Assalamm...
Perintah kawalan pergerakan selama 14 hari bermula 18-31 March 2020, satu peluang untuk mereka selama ini yang sibuk dengan tugasan untuk berehat bersama keluarga di rumah. Tapi mereka yang biasa sibuk ini betah kah nak duduk diam-diam di rumah? Betah tak betah kena lah ikut peraturan, untuk menjamin kesejahteraan dan keselamatan bersama, tolong jangan pentingkan diri sendiri. Saya memang kena "stay at home and on mode standby" selama tempoh itu dan In Sha Allah ada jer aktiviti yang boleh dibuat untuk hilangkan boring tu. En.Abe perlu bekerja sebab dia support service untuk front line.
Hari kedua PKP dilaksanakan baru kami keluar cari barang-barang, nampak rak masih banyak yang kosong. Agaknya tak sempat susun orang dah ambil sebab tanya pada pekerja di situ dia kata siang tadi ramai orang. Nak cari barang basah jer sebenarnya sebab stock lain macam ada lagi, lagi pun nak makan berdua saja, banyak mana sangat lah kan.
Ini macam best jer untuk buat kudapan, sambil marathon tengok movie dan update tentang covid-19. Semoga dapat terlaksana dan tunggu bagaimana kah kejadiannya nanti.
Hampir penuh trolli juga belanjanya, tu bukan sebab panic buying tapi stock sepanjang tempoh tulah. Malas dah nak keluar-keluar selepas ini, ada jer antaranya yang tak berapa perlu pun dalam troli tu, tapi biasalah rambang mata kan tak sedar dah nak penuh troli.
Beli kudapan ini dulu sebelum kita buat sendiri, nak try steam cake tu sebenarnya. Baru dipasaran kot or saya saja yang tak tahu, not bad rasa dia ala-ala japanese cotton cake dan semua dah selamat masuk perut.
Hari ke-3 ini nak ubah strategi sikit duduk diam dalam rumah, cukup-cukup lah rehat permulaan 2 hari PKP ini. Semoga kita semua diberi keampunan dan dalam lindungan Allah azzawajalla. Ribuan terima kasih diucapkan kepada mereka yang bekerja dibarisan hadapan terpaksa meletakkan diri mereka dalam bahaya demi kesejahteraan kita semua. Untung lah kita dapat tugas mudah saja iaitu just stay at home.
Wassalam.
Yup bersyukur duduk rumah sahaja.
ReplyDeletebanyak juga belanjanya.
ReplyDeleteDuduk rumah ni memang cepat lapo