Assalam....
Hari tu teringin sangat nak makan cucur manis yang selalu buat dulu-dulu. Bukan yang jenis viral bulat cantik tu, ini yang kembung pelbagai bentuk sebab scop guna sudu jer. Dulu kalau tiada kuih atau benda sangat nak makan buat yang inilah, sebab dulu kan selalu protes jemput-jemput pisang mak (kudapan asyik-asyik itu saja, pagi petang saya cakap, tiada kuih lain). Sekarang padan muka lah sendiri rindu, nangislah sendiri di tepi dapur.
Saya tak ingat siap yang ajar buat cucur ini, tapi rasa mesti mak lah yang bagi tunjuk ajar. Dulu mana ada internet lagi nak dirujuk. Mungkin sebab senang dan bahan mudah jadi lekat terus di kepala otak cara nak buatnya. Pernah dulu berjalan-jalan ke tempat makcik (daerah lain, jauh di pedalaman dalam kem balak), konon-konon nak buat cucur nie silap macamana terletak air banyak sangat. Tepung simpanan makcik tak cukup, jenuh bertanya setiap seorang penghuni rumah kongsi jika mereka ada stok tepung, kedai runcit kongsi pula sangat jauh, di blok lain. Nasib ada seorang kakak yang masih ada stok tepung gandum masa tu, jika tidak cucur manis jadi pahit agaknya. Sebab dah terbuat banyak, dapatlah satu kongsi makan cucur manis. Rumah kongsi di kem balak dulu, macam rumah panjang, dapat pergi dua tiga kali dan tinggal seminggu dalam kem balak.
Cucur Manis (kontok-kontok Manis)
Sumber: Mulia
Bahan-bahan
Tepung gandum
Gula pasir
1 biji telur
Sedikit soda bikarbonat
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Cara Penyediaanya
* Resepi ini tiada sukatan metrik, semua main agak-agak sendiri. Terlebih air tambah tepung, lebih tepung tambah sikit air, tapi pastikan jangan sampai tiada rasa manis ya.
* Gaul gula dan telur hingga gula larut. Masukkan soda dan air.
* Masukkan tepung, gaul hingga sebati dan dapat better yang sesuai.
* Better dia tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat, sedang-sedang macam better buat cekodok.
* Panaskan minyak (goreng dengan minyak penuh).
* Sendukkan adunan ke dalam minyak panas (nak guna tangan pun boleh) dan goreng hingga kekuningan.
* Angkat dan sejat minyak guna tisu dapur.
* Hidangkan.
Jom kita lawan makan cucur, sepinggan cucur manis untuk aku, sepinggan cucur bawang (savory) untuk kau. Kesudahannya makan tak habis, gitu lah kalau tamak buat banyak-banyak nak makan untuk 2 orang saja.
Sebenanya selalu buat jemput tak cukup sebab buat sikit sangat dan satu jenis saja. Malam tu tak tahu apa lah yang merasuk buat terlebih pula, ingat macam kat kampung ke dulo-dulo sering ada jiran bertamu malam-malam.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment