Assalam...
Pejam celik, pejam celik bekerja dengan company ini, dah 3 kali buat suntikan typod. Satu kali suntikan untuk 3 tahun, so dapat bayangkan lama dah kan. Erm so loyal gitu dalam bekerja, malas lah nak lompat-lompat.
Kali ini suntikan di klinik majlis perbandaran, bukan di klinik kesihatan macam suntikan kali kedua yang lepas. Yang pertama dulu memang suntikan kat sini juga, lepas tu pindahkan ke klinik kesihatan sebab klinik majlis perbandaran takde vaksin. Sebenarnya di klinik biasa pun boleh buat suntikan typod jika mereka ada sediakan vaksin typod tu.
Ada yang tanya penting ke suntikan typod ini, memang penting ya untuk mengelakkan penularan sebarang penyakit bawaaan makanan. Setiap pengendali makanan wajib ya ada suntikan ini, so hati-hati membeli makanan di luar jika makanan yang mereka jual dikendalikan oleh pekerja yang tiada suntikan typod.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment