Thursday 1 October 2020

Pengalaman Test Covid dan Kuarantin (SHO-14 hari)

Assalamm...

Simpan cacatan di sini sebagai kenangan bagaimana proses sample swab test covid yang saya lului semasa ketibaan dari Sabah baru-baru ini.  Tarikh kedatangan kebetulan sama tarikh yang dikuatkuasakan oleh kementerian bagi semua penumpang dari Sabah bermula 27 September hingga 10 Oktober berikutan kes covid yang meningkat secara mendadak di sana.  Sebelum ini hanya mereka yang daripada zon merah, bila sudah keluar arahan begini, saya juga tidak terkecuali walaupun bukan dari zon merah.  Semasa perjalanan balik ke Sandakan hari tu, ada 2 jenis borang juga yang diisi secara online dan manual, satu untuk jabatan kesihatan negeri dan satu lagi untuk kesihatan daerah.  Untuk memudahkan proses sebaiknya isi online sebelum terbang sebab barcode memang ada disediakan di ruang menuggu setiap gate, takde lah kelam kabut masa sampai sana atau kes bateri phone dah zero ketika itu (kes saya lah ni), tinggal bagi nama dan no ic, pegawai bertugas akan semak dalam sistem, jika ada boleh keluar.

Borang-borang ini dibekalkan oleh anak-anak kapal sebelum kapal terbang mendarat di destinasi.  Lepas keluar daripada kapal, kami ditempatkan di balai menunggu yang berkunci untuk mengelakkan penumpang bolos ke mana-mana.  Ingatan hanya sementara untuk isi borang, tetapi lama juga sebab di atas katanya barisan terlalu panjang menunggu untuk test, (difahamkan penumpang penerbangan jam 3 petang belum siap lagi ketika itu, jam menunjukkan hampir jam 12.00 tengah malam).  Penerbangan dari 3 lapangan terbang utama di Sabah iaitu Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau selalu sampai dalam waktu hampir sama sementara petugas yang ditempatkan hanya beberapa orang memang tidak dapat menampung dan berlaku kesesakan.  Anggaran satu kapal 200 penumpang (jika penuh lebih lagi, memang penuhlah sebab ramai yang balik mengundi kan), kalau 3 kapal sampai serentak macamana lah mereka nak handle kalau kakitangan tidak mencukupi.  Ada sukarelawan yang memberi bantuan dan petugas KKM ditambah selepas kekalutan berlaku hingga menteri juga turun padang meninjau keadaan.
Bila dah selesai isi borang, kena menunggu lagi ramai dah bising-bising minta keluar.  Bising sebab nak pergi tandas dan ada juga yang kelaparan.  Perjalanan hampir 3 jam jika tidak mengambil sebarang makanan dan tidak ke kamar kecil memang lah rasa pundi tu dah penuh kan.  Di setiap kapal memang ramai petugas pilihanraya dari parti-parti bertanding, jadi ini lah masanya mereka buktikan yang mereka menjaga kebajikan rakyat jangan hanya bising berkempen untuk menarik undi.
Alhamdulillah, pintu bilik menunggu kami sudah terbuka boleh lah nak ke tandas.  Masa naik ke atas mencari tandas, baru lah nampak barisan yang panjang.  Sempat tanya orang yang berbaris tu dari mana dan penerbangan jam berapa.  Bila ada yang kata naik penerbangan jam 5 dan jam 6 petang (ketika itu menghampiri jam 1 pagi) tak siap lagi, dapat agak dah kami yang penerbangan jam 8 malam lama lagi lah akan menunggu.  Ada yang ambil keputusan untuk berehat dan tidur di bilik menunggu, bila dah ramai dapat port untuk baring dan tidur saya angkut beg dan bergerak ke atas.  Bukan nak potong barisan tetapi nak cari plug point nak charge phone sambil menunggu giliran penerbangan kami dipanggil.
Sukarelawan agihkan makanan dan minuman, moga hilang lapar  dan dahaga mereka yang lapar tadi.  Di bilik menunggu kat bawah tadi sudah diberi air minuman, ini ada tambahan sedikit snek.  Ambil lah kak buat lapik perut, lama lagi nak menunggu ni, nasi bungkus dah habis dapat orang yang beratur di hadapan saja.
Ini untuk saya, sebenarnya saya tak lapar sangat dah cuma agak mengantuk dan tidur duduk dekat tiang tepi orang beratur.  Saya dah makan bekalan yang sepupu tapaukan di bilik bawah tadi, sepupu tapaukan bubur menado aka berobok dan pergedil jagung, dapat share dengan adik-adik yang duduk disebelah saya.  Sepupu nak buatkan burasak sebagai bekalan tapi saya menolak sebab tak mahu menyusahkan dan tak tahu lagi keadaan masa sampai KLIA nanti.
Agaknya saya tertidur lama sangat, mencari mereka yang sama penerbangan tak jumpa, toleh ke belakang dalam barisan semua macam tak kenal.  Ambil beg sambil bergerak ke hadapan dan tanya petugas berkenaan nombor penerbangan saya sama ada sudah dipanggil atau belum.  Dia nasihatkan saya turus saja ke kaunter tempat pendaftaran untuk ambil sample tak perlu beratur lagi.  Lebih kurang jam 5 pagi, selesai ambil sample di hidung dan mulut.  Tak ingat apa dah orang kata sakit bila kena cucuk hidung tu sebab mengantuk sangat.  Rasa ngilu juga hidung nasib tak terbersin masa tu. 
Lepas ambil sample baris lagi untuk dipasangkan dengan gelang pink ini.  Merasa juga pakai gelang pink macam orang bersalin tu, hehehe.
Dah dapat gelang que lagi untuk sessi penerangan berkenaan kuarantin.  Petugas pun sudah ada yang layu masa tu, bagi penerangan ala kadar, cepat lah kami boleh keluar.  Penumpang yang dapat petugas detail macam-macam pesanan diberi, tak tahu lah masuk otak ke tidak subuh tu.
Mereka yang tinggal di negeri selangor diminta snap gambar ini.  Sila hubungi pejabat kesihatan daerah masing-masing untuk mengetahui keputusan test selepas 3 hari.  Pejabat daerah tak jawap panggilan terus saja hubungi jabatan kesihatan negeri mereka pun boleh tolong semak.
Jika tiada yang jemput balik rumah, ada borang dibekalkan bagi menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.  Hanya tunjukkan borang itu sebab ada kes pemandu tidak mahu mengambil penumpang yang bergelang pink ni.  Mereka nasihatkan kita naik grab dan elakkan menaiki bas atau lrt.

Siap di situ, boleh lah keluar cari bagasi masing-masing.  Beg ini pun kalau pandai cakap, mesti kata dah pening pusing-pusing sejak jam 11 malam tadi orangnya tak tuntut.

Setakat kuarantin semalam iaitu hari ketiga, saya sudah hubungi jabatan kesihatan negeri bertanyakan result test saya.  Diberitahu negatif mereka sarankan pergi ke pejabat kesihatan daerah untuk dapatkan released order.  Jika tiada gejala dan memang tiada kontak rapat dengan pesakit covid, boleh lah dapat released order tu.  Samaada kena buat test ulangan, gelang pink digunting atau lengkapkan kuarantin selama 14 hari, jawapannya kena lah pergi ke sana.  Pegawai tadi nasihatkan terus saja pergi tak perlu buat panggilan sebab mereka terlalu sibuk.

Wassalam.

18 comments:

  1. Bertabahkan Nasa Mulia! Apa nak buat, kita tak mengharap yang tidak baik, tapi kena berlapang dada menerimanya.
    Tadi Firdaus swab test kali kedua, cucuk hidung. Entah bila gelang akan digunting. Tunggu lagi....huhuhuuuu! Makin kritikal nampaknya covid di Sabah. Banyak dah kakitangan kesihatan tiba di daerah Lahad Datu, Semporna dan Tawau. Hari ini Kunak mencanak naik jumlah covid!

    ReplyDelete
  2. TERPAKSA HADAPI SEMUA NI DEMI KESELAMATAN DIRI N MRK YG TERSAYANG..MOGA WANAK NI SEGERA BERAKHIR

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita doa sama-sama kak moga kita dan keluarga semua terhindar dari wabak ini.

      Delete
  3. Alhamdulillah result negatif. Pengalaman berharga walaupun perit. Kalau saya mau dh pengsan takpun sakit kepala tahan lapar. Semoga wabak covid ni segera pulih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kita doa ye negara kita pulih semula dari sebarang masalah.

      Delete
  4. semoga tak ada apa2 serius .. amin

    ReplyDelete
  5. semoga memang negatif dam dapat selesaikan 14hari kuarantin tu kak... kesiannya yang kene menunggu lama tu ye kak, betapa penat nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah negatif dan akk tiada simptom apa2.

      Delete
  6. buat covid test masa nak operate hari tu..geli, rasa nak terkeluar kahak..semoga keputusan baik2 semuanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, setakat ini semua baik-baik saja.

      Delete
  7. Replies
    1. dengar cerita orang kita jadi takut, tapi kita santai2 saja Cikgu biar semua berjalan lancar. In Sha Allah semua baik-baik saja.

      Delete
  8. Haha kalau terbesin tu dah cerita lain pula . semoga wabak ini berakhir segera .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mau semua petugas larikan diri jika bersin.

      Delete