Assalam...
Tak tahu macamana boleh jatuh cinta dengan puding longan ini. Terjadi sebab tak sengaja, ada cerita pahit di sebalik tu sebenarnya. Walaupun bukan saya yang kena bahang nya tapi tetap mencuba untuk fahamkan mereka yang langsung tak pernah mahu memahami kerja orang bawahan. Kisahnya bos saya kena maki hamun dengan seorang "dato" / customer (kawan baik pada big bos) kerana menghantarkan makanan lain seperti yang dipinta.
Dato tu selalu makan puding ini di rumah big bos bila ada event yang ditempah khas oleh anak big bos daripada kenalan dia, bukan dibuat oleh pekerja big bos. Satu hari Dato ini buat pesanan untuk dihantarkan ke rumahnya dan salah satunya adalah puding longan ini. Bila pesanan sampai kepada pekerja, pekerja pun buat macam yang ada dalam senarai menu (ikut SOPP), nama menu sama tapi hasilnya lain sebab menu yang diikuti dibawah kategori dessert chinese menu. Bila makanan sampai ke rumah dato, dia punya komplen tak sanggup dengar, habis semua big bos dia call komplen dan maki-maki pekerja. Pekerja tak salah, sebab info sampai pada dia tak tepat, dia tak pernah tengok puding yang dimaksudkan, dan tak pernah hadiri event di rumah big bos pun. Dari sana lah saya pun sibuk nak tahu dan nak rasa sendiri bagaimana kah puding longan yang dimaksudkan oleh dato itu. Pesan dekat cik Miah bagi saya rasa lepas buat, siap bagi resepi lagi.
Puding Longan
Sumber: Cik Miah
Bahan-bahan
1 sudu kecil serbuk agar-agar (10gm)
1 tin longan (air masak bersama agar-agar)
1 tin susu cair
Sedikit gula
1 tin air (sukat guna tin longan)
Cara Penyediaannya
* Masak agar-agar bersama air, gula dan air longan.
* Isi longan separuh potong 2 dan separuh lagi biarkan sebiji-sebiji.
* Bila agar-agar dan gula dah larut, masukkan susu cair dan potongan longan.
* Didihkan sekejap saja dan tutup api.
* Tuang dalam bekas dan sejukkan.
* Bila sejuk, letakkan longan lebih atas puding dan hidangkan.
Bekas kecik dah habis dan tak larat nak suah dah bekas kecik, Cik Miah bawa mai puding dalam bekas besar terus. Amboi perli kah, dak aih suh makan bagi puaih.
Beringatlah bila anda berada ditempat teratas itu bukan tiket untuk anda mencaci maki orang bawahan. Terkadang mereka yang dianggap golongan profesional ini langsung tak ada sikap profesional bila berhadapan dengan orang bawahan, EQ zero, letak dilutut. Kalau tengok puding tu, orang akan kata "eleh puding macam ini je ker? ingatkan puding vogue
macamana lah, sampai sakitkan hati orang. Ingat ya walaupun ko dah kaya sangat ada gelaran tapi benda simple macam ini pun tak boleh buat sendiri dan masih perlukan bantuan orang. Begitulah cerita disebalik kisah puding longan ini, ingat peristiwa itu, jadi sakit hati makin laju pula menyudu ke mulut.
Wassalam.
Waalaikumussalam. Nyummmm boleh la nak cuba buat 🤤
ReplyDeletetentunya sedap
ReplyDelete