Assalam...
Pasal cari makan kadang memang gila-gila dan tak plan boleh jadi, tak kisah resto tu jauh atau tengah malam. Malas nak plan-plan sebab kesudahannya nanti kecewa dan sakit hati. So sekarang ni, kalau ada hajat atau keinginan semat dalam hati jer, nampak line clear jom terus jalan, jika sudah ada dijalan menuju arah bertentangan buat corner sajalah. Macam cerita pergi makan kat sini, pergi agak lewat juga sebab pusing-pusing tempat biasa mamak jer yang ada pun, kebetulan tersebut resto Fizo Mawar Kitchen nie, en. Abe terus corner mengarah ke Bangi.
Inilah antara yang kami order, air tu 2 jer yang satu lagi dessert sweet mawar. Air pandan warna hijau tu sedap lemak-lemak rasa pandan. Konsep makanan di sini lebih ke ala thai dan kelantan.
Antara signature yang kami pilih pad thai dan tomyam bangkok. Boleh order dalam bentuk set atau ala carte. Ingat nak makan miang kam itu dulu, tapi order belum sampai. Jadi mulakan dengan yang berat ini dulu lah.
Sweet mawar nie, ala-ala macam abc gitu lah.
Sebenarnya nak mencari yang ini, hari tu pergi Absolutely Thai nak order yang ini tapi tak dapat sebab bekalan daun kaduk takde..huhuhu.
Lama juga lah menunggu baru dapat yang ini, rupanya orang tu lupa nak buat, dah selamat semua makanan yang dipesan masuk dalam perut baru sampai miang kam nie.
Tapi agak kecewa kerana kuah nise (manisan) tu terlalu pedas, manakala kelapa goreng dan kacang goreng yang dah lemau. Pedas-pedas pun berjaya kami habiskan, berentap ber-ish, ish, ish sambil minum air.
Sebab macam tak puas lagi walaupun makanan yang dipesan yang telah habis dimakan, kami order yang ini pula nasi kerabu. Dapat yang ini terus rasa puas hati, sama ada rasa dia sedap atau pun sebab memang dah full tak tahu lah nak kata.
Antara menu lain yang ada di resto Fizo Mawar, menu maggi ketam dan sotong. Tapi kami tak order lah yang ini, perut dah penuh lagi pun dan berpeluh sakan penangan pedas miang kam.
Jika ke sana lagi, boleh try menu yang lain pula sebab akan datang mereka nak serve ikan bakar atau stim.
Wassalam.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete