Assalam...
Balik kampung hari tu sempat sediakan bubur ini sebelum balik KL semula. Buat seperiuk besar dengan tujuan bagi seorang sikit sebagai bekalan bawa balik. Sebab kesuntukan masa nak kejar highway sebelum jem, seorang sempat makan sedikit saja dan selebihnya bungkus bawa balik dengan harapan masa sampai nanti lapar-lapar boleh lah makan. Punya keluar awal untuk mengelak dari terjebak dalam jem, akhirnya selalu perjalanan lebih kurang 2jam 30 minit ke 3jam berakhir dengan 7 jam dalam perjalanan. Sesampai di rumah bubur dah berbuih dan masam.
Barobbok boleh disediakan tanpa santan atau dengan santan. Selalu memang kami buat yang tak guna santan, tetapi baru-baru nie cucu sedara hidangkan barobbok bersantan dan rasanya sangat sedap. Siap ada orang tu cakap barobbok bersantan tu sedap sangat berbanding yang selalu kita buat. Jadi hari ini kita buat letakkan santan (guna kotak saja) guna yang fresh lagi sedap. Tapi kita limitkan penggunaan santan, suka yang cair-cair saja. Sukatan untuk sayur tu kita agak-agak jer dan guna sayur mana yang ada saja. Hari tu pergi pasar malam ada gerai sayur jual seikat sayur seringgit, pilih 3 jenis sayur dan kita guna sukatan itu saja. Hari ini masak barobbok guna beras basmathi, jadi bubur tu nampak macam berkuah sedikit, takde lah pekat macam kita guna beras biasa (beras berkanji).
Sebelum siap memasak barobbok, siapkan dulu sambal tambahannya yang pedas dan masam, bila siap boleh terus santap. Tumbuk lumat cili padi bersama garam kemudian perahkan limau nipis.
Barobbok
Sumber: Mulia
Bahan-bahan
2 tongkol jagung - hiris nipis
1 cawan beras
1 sup bunjut
Ayam - potong kecil bahagian tulang
1 kotak kecil santan
2 inc. Halia - tumbuk atau hiris halus
Bawang putih*
Bawang merah*
Serbuk lada putih / hitam
Garam dan serbuk perisa
Air secukupnyaKacang panjang - potong pendek
Bayam - berihkan
Labu kuning - dadu
Daun bawang
Daun sup
Bawang goreng
Cara Penyediaannya
* Jerangkan air dalam periuk, basuh beras dan masukkaj ke dalam air mendidih.
* Masukkan sup bunjut, ayam dan jagung hiris.
* Tumbuk lumat bawang putih dan merah. Masukkan ke dalam sup. Biar mendidih hingga beras dan ayam masak.
* Jika guna beras biasa tambahkan air jika terlalu pekat dan biar mendidih sebelum masukkan sayur-sayuran.
* Masukkan labu dan kacang panjang.
* Maukkan sayur daun, santan, garam dan serbuk perasa. Jika suka rasa berobbok yang berlemak boleh tambah sukatan santan pekat.
* Biar mendidih seketika. Masukkan daun bawang, daun sup dan tutut api.
* Hidangkan semasa panas, letakkan bawang goreng dan sambal cili.
Lebih mantap jika diberi peneman bersama bergedil @perkedel jagung umpama soto dengan bergedel kentang.
Wasalam.
No comments:
Post a Comment