Assalam...
Lepas ronda taman di Putrajaya, keesokkan hari kita pergi bawa budak sekolah seorang ini masuk hutan pula. Pergi KDCFP (Kota Damancara Community Forest Park), hutan sekunder yang mempunyai bebarapa trail (denai), terpulang pada kemampuan stamina pengujung. Denai yang paling pengunjung suka nak pergi adalah Denai Tiga Puteri, tetapi jika sekadar untuk berjalan-jalan pada waktu singkat boleh pilih laluan denai yang pendek seperti denai petaling, denai scout, atau denai temuan. Boleh diakses melalui 2 pintu utama daripada seksyen 10 (depan sekolah SMK Seksyen 10) atau masuk melalui seksyen 9 (Taman Rimba Riang). Dulu dah ada cerita di sini.
Kami masuk melalui seksyen 10, senang sebab pernah lalu dah jadi dah tahu keadaan trail, cuma nak kena faham betul-betul papan tanda tak mau ambil trail panjang macam sebelum ini. Kami target nak jalan sampai ke Denai Tiga Puteri (hingga tepi highway NKVE) jika mampu, budak sekolah itu memang mampu. Umi Hariz dah cakap kalau tak larat kita patah balik saja jangan paksa diri.
Trail tak mencabar sangat dari segi mendaki atau menuruni cerun, tetapi kena jalan jauh pergi balik lebih kurang 10km. Laluan yang kami ikut adalah denai scouts - denai temuan - denai sahabat - denai unity - denai tiga puteri. Sampai di denai unity, budak sekolah tu berlari tinggalkan kami, agaknya dah bosan berjalan dengan mak-mak yang lambat dan banyak berhenti. Piat telinga dia masa jumpa kat puncak, kami berdebar takut dia silap jalan.
Kami bawa bekalan sama macam yang petang semalam, ada yang direcycle di situ. Sila bawa air yang cukup sekiranya nak berlama-lama di sini, sekadar botol kecil memang tak cukup.
Di peak kami berehat sekejap kemudian turun, tak sanggup berlama-lama sebab takut makin tak larat nak berjalan balik.
Alhamdulillah sampai ke point semula masa tu dah jam 1 tengah hari. Lama juga lah kami berehat dan bergelas-gelas minuman air buah sejuk dihabiskan di situ. Hariz yang sign pada nama kami di dalam buku daftar nama pengunjung di pejabat pengurusan. Dalam masa berehat tu, kenderaan polis datang, masa tu kami dengar ada aduan mengatakan ada orang sesat dan cedera di dalam hutan. Tiga orang sesat (sepasang suami isteri bersama seorang anak), saya perasan mereka masa kami beriringan turun di kawasan cerun tadi. Beberapa orang ranjer dan anjing pengesan segera datang untuk mencari mereka.
Sebelum balik JB malam ini, pahatkan lah kenangan dulu di sini. Mak At mampu bawa masuk hutan jer cuti sekolah ini, wish list Hariz nak pergi yang kena guna ongkos banyak tu kita tangguh lah di lain waktu ye.
Harap Hariz dapat sesuatu yang berguna dengan pengalaman masuk hutan hari ini. Tunggu tahun depan mak At pergi JB, kita gi hiking kat sana pula.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment