Assalam.
Perjalanan pagi ini kami satu kereta dengan geng kami saja bersama ketua group yang mulanya kami anggap dialah yang menjadi punca kekecohan selama ini. Dapatlah berkenal-kenalan dengan dia, cerita isi hati, perut semua keluar pasal trip ini. Kira sesi luahan perasaan lah, apa lagi geng kami yang terlebih emosilah yang mulakan bicara. Dari cerita ketua, kami tahu yang dia dah jadi serba salah dan tak senang duduk dia ketika kami kata nak cancelled saja trip. Dia usaha pujuk kami pergi juga sebab kami dah bayar, jika cancelled kami yang rugi dan tiket memang burn. Masa di klia semalam dia kena beli satu return tiket untuk seorang rombongan cik kiah yang tersilap nama, boleh pula kami padankan muka dia sebab geram. Sebab maklumat tak tepat yang sampai pada kami, dah jadi fitnah pada yang tak bersalah. Lain kali jangan percaya sangat kat si bibir manis tu, selidik dulu apa dia bualkan.
Sambil mereka rancak beramah mesra dengan ketua, sesekali saja saya menyampuk, selebihnya fokus pada pemandangan yang di lalui. Masih ada kawasan yang menggunakan pengangkutan awam tradisi seperti bendi (kereta kuda). Bendi mereka tak sama yang di Bukit Tinggi dihias cantik dan mewah (khas untuk pelancong).
Desa Sukajadi, kalau suka jadi, kalau tak suka tak jadi lah kot.,nge nge nge.
Nasihat pak supir, kalau nak ke tandas, lebih baik singgah ke masjid saja dan dia singgahkan kami si Masjid Besar Ciwidey. Singgah masjid bukan nak sholat tapi tumpang bilik kecilnya, ikut sajalah kata pak supir sebab dia lebih kenal akan tempat ini. Si sumandak yang pakai seluar pendek malu-malu nak lalu pagar masjid.
Sepanjang perjalanan mendaki ke puncak, cantik pemandangan dengan kebun sayur. Tepi kiri kanan jalan memang terdapat banyak rumah penduduk, melihat susana di sini kita tahu betapa mereka memanfaatkan setiap inci tanah yang ada di sekeliling mereka. Gambar bawah tu petani sedang panen daun sup, subur ya amat pokok supnya.
Lepas perjalanan bengkang bengkok, akhirnya sampai ke tempat di tuju. Dah banyak kenderaan pelancong yang park di situ. Ingatkan turun-turun kereta terus sampai, rupanya kena kenderaan pulak. Hanya kenderaan khas yang boleh bawa pelancong ke kawasan kawah putih. Apakah istilah yang sesuai nak panggil ni, skill atau trick pelancongan untuk menjaga kepentingan pengusaha tempatan.
Bahan jualan oleh penggerai di stesen menunggu untuk menukar kenderaan ke kawah putih. Geram dah tengok strawberry, tapi dibagi tahu oleh ketua kami, perjalanan balik nanti kami akan singgah ke kebun strawberi dan petik sendiri. masih terlalu awal dan tak rasa lapar lagi, mungkin balik dari kawah nanti boleh lah kita menjamu selera. Di sini kami hanya beli tiket dan que naik angkutan ke kawasan kawah.
Ini angkutan yang akan membawa kami ke kawah putih. Jika jenis penakut jangan cuba nak duduk tepi, driver yang bawa angkutan ini pun boleh tahan jenakanya pecut di kawasan selekoh.
Sudah sampai depan signboard kawah putih tu jangan harap lah nak dapat gambar clear dari orang. Manusia memang ramai kat sini, tourist dan local bercampur tapi macam bukan di Bandung ni, sebab kebanyakkan tourist tu orang kita jer.
Sudah siap beli facemask, boleh pulak terlupa bawa. Kena lah beli sini 5000 sekeping, tak wajib pun pakai. Macam saya wajib pakai sebab jenis tak tahan bau belerang yang kuat, lebih busuk dari telur tembelang, mau teler jika hidu lama-lama.
Dari kawasan atas dah tercium bau balerang, boleh nampak wap yang membawa bau telur tembelang tu bergerak naik dari permukaan kawah. Salute kat diorang yang boleh tahan bau tu, tak perlu guna facemask dan mereka tahan berlam-lama di tepi tasik.
Action sekejap di tepi tasik tu sudahlah, tak tahan bau busuk. Sebelum berlaku yang tak diingini baik saya segera naik semula ke atas. Sejak dahulu lagi deria bau saya kalau tak berkenan, nanti dia kacau deria lain hantar signal nak muntah, nak pitam semua cukup.
Itu ada lagenda berkenaan kawah putih, terbentuk daripada letupan pada 2 puncak gunang berapi (Gunung Patuha) dan kemudian bercantum menjadi danau.
Saya pun tak berapa faham akan cerita pada papan tanda ini. Sunan tu nama penjaga gunung atau kawasan ini dahulu kala. Abang long kawasan lah.
Sesuatu yang cantik di sini adalah hutan dan jenis pokok yang tumbuh. Macam dalam filem cerita orang putih dulu kala. Cantik sangat untuk lokasi potografi juga.
Bagi pengunjung yang kurang upaya untuk turun atau naik tangga, boleh melihat pemandangan kawah putih daripada anjung tinjau yang disediakan. Bau belerang pun tak kurang hebatnya dari sini.
Seperti yang dijanjikan, perjalanan pulang pak supir memilih kebun strawberry yang masih banyak buah matang yang belum dipetik. Kami singgah dan petik di sini, lepas petik boleh bawah pulang tapi, timbang lah dulu dan bayar. Boleh baca kisah di sini.
Selepas ini kami akan singgah shopping di jalan kulit kata mereka. Lorong kulit macam "rope walk" kah?
Wassalam.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment