Tuesday, 22 October 2019

Hobi Lama Yang Nak Diperbaharui....

Assalam...
Tengok tajuk dah tahu kan yang saya suka nak tanam-tanam.  Lama sangat memendam rasa sebab rumah sekarang tak boleh nak tanam-tanam tak sama masa duk penang dulu, walau tinggal atas awan tapi depan rumah penuh pokok bunga.  Kali ini dapat jer tanah melompat riang sangat, nak rasa tangan ini pegang tanah balik (aura orang kampung anak pekebun gitulah gamaknya).  Cuma kali ini kita tukar sikit tanaman tu, kalau dulu tanam pokok bunga sekarang nak tanam pokok herba, untung-untung esok ada hasil boleh dihidang atas meja makan.  Misi mencari pokok dan tanah, singgah di nurseri pertama, mak aii mahalnya pokok yang dikehendaki, dapat beli tanah saja.  Jalan lagi, jumpa lah nurseri yang hujung sekali, Lot 53 tak silap menunggu masa untuk berpingah.  Di sini dapat beli pokok kemangi dengan harga murah 3 kali ganda dari nurseri yang mula tadi.  Jadi kita mark nurseri tu, akan datang kita pergi lagi beli tanah dan pokok.


Inilah tanah sekangkang kera yang nak disumbat macam-macam.  Berjaya potong rumput sendiri, mengaduh gak lenguh dan sakit pinggang.  Aku sebesar ini saja ulang beberapa kali baru dapat bersihkan semua, berapa kali rehat menyandar sambil terkenang arwah bapak dulu kerjakan tanah 20 ekar seorang diri.  Dah separuh menyangkul dan potong rumput baru teringat, awatlah tak panggil jer orang tolong bersihkan.  Google ada jer service potong rumpur area situ, tapi dah tinggal separuh kita kayuh perlahan-lahan sambil bersenam konon-kononnya.


Pokok pertama yang saya nak tanam sangat adalah pokok ini, pokok kemangi (comangi arwah mak panggil), beberapa kali ambil benih dari kampung nak semai asyik tak menjadi.  Gigih saya cari kat nuseri, kena keluar duit pun keluar lah dah tak kisah kali ini.  Semoga awak tumbuh sihat lah di situ, dah sihat esok saya buat awak sambal.


Kesempatan melawat keluarga angkat di Kedah hari tu, tak lupa ambil bekalan pokok dari sana, Mak Andak bagi 3 jenis pokok.  Pokok cekur (dah semai jadikan 2 pasu), kucai dan pokok kari puleh. 


Pokok kucai pemberian Mak Andak, angkat sekali dengan bekas tu.  Jauh datang dari Sidam Kiri, Kedah dah selamat bersemadi di situ.  Pokok ini perlukan sedikit teduhan sebenarnya, nampak daun-daun dia dah kuning-kuning sebab panahan terik matahari.  Selepas seminggu ditanam, bertahan hanya 2 pokok, kari puleh tak bertahan lama mungkin sebab terlebih air atau akar pokok rosak masa mencabut hari tu, sebelum ditanam memang dah layu kekuningan.


Semai biji bunga telang (bunga nasi kerabu), juga ambil daripada kebun si abang lah.  Nampak gaya macam nak pindahkan isi kebun si lah saja ke sini, tapi tak mungkin kot kebun dia siap ada pokok tebu, kelapa, jambu air, betik dan macam-macam lagi.


Punya lah kedekut nak berjimat, tanam pokok dalam plastik bekas beras.  Tak kisahlah yang penting dapat tanam pokok dan mulakan aktiviti dulu.  Pokok ini saya minta keratan daripada jiran, kami panggil pokok bakawali, rasanya sangat pahit dan sememangnya sejenis herba yang berguna.


Setelah seminggu dibersihkan, sakit hati tengok tunas-tunas lalang tu naik balik.  Nantilah ada masa boleh korek akar umbi dia, lalang nie kalau tak musnahkan akar selagi itu lah dia akan terus tumbuh.  En. Abe kata nak racun saja, tapi entah bila lah akan terjadi tu.


Minggu berikutnya tambah koleksi lagi, singgah beli tanah di kedai yang dah mark tu.  Sempat grab 2 pokok ni dari nurseri tu, tokeh dia dah bagi flyer tentang offer sebelum berpindah dan lokasi baru nurseri tu akan datang.  Kedua-dua pokok ini kita biar dulu, letak dekat pokok-pokok lain.  Senang-senang nanti kita pindahkan.


Minggu itu tambah juga koleksi dengan mencucuk  2 batang kelor (moringa).  Agak cuak juga sebab tanah di situ penuh dengan batu, Serah pada Allah yang berkuasa menghidupkan dan mematikan sesuatu mengikut yang dikehendakiNya.  Batang kelor tu ambil dekat tempat kerja, dulu ada minta si abang lah cucukkan dekat kebunnya.  Kebun dia dah tak terjaga sejak dia balik kampung dan tak balik-balik Malaysia dah.


Pokok serai juga ambil dari kebun si abang lah, tanam serai biasa saja dulu.  Nanti boleh lah ambil pokok serai wangi pula.

Ada juga cerita lucu, masa adik ipar balik kampung minta dia bawakan pokok dari kampung.  Tapi tak cakap lah nak pokok herba yang ada keliling rumah mertua, sekali dia cerita kat bapak mertua, orang tua tu pergi beli anak pokok rambutan, harum manis, durian belanda bagai.  Adoi lah mak bapak metuaku....tunggu lah anak awak beli tanah kebun yek...
Wassalam.

Monday, 21 October 2019

Best Day at 11-10-2019

Assalam...
Rasa macam nak cuti hari tu, tapi apakan daya hari tu wajib hadirkan diri untuk training kalau tidak naik sheikh si lady bos menjerit karang.  Kalau hari best begini rasanya nak off planet tak nak jumpa orang sebab tak suka bila orang nak buat-buat suprise atau kena nyanyi.  Buat untuk orang lain tiada masalah tapi untuk diri sendiri yang tak suka.  Maklumlah orang kampung tak pernah ada acara-cara tiup-tiup lilin dan nyanyi ini.


Saya tahu betapa kalut dan meluatnya orang belakang tabir bila lady boss minta disediakan kek dan makanan tambahan yang lain.  Biasa kena kan, lebih-lebih bila kena minta fulus dari bahagian akaun untuk jamuan mendadak sebegini, nasib lah kan. 


Konsentrasi pada perkara yang trainer ajar melayang sedikit kerana asyik menjeling ke kotak pizza yang tersusun bertingkek-tingkek di tengah meja.


Terharu jga lah, bila lady bos bagi ucapan dan hugs hari lahirkan.  Ujung-ujung ayat ucapan dia tu, awak buat saya selalu nak menjerit setiap hari...:)


Ini edisi sebelah petang selepas kerja, sambung lagi makan-makan kami berdua saja.  Makan ayam goreng kegemaran ramai dan tambah manisan ice cream.  Maklumlah dah kurang manis, kena tambah dos manis tu sikit.

Usia bertambah, semakin dekat diri ini untuk dipanggil pulang ke pangkuan Ilahi.  Sudah masanya untuk aku melepaskan sedikit demi sedikit urusan duniawi.
Wassalam.

Tuesday, 1 October 2019

Terima Kunci Rumah, Pindah Belum Tentu

Assalam...
Beberapa waktu juga kena bertangguh untuk datang ambil kunci rumah yang sudah siap sebab hujung dan awal tahun tu sedikit ting tong dengan apa yang berlaku.  Allah ambil yang lain dan menggantikan dengan benda lain walaupun tak boleh disamakan nilainya, tapi kena syukur  Allah masih sayang.  Sekurang-kurang projek ini dapat selesai ikut masa yang ditetapkan dan selamat terima kunci rumah sendiri.  Masih rumah pinjaman oleh bank lagi sebenarnya, belum boleh claim hak milik sendri sebab masih berhutang kan.


Terujanya orang tu dapat kunci rumah, sibuk dia berkenalan dengan mereka yang dijumpa kat luar tu.  Ada beberapa orang yang ditemui dan salah seorang adalah jiran kami yang berkongsi bumbungku adalah lantaimu.  Mereka dah pindah masuk lebih kurang sebulan yang lalu, kami ini tak tahu nak pindah bila pula.  Banyak benda kena sediakan dulu terutama $$$$.  Plan hari tu sebelum puasa nak pindah, tapi ramadhan pergi, syawal berlalu dah dekat hujung tahun tak pindah-pindah lagi.  Bukan perkara mudah orang seperti kami nak cepat pindah ni, kami dua-dua jenis tinggal dekat dengan tempat kerja, bukan jenis yang sanggup tempu jem berjam-jam.


Benda pertama yang perlu dibuat selepas ambil kunci dari staff management yang bertugas, masuk lihat unit rumah kita bersama mereka yang bertugas, dia akan tunjuk lah apa-apa macam dalam surat perjanjian kan.  Sesi handover dan gugusan kunci rumah beralih tangan, dan bermula tugas tuan rumah kenal pasti setiap sudut dan inci mencari defect jika ada.  Memang pasti akan ada, setiap unit confirmed akan ada lagi-lagi ini unit groud floor.  Contenglah lah dan tulis dalam form yang dia bagi tu.  Banyak juga defect rumah nie macam kat gambar bawah tu, retak, tingkap senget, jubin tak rata, tanda dinding yang lembab dan macam-macam lagi.  Sekali round, penuh dua muka surat kertas a4 ditulis dan tampalan sticker pada bahagian defect yang dimaksudkan.  Submit hari tu juga bersama kunci pendua sebab kami tak banyak masa boleh datang selalu ke sini, pihak pemaju bagi tempoh masa sebulan nak baiki benda defect tu.


Suka sebab ada laman sikit kat belakang tu, konon nak apply balik hobi lama yang kekampungan tu nak bercucuk tanam.  Nanti kita tunggulah kisahnya berjaya ke tidak merealisasikan hobi itu.


Sekali jer bawa arwah bapak ke sini, dapatlah dia tengok sendiri walau berbalam-balam dari dalam kereta.  Masa tu sebiji mentol pun tak pasang lagi dan dah magrib tak dapatlah nak bawa dia masuk ke dalam rumah.  Macam kedai rumah kau ini, aduhnya pada en. Abe.  Salah satu sebab kami tak pindah sebab tak mahu tinggal bapak lama-lama ketika kami keluar bekerja dengan keadaan dia yang makin uzur ketika itu.

Sekarang ni jika hujung minggu tidak ke mana-mana, kami datanglah jenguk rumah ini.  Konon datang nak bersihkan sambil makan dan cabut akar lalang di belakang rumah. Masih kosong belum ada perabut, biarlah dulu sementara tu kalau nak bergolek, golek saja atas lantai atau tikar.
Wassalam.