Wednesday 2 February 2022

mySalam Yang Perlu Anda Tahu.

Assalamm....
Siapa tahu mySalam tu apa? ke ramai yang macam saya yang tak tahu dan tak pernah ambil tahu sehingga kawan-kawan minta saya semak sekiranya arwah bapak saya dulu layak, ternyata arwah tidak layak kerana manfaat mySalam hanya mereka yang berumur antara 18 tahun hingga umur 63 tahun sahaja.  Selalu kalau tak berkenaan dengan diri sendiri memang kita tak suka nak ambil tahu kecuali kita tu jenis kepoci kan.  Tapi untuk mySalam ini jika tak berkenaan dengan kita perlu juga kita ambil tahu, mana tau kita boleh menolong atau memberi manfaat kepada orang sekeliling yang lebih memerlukan.  Skim insuran yang boleh dituntut jika layak adalah manfaat tuntutan hospitalisasi (14 hari dalam setahun) dan manfaat untuk penyakit kritikal (sekali seumur hidup sahaja), senarai penyakit yang boleh dituntut ada di nyatakan dalan website mySalam. 
MySalam ini adalah skim perlindungan masyarakat yang pihak kerajaan sediakan untuk golongan yang kurang berkemampuan sejak Januari 2019.  Di ringkaskan mereka yang penerima BSH (Bantuan Sara Hidup, dulu dikenali sebagai BRIM dan kini nama barunya di tahun 2022 adalah BKM (Bantuan Keluarga Malaysia).  Sesiapa yang dulu penerima BSH memang layak dalam skim ini, jika anda baru dikategorikan sebagai penerima bantuan kerajaan selepas musim pendemik, kena semak dulu ya kelayakan.
 
Ini contoh claim yang kami buat untuk ayah mertua selepas melakukan procedure angiogram di PPUM pada Jun tahun 2020.  Walaupun beliau telah meninggalkan kami pada ogos 2021 tapi kita petik sikit kisahnya moga ada manfaat bagi yang lain dn memerlukan bantuan.  Awal 2021 permohonan diluluskan dan selepas 14 hari lebih kurang bayaran sepenuhnya telah dibuat ke dalam akaun bank beliau.  Lambat sebenarnya kami buat claim, sebab kurangnya ilmu dan kelewatan mendapatkan dokumen pengesahan doktor.   
 


Sebenarnya kami masih boleh membuat 2 tuntutan hospitalisasi beliau bagi tahun 2020 dan 2021, kerana sepanjang tempoh tersebut memang on off masuk ward dan kadang kala jangka masa tinggal diward melepasi 14 hari lamanya.  Namun tak kesampaian nak dapatkan dokumen seperti yang dikehendaki oleh mySalam, dan ketika beliau semakin usur kami semua memutuskan tidak membuat tuntutan lagi.
Wassalam.

17 comments:

  1. saya pun baru tahu sebab mak ayah dah lewat umur 63, ahli keluarga lain pula ada insurans sendiri. terima kasih berkongsi info

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing

    visit our website

    ittelkom jakarta

    ReplyDelete
  3. Kepada yang ada saudara mara yang warga emas tu, bolehla tolongkan buat tuntutan. Kebanyakan yang seusia begitu tak pandai buat sendiri.

    ReplyDelete
  4. Betul tu kadang yang tak berkaitan dengan diri sendiri kita pun tak ambil tahu.
    Tapi ada baiknya ambil tahu perkara yang macam ini.
    Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. thank you for sharing, dude! visit us >.<

    ReplyDelete
  7. this is the article i was looking for! thank you for creating this blog

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. Nice post,thanks for sharing very useful
    Visit Us IT TELKOM SURABAYA

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  12. Thank for the information, please visit
    VisitUs

    ReplyDelete