Assalam...
Makanan feveret anak omak dia, hahaha bukan omak den yo. Omak den dan semua ahli keluarga yang lain suka sangat dengan pulut tapi tak menurun pula kat anak yang seorang ini, sejak dulu memang tak berapa gemar makan pulut, sesekali boleh lah layan. Teringat arwah pakcik saya, pulut tu makanan ruji bagi dia, dia tak makan nasi hanya makan pulut yang di tanak, tapi tak pernah pula dengar dia mengaduh sakit urat ke atau angin. Masalah sinonim yang ramai orang dakwa akan alami selepas makan pulut selain mengantuk. Tapi tak boleh lari jauh dari pulut sebab keluarga belah sini pun suka makan pulut, pulut kuning dengan rendang ayam. Pulut kuning ni dia masak sendiri, nak merendang tak cukup masa nak menunggu, jadi lah kenenkan dengan ayam sambal.
Pulut Kuning
Sumber: Nang Teh
Bahan-bahan
1 kg pulut
2 keping asam gelugur
Sedikit serbuk kunyit / pewarna kuning
500ml santan pekat
Sedikit garam
Cara Penyediaan
* Rendam pulut bersama serbuk kunyit/ pewarna dan asam keping. Rendam beberapa jam atau semalaman.
* Panaskan kukusan hingga air mendidih.
* Kukus pulut hingga masak.
* Campur santan dengan garam. Didihkan sekejap.
* Keluarkan pulut, campur santan sedikit demi sedikit dan kacau rata hingga sebati. Pulut yang sebati dengan santan nampak berkilat dan tidak melekat pada senduk.
* Kukus sekali lagi, tapi sekejap saja. Lebih kurang 15 minit.
* Hidang bersama lauk kegemaran.
Sambal Ayam
Sumber: Mulia
Bahan-bahan
1/2 ekor ayam - gaul dengan garam dan kunyit, goreng
3 sudu cili kisar
3 biji cili besar*
5 biji cili padi* (abaikan jika tak suka pedas)
3 biji bawang besar*
3 biji bawang putih*
1 inc. halia*
1 biji buah keras*
1 batang serai - titik
Sedikit air asam jawa / asam keping
Serbuk perasa - garam dan gula
Minyak untuk menumis
Cara Penyediaannya
* Blend halus semua bahan bertanda '*'.
* Panaskan minyak, tumis bahan blend, masukkan cili kisar, serai dan tumis hingga naik minyak.
* Masukkan air asam jawa / asam keping, garam dan gula.
* Masukkan ayam yang telah digoreng terlebih dahulu. Gaul dan tumis hingga sebati.
* Sesuaikan rasa dan tutup api.
* Hidangkan bersama pulut.
Wassalam.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete