATU TAMAN DARI TAMAN-TAMAN SYURGA, SELAMATKANLAH KAMI DARI SEGALA ANGKARA AZAB KUBUR DAN JANGAN ENGKAU JADIKAN KUBUR KAMI ITU SALAH SATU LUBANG DARI LUBANG-LUBANG NERAKA.
YA ALLAH YA TUHAN KAMI, SELAMATKANLAH KAMI SEMASA DALAM PERJALANAN MENUJU MAHSYAR, SELAMATKANLAH KAMIYA ALLAH, SEMASA BERADA DI PADANG MAHSYAR DAN MASUKKANLAH KAMI KE DALAM TUJUH GOLONGAN ORANG YANG MENDAPAT BAYANGAN NAUGANGAN ARASY ENGKAU YA ALLAH.
YA ALLAH YA TUHAN KAMI, AMPUNKANLAH DOSA KAMI DN MAAFKANLAH KESILAPAN KAMI ZAHIR DAN BATIN SEMASA KAMI DIJALANKAN HISAB, HISABKANLAH KAMI YA ALLAH DENGAN HISAB YANG SEDIKIT, BERILAH PELUANG KEPADA KAMI UNTUK MENDAPAT SYAFAAT NABI KAMI MUHAMMAD SAW.
YA ALLAH YA TUHAN KAMI, JADIKANLAH KAMI ORANG YANG BERJAYA DALAM HIDUP INI DAN BERJAYA MENERIMA SURATAN AMAL DENGAN TANGAN KANAN.
YA ALLAH, BERILAH KESEMPATAN KEPADA KAMI MEMINUM AIR KOLAM NABI KAMI AL KAUTHAR, SELAMATKAN KAMI SEMASA MENYEBERANGI TITIAN SIRATUL MUSTAQIM DAN MASUKKANLAH KAMO KE SYURGAMU BERSMA-SAMA ORANG-ORANG YANG MULIA DI SISIMU YA ALLAH.
LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL 'ALIYYIL'AZIM,
YA ALLAH YA TUHAN KAMI, APALAH KIRANYA ENGKAU AKAN LAKUKAN PADAPETANG, SAAT DAN KETIKA INI KEPADA SEORANG HAMBAMUYANG HINA YANGMENGAKU BERDOSA DAN BERSALAH, YANG MERAYU KEPADAMU DI ATASKEJAHATAN, YANG BERTUBAT KEPADAMU KERANA DOSANYA, YANG MEMOHON KEAMPUNAN KEPADAMU KERANA KEZALIMANNYA, YANG MENGHARAP KEMAAFANMU KERANA KESILAPANNYA, YANG MERAYU KEPADAMU SUPAYA TERCAPAI SEGALA HAJATNYA, YANGMENGHARAPKAN LIMPAHAN RAHMATMU PADA TEMPAT WUKUF INI, WALAUPUN DENGAN DOSA YANG BEGITU BANYAK LAKSANA BUIH DI LAUTAN.
YA ALLAH KAMI SEKALIAN KELUAR MENUJU KEPADAMU DAN BERHENTI DI PERKARANGAN RUMAHMU, KEPADAMULAH KAMI MELETAKKAN SEGALA HARAPAN KAMI, KEPADAMULAHKAMI MEMOHON KEMURAHAN RAHMAT, KAMI TAKUT KEPADA DOSA KAMI, OLEH ITU KEPADAMULAH KAMIBERLINDUNG DARI BENCANA DOSA KAMI.
YA ALLAH YA TUHAN KAMI, ENGKAULAH YANG MEMILIKI SELURUH HAJAT ORANG-ORANG YANG MEMOHON, YANG MENGETAHUI SELURUH KANDUNGAN HATI ORANG-ORANG YANG MERAYU MERINTIH PADAMU.
YA ALLAH, ENGKAU TELAH SEDIAKAN SAJIAN KEPADA SETIAP TETAMU DAN KAMI SEKALIAN ADALAH TETAMU KEPADAMU, OLEH ITU KURNIAKANLAH SYURGA SEBAGAI SAJIANMU KEPADA KAMI.
YA ALLAH YA TUHAN KAMI, KURNIAKAN RAHMATMU DAN REDHAMU, MAKA KAMI SEKALIAN DATANG BERKUNJUNG KE RUMAHMU YANG MULIA INI DAN BERADA DI TEMPAT IBADAH YANG AGONG INI. DENGAN HARAPAN MENDAPAT RAHMAT DAN KEAMPUNANMU, OLEH ITU JANGANLAH HAMPAKAN HARAPAN KAMI SEMUA YA ALLAH.
YA ALLAH YA TUHAN KAMI, PERKENANKANLAH PERMOHONAN KAMI INI, MUSTAJABKANLAH DOA KAMI INI YA ALLAH, DENGAN BERKAT NABI KAMI MUHAMMAD SAW. DAN DENGAN BERKAT AMALAN KAMI YANG PALING IKHLAS KEPADAMU YA ALLAH.
LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL 'ALIYYIL'AZIM,
BETAPA RAMAI MAKHLUK YANG ENGKAU CIPTAKAN BETAPA SEDIKIT YANG BERADA DI ARAFAH INI YA ALLAH
YA RABBBI
RABBANA ZOLAMNA ANFUSANAA WA ILLAM TAGHFIRLANAA WATARHAMNA LANA KUUNANNA MINAL KHOSIRIN.
RABBANA HABLANA MIN AZWAAJINAA WADZURRIYYATINA QURROTA A'YUN, WAJ'ALNAA LILMUTTAQIINAA IMAMA.
ALLAHUMMAGHFIR LILMU'MININ WAL MU'MINAT MUSLIMAT, AL AHYAAI MINHUM WAL AMWAAT...
RABBANA AATINA FIDDUNYA HASANAH WAFIL AKHITATI HASANAH WAQINA A'ZABANNAR
RABBANA TAQOBBAL MINNA INNAKA ANTA SAMIUL'ALIM WATUB ALAYNA INNAKA ANTATTAWABURRAHIM. SUBHAANA RABBIKA RABBIL'IZZATI 'AMMA YAASHIFUUN WASALAMUN ALAL MURSALIN WALHAMDULILLAHIRABBIL ALAMIN.
Semoga musim haji tahun hadapan kita dijemput menjadi tetamu Allah ke Baitullah....Amin Ya Rabb.
Wassalam.
Aamin.. Amin YRA
ReplyDeleteamiin yarobbalalamin
ReplyDeleteAamin aamin Ya Mujib
DeleteMoga diperkenankan doa kita semua aamin
Selamat Hari Raya.