Assalam...
Sebenarnya dah lama tahu ada tempat makan di atas roof top Hotel Nak Sandakan. Tetapi bila balik kampung asyik terlupa nak singgah, lebih terarah nak mengopi di tea house atau kedai kopi tepi laut. Kali ini baru lah dapat singgah, itupun dalam keadaan rushing sebab nak cari barang last minute sebelum terbang balik petang tu. Hotel Nak antara hotel tertertua yang pernah menjadi landmark di bandar Sandakan dan bangunannya antara bangunan tertinggi yang terdapat di Sandakan suatu ketika dulu. Semua orang tahu di mana lokasi hotel ini sebab kedudukannya di tengah-tengah bandar yang menjadi tumpuan segala aktiviti.
Ba Lin Roof Garden terletak bahagian atas tingkat 8 bangunan Hotel Nak. Pemandangan sekeliling bandar Sandakan boleh dilihat dari atas roof top ini dan menjadi tempat yang sesuai untuk merehatkan minda sambil menikmati hidangan yang disediakan.
Ini ruang dalaman restoran yang terletak di tingkat bawah.
Ruang makan di sebelah sisi restoran juga berada di tingkat bawah.
Tangga spiral untuk ke tingkat atas (deck pemandangan). Agak pening dan berhati-hati ketika mendaki sebab macam ada antara anak tangga tu yang nak tercabut.
Ruang lepak-lepak atas restoran (roof top), petang-petang sini mesti syok sambil menikmati sunset di teluk Sandakan tu. Masa kami naik dah dekat waktu tengahari, panas lit-lit cancelled plan nak makan di atas ni.
Pemandangan sebelah kanan, daripada pangkalan KD sri Sandakan ke arah kawasan teluk Sandakan.
Di sebelah kiri pula adalah sebahagian kawasan bandar Sandakan arah kawasan Sim-Sim dan istana. Deretan kedai yang terdapat di Jalan Satu dan Jalan Dua Sandakan.
Dah puas berpanas di roof top tu, kami turun untuk menikmati makanan yang dipesan tadi sebelum pelayan bawa naik ke roof top. Pagi tu resto baru buka dan hanya kami saja pengunjung, so bebaslah nak pilih tempat duduk luar atau dalam. Boleh tahan juga lah set big plate breakfast dia
Aik mereka dah guna straw besi? ingat orang yang duduk atas pokok tak tahu perkembangan tentang alam sekitar ke?, jangan main-main sejak era dunia tanpa sempadan nie mereka lagi advance dari yang tinggal dibandar. Sebenarnya tak terbeli-beli straw ini untuk kegunaan sendiri, boleh lah bawa ke mana-mana.
Antara sijil penghargaan daripada TripAdvisor, pemberian itu bukan saja-saja ia bergantung pada review yang bagus daripada pengunjung juga.
Pengunjung yang suka keadaan klasik boleh lah menginap di sini atau datang santai-santai di Ba Lin Roof Garden menikmati panorama waktu senja di bandar Sandakan.
Wassalam.
Tq for sharing. Rajin juga ke Sandakan, tapi jarang bermalam di sana. Sesekali nak juga singgah hotel ni.
ReplyDelete