Tuesday, 1 October 2019

Terima Kunci Rumah, Pindah Belum Tentu

Assalam...
Beberapa waktu juga kena bertangguh untuk datang ambil kunci rumah yang sudah siap sebab hujung dan awal tahun tu sedikit ting tong dengan apa yang berlaku.  Allah ambil yang lain dan menggantikan dengan benda lain walaupun tak boleh disamakan nilainya, tapi kena syukur  Allah masih sayang.  Sekurang-kurang projek ini dapat selesai ikut masa yang ditetapkan dan selamat terima kunci rumah sendiri.  Masih rumah pinjaman oleh bank lagi sebenarnya, belum boleh claim hak milik sendri sebab masih berhutang kan.


Terujanya orang tu dapat kunci rumah, sibuk dia berkenalan dengan mereka yang dijumpa kat luar tu.  Ada beberapa orang yang ditemui dan salah seorang adalah jiran kami yang berkongsi bumbungku adalah lantaimu.  Mereka dah pindah masuk lebih kurang sebulan yang lalu, kami ini tak tahu nak pindah bila pula.  Banyak benda kena sediakan dulu terutama $$$$.  Plan hari tu sebelum puasa nak pindah, tapi ramadhan pergi, syawal berlalu dah dekat hujung tahun tak pindah-pindah lagi.  Bukan perkara mudah orang seperti kami nak cepat pindah ni, kami dua-dua jenis tinggal dekat dengan tempat kerja, bukan jenis yang sanggup tempu jem berjam-jam.


Benda pertama yang perlu dibuat selepas ambil kunci dari staff management yang bertugas, masuk lihat unit rumah kita bersama mereka yang bertugas, dia akan tunjuk lah apa-apa macam dalam surat perjanjian kan.  Sesi handover dan gugusan kunci rumah beralih tangan, dan bermula tugas tuan rumah kenal pasti setiap sudut dan inci mencari defect jika ada.  Memang pasti akan ada, setiap unit confirmed akan ada lagi-lagi ini unit groud floor.  Contenglah lah dan tulis dalam form yang dia bagi tu.  Banyak juga defect rumah nie macam kat gambar bawah tu, retak, tingkap senget, jubin tak rata, tanda dinding yang lembab dan macam-macam lagi.  Sekali round, penuh dua muka surat kertas a4 ditulis dan tampalan sticker pada bahagian defect yang dimaksudkan.  Submit hari tu juga bersama kunci pendua sebab kami tak banyak masa boleh datang selalu ke sini, pihak pemaju bagi tempoh masa sebulan nak baiki benda defect tu.


Suka sebab ada laman sikit kat belakang tu, konon nak apply balik hobi lama yang kekampungan tu nak bercucuk tanam.  Nanti kita tunggulah kisahnya berjaya ke tidak merealisasikan hobi itu.


Sekali jer bawa arwah bapak ke sini, dapatlah dia tengok sendiri walau berbalam-balam dari dalam kereta.  Masa tu sebiji mentol pun tak pasang lagi dan dah magrib tak dapatlah nak bawa dia masuk ke dalam rumah.  Macam kedai rumah kau ini, aduhnya pada en. Abe.  Salah satu sebab kami tak pindah sebab tak mahu tinggal bapak lama-lama ketika kami keluar bekerja dengan keadaan dia yang makin uzur ketika itu.

Sekarang ni jika hujung minggu tidak ke mana-mana, kami datanglah jenguk rumah ini.  Konon datang nak bersihkan sambil makan dan cabut akar lalang di belakang rumah. Masih kosong belum ada perabut, biarlah dulu sementara tu kalau nak bergolek, golek saja atas lantai atau tikar.
Wassalam.

2 comments: