Assalamm...
Tak plan nak makan di sini sebab kata resto nie di lembah Klang pun ada, tapi bila sampai di Kuantan, tiba-tiba teringin nak makan seafood di Tanjung Lumpur. Sampai kawasan Tanjung Lumpur tu bukan takde restoran ikan bakar lainnya, pusing-pusing juga pilih mana satu nak singgah. Kami tengok restoran Ana Ikan Bakar Petai ini macam terlebih meriah malam tu dari yang lain, boleh kata macam dia mendominasi di Tanjung Lumpur tu, kiri kanan dia, depan belakang pun dia juga.
Bangunan itu yang terletak di tepi jalan, rasanya itu tempat yang mula-mula dan dikembangkan ke sebelah belakang yang boleh menampung lebih ramai pengunjung. Tempat parkir pun luas, tak risau lah.
Kaedahnya di sini, kena cari meja baru buat order senang peramusaji nak cari pelanggan ketika menghantar pesanan nanti. Meja memang banyak dan takdelah sampai beratur dan berdiri lama nak cop meja tu. Kalau datang dalam group ramai boleh lah pilih tempat duduk di gazebo/pondok tu.
Sudah dapat tempat duduk, boleh lah pilih-pilih ikan, kerangan laut yang nak di makan tu. Cara masak yang diingini semua ada dipaparkan di situ termasuk harganya sekali.
Ikan-ikan yang menunggu masa dipilih oleh pelangan. Mereka memang tak susun atur ikan tu cantik-cantik macam di sesetengah restoran, tak sempat kot, sebab letak jer habis, letak jer habis kaedahnya. Masa kami sampai nampak ikan macam dah nak habis, udang memang dah takde, tapi pusing sekali lagi, terisi balik tempat tu.
Lepas pilih apa yang disukai, beratur di kaunter sini, nyatakan nombor meja dan bagi tau pilihan kita tu nak dimasak macamana. Di belakang tu adalah team yang sedang menyiang dan membersihkan pesanan pelanggan termasuk aktiviti bakar-bakar.
Main kitchen dia open jadi boleh nampak mereka menyediakan, menggoreng, memasak pesanan pelanggan. Tengok dari luar sudah lah, tak yah lah kepoh pergi tanya tukang masak atau pergi minta resepi, kang ada yang dapat sudip karang.
Rasa-rasa lambat lagi pesanan nak sampai, boleh settlekan benda yang wajib dulu di sini. Selesa tempatnya.
Satu persatu pesanan kami mereka hantar, dan ini lah ketua segala pesanan kami, ikan merah bakar petai. Rasa dia ok-ok lah, mungkin saya tersilap pilih ikan, sepatutnya jika nak makan ikan bakar harus pilih ikan jenahak atau siakap. Mungkin ikan merah ni lebih terserlah rasanya jika dimasak cara lain seperti stim atau masak sup.
Sotong celup tepung, penggemarnya kata sedap sangat. Dia bungkus bawa balik sampai keesokkan harinya masih ranggup katanya.
Salted egg prawn, rasanya sedap jika banding dengan yang kami makan di tempat lain.
Kerabu mangga dan keropok lekor tu, kena order dan beli asing di gerai yang terdapat di dalam kompleks tu juga. Erm entahlah boleh telan lagi ker tak, saya kalau dah ada ikan bakar, yang ini dah kurang gemar.
Banyak ini hidangan untuk dimakan 2 orang, rasa-rasa boleh habis ker tak? Klau bela hantu raya mesti boleh punya kan. Orang kiri kanan jeling-jeling tak peduli lah, kita yang bayar bukan mereka.
Jika tak kenal nama-nama ikan, marilah belajar di sini. Judul pun dalam jawi, jadi mengeja lah anda di situ kalau tak tahu baca. Nasib nama ikan tu tak tulis dalam jawi juga, kalau tak saya pun tak tahu baca. Ikan jebong, ikan deloh, ikan remon, ikan muduk, ikan tambok, ikan barat semua tu saya pertama kali dengar namanya.
Pesanan tu memang tak habis makan 2 orang, minta bungkus bawa balik, makan sampai ke waktu breakfast di hotel. En. Abe kata puas hati makan di sini, harga pun lebih murah banding di tempat lain. Macam tu ada can lah datang lagi, tak pun cari resto cik Ana yang dekat KL.
Wassalam.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete