Tuesday 25 September 2018

A Day To Remember - Day 4 (25/09/2016)

Assalam
Subuh hening, cuaca Kundasang yang sejuk tu boleh buat jadi malas nak bangun pagi, sambung tarik selimut.  Eh tak boleh jadi semalam dah cukup tidur lagi satu sebab sakit tekak dan pagi-pagi dah lapar, sakit tekat akibat kurang minum air kot sepanjang 2 hari pendakian ke puncak Kinabalu.  Tengok makanan banyak di atas meja, mesti mereka keluar beli semalam.  Rinna gelak-gelak kata ada orang sedekah hantar makanan ini semua, roti, gula, teh dengan buah durian (kebetulan Kundasang-Ranau memang tengah musim durian masa tu).  Buah durian kena letak luar sebab ada yang tak boleh tahan dengan bau raja buah tu. 


Pagi itu kami sarapan ala kadar saja dengan buah durian.  Baiknya lah hati orang yang bagi sedekah tu, rupanya hanya saya seorang yang belum tahu cerita sebenar yang barang tu semua dihantar oleh bakal tunang Rinna.  Kami putuskan bersarapan di homestay saja semua sebab selepas ini Ann, Jav dan Maini dah nak balik KM.  Sedih lah tak habis sembang lagi dengan mereka dah nak balik sebab Ann n Jav kena bertugas keesokan hari lagi pun petang tu mereka kena hadiri satu majlis penting di gereja. 


Ketua kami sangat best, sebelum keluar meninggalkan derah Ranau, dia dah janji akan settlekan pasal kes dengan si Julija itu.  Ann memang bersiap sedia menunggu di IPD Ranau untuk buat laporan polis tentang si Julija tu, kena pastikan duit kawan-kawan kami dipulangkan dengan segera.  Untuk redahkan suasana mari kita jamu selera dulu makan di pekan Ranau, sambil berkenal-kenalan.


Nah baru padan muka perempuan tu, ko ingat kawan kami itu lembut-lembut ko boleh ayam-ayamkan.  Dia dah parking depan IPD Ranau nak buat laporan polis.


Tak kisahlah ko ada di mana sekarang ini, tak kan tiada saudara mara yang boleh tolong pulangkan duit diorang ini.


The best of Louis, sanggup dia drive dari Kinabatangan ke Ranau pasal hal si Julija, seorang yang sangat bertanggungjawap.  Mulanya memang kami deal dengan Louis untuk cari slot mendaki tetapi slot yang dia dapat hanya untuk Sabahan, sebab tu 3 orang non-Sabahan lagi dimasukkan bawah group si Julija yang kebetulan tidak cukup orang.  Louis minta maaf banyak-banyak pada kami semua tentang kejadian itu walaupun bukan dia yang bersalah.  Louis ini pun sudah bawa banyak group pendaki bukan hanya Gunung Kinabalu atau gunung-gunung lain yang terdapat di Sabah, tetapi turut membawa group pendaki ke luar negara.


Hati dah rasa tenang sedikit selepas pihak kami dengan si Julija mendapat persetujuan.  Pihak dia akan bank-in kan duit kawan-kawan kami semula sebelum jam 3 petang hari itu dan kami tidak perlu buat laporan polis.  Kes masih belum settled selagi wang belum dikembalikan, jadi seorang kena monitor akaunnya sekiranya duit dah masuk atau belum.  Sementara itu Ann masih menunggu di IPD Ranau dan kami ber-7 sudah bergerak ke Air Panas Poring.


Hajat nak singgah sekejap saja di Poring, dapat rendam kaki sebentar dalam kolam air panas tu cukuplah.  Sakit kaki dan jalan macam robot yang menjadi gurauan masing-masing dah macam situasi ketam mengajar anak berjalan betul. 


Sambil berjalan ke kolam air panas, ada orang buka cerita kisah silam dia yang dia pernah datang sini sebab "bekas awek" dia orang sini.  Cerita punya cerita, tup-tup bertembung dengan satu group sumandak yang berjalan keluar dari kawasan Poring.  Orang yang bercerita tadi tiba-tiba pergi salam seorang antara sumandak tu dan tanya apa khabar, lepas tu teruskan perjalanan ke depan.  Kami yang tak kenal sumandak tu, buat tak tahu saja, kami ingat itu cara kawan kami ini bergurau atau mengayat awek.  Lepas dah group kami dan group tadi berjalan agak jauh sikit, baru Aerin cerita yang watak "bekas awek" dalam cerita tadi adalah orang itulah.  Drama kebetulan atau suratan kah yang sedang berkalu di Poring ini?.


Kesian kawan kami tu, sesiapa yang pernah berncinta bagai nak rak, tup-tup tak sampai ke jinjang pelamin sebab adanya halangan perbezaan agama, adat dan budaya tahu lah macamana.  Dia pun tak minta dapat jumpa dengan ex dia di sini tapi, Allah jumpakan nak buat macamana lagi, terima sajalah.  Macho tetap kena pertahankan kan.  Dapat rendam kaki sekejap, cepat-cepat kami keluar dari sini, kena jaga hati kawan kami dari terus terusik di sini.  Mana tahu kita dapat lega sakit kaki dengan rendaman air panas, kawan tu pula makin panas hati, sebelum apa-apa terjadi baik kita blah cepat.


Lepas terapi kaki dengan air panas, kami pergi terapi kaki dengan ikan pula di Sungai Morali Kampung Luanti.  Gigitan ikan tu boleh rasa sakit sedikit atau geli mulanya, tapi lama-lama dah ok dah.  Tetapi belum sempat merasai terapi yang sesungguhnya, masa yang diperuntukan dah tamat semua kena keluar dari sungai.


Menahan rasa geli 3 hero ini, bertahan untuk ambil gambar saja lepas tu semua berlarian ke tepi sungai.  Nasiblah jika ada ikan yang terpijak, patah riuk lah jawapnya.


Ha, kira satu dua tiga kena lekuk...


Bukan lagi jaguhnya awak melompat di puncak Kinabalu semalam yek, dengan ikan tagal ini dia geli.  Dia lari macam tak cukup tanah ke tepi sungai.  Zaini, memang hari ini hari awak buat kelakar kot dengan kami.


Ladang Teh Sabah adalah antara tempat yang saya nak pergi sangat-sangat sejak dari kecil, tapi dah tua baru berpeluang sampai ke sini.  Mungkin sebab seorang pengemar minum teh jadi perasaan nak tengok pokok teh itu tinggi, masa kecil dapat tengok dan proses pokok kopi saja.  Ini ditambah lagi dengan cerita-cerita kawan sepermainan saya (arwah Jumiati) ketika itu yang pernah tinggal di ladang teh ini.  Dulu setiap kali perjalanan Sandakan - KK atau sebaliknya, sampai kawasan ini mesti tercari-cari signboard ladang Sabah Tea ini. 


Di kawasan cafe Sabah Tea ada tugu peringatan untuk memperingati peristiwa Sandakan-Ranau Death March ketika perang dunia ke-2 (zaman pemerintahan tentera Jepun). Kawasan Sabah tea ini antara pit stop P.O.W Route, sebahagian ceritanya ada di sini, nanti rajin kita cerita lagi. 


Saya pernah mengikuti tea talk anjuran syarikat teh Antarabangsa, best program tu sebab dapat banyak ilmu pasal teh, sejarah, industri, jenis-jenis teh dunia dan minum teh puas-puas.  Dari program tu saya dapat tahu ladang teh di Sabah ini adalah antara tempat pengeluaran yang berkualiti, mutunya lebih baik berbanding ladang teh yang terdapat di Semenanjung Malaysia.


Sudah sampai di sini, haruslah kita menikmati secawan teh bersama scone green tea.  Walaupun jauh sekali nak disebut sebagai jamua hi-tea, kami santai-santai saja sambil berbincang aktiviti bbq kami malam nanti.  


Sebab last minute plan dan semua setuju nak buat bbq, dalam perjalanan balik dari Sabah Tea ke homestay di Kundasang kami singgah beli barang-barang di supermarket.  Senang barang yang diingini semua ada dijual di situ.  Peralatan bbq yang basic memang disediakan oleh pihak homestay, lepas tu kami berulang alik lagi pinjam pisau, sudu, garfu, pinggan, mangkuk dan lain-lain.  Pihak homestay ok saja bagi apa yang kami nak tanpa extra charge.


Cuaca sejuk sangatlah susah untuk menghidupkan bara api.  Kita serahkan tugas itu pada 3 orang hero, bertabah lah nak grill lamb chop dan kepak ayam lepas ini.


Menjadi juga bbq kami walaupun tinggal 7 orang ahli malam tu.   Plan last minute dan sebagai umpan untuk memancing Rinna dan Aerin agar stay satu malam lagi dengan kami.  Sebenarnya Rinna yang syorkan acara ini, katanya jika malam tu buat bbq dia nak stay lagi sebab kaki dia masih sakit nak drive balik KM.


Menu utama bbq kami malam itu adalah Lamb chop dan chicken wing, tak ada nasi malam tu kami gantikan dengan mixed salad mee segera dan tuna.  Thanks Rinna dan Aerin sebab sudi stay one nite lagi dengan kami, kalau mereka balik petang tu memang takdelah acara bbq ini.

Begitulah malam ke-4 kami habiskan berkumpul seramai 7 orang, perut dah kekenyangan semua senang hati dan tidur lena malam itu.  Esok pagi kami dah kena berpisah pula dengan Rinna dan Aerin.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment