Wednesday, 28 February 2018

Usrah ArRayan Dan Al-quran Bertanda


Assalam...
Sungguh bahagia petang tu sebab Allah rezekikan  kesempatan untuk menghadiri usrah oleh Ustazah Noor Hafizah Musa di kediaman mewah Dato Ramli dan Datin Nor Hafizah Saad.  Macamana boleh terjebak ke sini sebab memang saya bukan siapa-siapa pada datin Fiza pun, bukan kawan jauh sekali sedara.  Mulanya follow Ig dia sebab minat pada Al-quran yang datin jual.  Datin Fiza jual tafsir al-quran biasa tetapi diberi sentuhan khas yang menjadikan al-quran itu sangat istimewa dan cantik. 


Perempuan sangat lah kan, suka benda yang cantik-cantik, al-quran bertanda dan disertakan khatam tracking sekali.  Yang balut batu swarovski macam nie adalah special edition.  Untuk versi khatam ada yang khatam biasa (10 hari, 16 hari dan 30 hari) dan versi khatam untuk umrah dan ramadhan.


Ini susunan al-quran yang dah siap, tapi semua tu dah ada pemiliknya, boleh pandang saja.  Al-quraan bertanda ini dibuat mengikut tempahan pelanggan dan perlu masa antara 4 ke 7 minggu untuk disiapkan.


Malam tu, usrah santai bermula selepas maghrib oleh ustazah Noor Hafizah.  Usrah anjuran datin Fiza memang khas untuk wanita sahaja dan beliau selalunya hadkan kepada 100 tetamu sahaja sebab tempat adalah terhad.  Masing-masing ada rezeki sebab selalunya datin utamakan juga kepada orang yang baru nak join atau baru pertama kali datang usrah, so masing-masing ada peluang jadi tetamu. 


Antara perkongsian malam itu dari ustazah adalah mencari jalan ketenangan dengan cara mencari Allah.  Kena fahami konsep sebenar mengingati Allah beliau sarankan supaya kita hadirkan diri dalam majlis yang didalamnya ada mengingati Allah dan hindari majlis-majlis yang penuh dengan bangkai keldai.  


Yana jadi peneman petang tu, mula-mula ajak kawan yang lain, tapi sebab tak boleh bawa kanak-kanak, kawan tu pun tak boleh nak join.


Lepas usrah, tetamu dijamu dengan makan minum lagi oleh tuan rumah.  Memang kekenyangan kami malam tu dengan nasi tomato, puding raja, durian crepe, mini burger dan lain-lain lagi.  Datin Fiza kata, sebab tak jumpa durian elok, beliau hanya boleh sediakan crepe durian untuk tetamu.

Semoga bertambah-tambah murah rezeki dan dipermudahkan urusan tuan rumah yang sudi menerima kami sebagai tetamu malam itu.
Wassalam.

Brudel Tape Keju


Assalam....
Dalam ilham mencari kudapan, tapi nak yang senang dan mudah disediakan.  Sebenarnya hari tu ada stock tapai ubi yang masih berbaki, beli masa secara sorok-sorok semasa singgah pasar malam perjalanan ke rumah sepupu.  Tapai ubi ini antara makanan yang saya pantang jumpa mesti nak beli sebab suka sangat berbanding dengan tapai pulut.   


Sekarang sebab suka berjalan-jalan dan melancong secara maya, ke wall orang yang suka masak-masak jumpa satu resepi yang guna tapai ubi.  Bila baca-baca, macam senang dan bahan pun macam semua ada, so mari kita proses tapai ubi itu menjadi kudapan yang dinamakan Brudel Tape Keju.


Brudel Tape Keju
Sumber: Ig. Novera_vee


Bahan-bahan
2 biji telur
175gm gula castor
 220gm tepung gandum
150gm tapai ubi (buang alur tengahnya)
100gm majerin
7gm yis
175ml air suam (boleh ganti susu cair suam jika suka)
Parutan keju cheddar untuk topping
 


Cara Penyediaanya
*  Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.
* Aduk sampai betul-betul sebati (boleh guna mixer selama 1-2 minit) tapi tak perlu sampai kembang.
*  Masukkan ke loyang yang sudah digris terlebih dahulu.  
*  Diamkan  selama lebih kurang 45 minit (adunan akan naik dan mengembang sekali ganda).
*  Taburkan parutan keju chedar di atas adunan atau sebarang topping dan bakar sehingga masak.
*  Biarkan sejuk dan hidangkan.
 


Tapi saya hari tu, tak sempat sejuk dah potong dan makan.  Sedap pula makan suam-suam lawankan dengan teh panas.
Wassalam.

Thursday, 15 February 2018

Produk Cuci Rahim dengan Set DD


Assalam...
CSiti aromatherapy telah perkenalkan set DD yang dikenali sebagai set untuk cuci rahim.  Tapi ini bukan produk untuk cuci rahim selepas orang perempuan keguguran ya.  Takde kena mengena langsung.  Sebenarnya produk ini menolong para wanita untuk penjagaan dalaman, terutama organ pating iaitu rahim.  Macam-macam kan masalah orang perempuan nie, sengugut, period tak keluar-keluar, keputihan, ketumbuhan, darah mendap, kurang subur dan sebagainya.  Set DD basic terdiri daripada minyak DD (minyak zaitun Palestin), hot cream, lemon scrub dan propolis.  Setiap satu produk mempunyai peranan membantu organ dalaman membuang segala toksin melalui darah period.   Salah satu medium untuk melihat rahim wanita itu sihat atau tidak, melalui darah period mereka, ada darah period yang berketul, berlendir, berbuih, pekat dan waktu keluar juga tidak menentu.



Lemon scrub ini dipakai ketika sebelum mandi buat lulur  dan urutan sikit dibahagian bawah perut dan keliling pinggang.  Bukan nak tanggalkan sel-sel kulit mati saja, tapi kesan yang lebih sebagai melancarkan pengaliran darah.


Hot cream ini memang hot sangat-sangat, panas dia tahap nak kerabat dinding.  Pernah rasa panas pijor (pijau) tak, ah macam tulah tahap panas cream ni.  Pertama kali guna panas sampai berpeluh-peluh, lepas beberapa ketika rasa panas tu surut, badan akan rasa nyaman macam baru keluar sauna.  Kalau jenis tak tahan panas atau pertama kali mencuba, elok sapu sikit saja. 


Pil propolis dari madu lebah kelulut, menggalakkan penghasilan antibodi badan, kira protection dari dalam.  Rasa dia pahit dan ada bau yang tak menyenangkan sikit.  Masa ambil tu terus telan tak perlu hidu-hidu lagi.

Sebelum apa-apa yang lebih serius berlaku, kesan dari ciri-ciri yang atas tu, boleh lah cuba guna produk set DD.  Mencegah lebih baik dari mengubati kan, lagi pun produk ini diperbuat daripada bahan alami.  Setiap penyakit dan kesembuhan dari izin Allah semuanya.
Wassalam.

Tuesday, 13 February 2018

Lao Mandre: RM Lamun Ombak, Padang


Assalam...
Pagi hari pertama ketika kami sampai di ranah minang (tanah orang minang), perkara pertama nak buat ialah mengisi perut.  Supir yang ambil kami budak muda, macam malu-malu dan tak banyak cakap.  Part nie, En.Abe suka sebab kalau dapat sopir yang dah berumur banyak cakap tak pasal-pasal ko disekolahkan nanti.  Hentam sajalah labu, nasib lah dah study sikit sebelum datang ke sini klau tak jenuh nak bertanya, satu ditanya satu dijawapnya, last semua diam seribu bahasa hanya layan fanorama sepanjang jalan dan lagu kekinian dari play station.  Satu yang saya tanyakan, orang sini pagi-pagi sarapan makan apa, dia jawap makan nasi, so mari lah kita makan nasi, tanpa kata dia driver dan singgahkan kami di RM Lamun Ombak.


Sudah menjejakkan kaki di bumi Padang, silalah makan nasi padang sepuasnya.  Ini restoran pertama yang kami singgah, lebih kurang dengan restoran nasi padamg yang lain.  Antara resto terkenal kot di Padang ini, nak tanya kat supir, tak tahu dia dah ke mana.  Mula-mula tadi kami ajak dia makan sekali boleh lah borak dengan dia, tapi dia makan tempat lain pula.



Bermula lah acara pilih memilih lauk.  Lebih dari 20 lauk pauk terhidang depan kami, kebanyakkan lauk daging dan ayam.  Kami hanya pilih 5 pinggan kot termasuk sambal.


Mencuba killer menu orang minang yang nie, telur tembusu namanya walaupun bukan terbuat daripada telur.  Kantung tu dari usus lembu dan inti dalamya daripada tepung yang dicampur bumbu.  Sangkaan meleset sama sekali, ingatkan telur yang disumbat ke dalam usus tu.


Sambal ikan masin air tawar kot yang nie, sedap sangat.  Makan yang nie je dengan nasi dah cukup, dua orang lagi tak boleh pisah dengan menu ayamnya.


Jadi pagi pertama dibumi Minang, kami bersarapan mengalahkan king.  Selalu kalau berjalan-jalan, sarapan pagi pilih yang berat dan skip makan tengahari.  Lewat petang pula baru cari makanan berat sebagai makan malam.


Selepas makan dan settlekan bil, kami tak berlengah kat resto tu, cari supir dan ajak teruskan perjalanan.  Perjalanan ke tempat tujuan masih jauh dan akan singgah di beberapa tempat.


Sepanjang jalan mendaki ke Bukit Tinggi pagi itu cuaca redup dan sesekali bersulam gerimis.
Wassalam.

Thursday, 8 February 2018

Take a Break: Mandi Manda Sungai Rengat


Assalam...
Esok pagi kita pergi mandi sungai, dengar tu rasa macam nak balas balik, pergi jelah, bukan jadi masalah pun, terjun jelah sungai kat tepi rumah tu, macam kebiasaan mereka mandi sungai tepi rumah.  Hampir setiap kali balik kampung mesti mereka nak mandi sungai.  Hanya mampu bersabar dan tolong fahami mereka yang membesar tepi sungai, tentu sekali banyak kenangan.  Saya mula-mula dulu suka juga terjun, biasalah mula-mula teruja mesti ada, tapi setiap kali lepas mandi sungai, badan gatal-gatal tu yang mengurangkan keterujaan.  



Rupanya kali ini nak pergi sungai lain, Sungai Rengat yang terletak dalam hutan simpan dan agak jauh ke dalam.  Separuh daripada laluan untuk sampai ke sini adalah jalan kebun, tanah merah, curam dan agak licin terutama ketika musim hujan.  En.Abe ang the gang pernah sampai sampai ke air terjun mencari ikan, lubuk kelah katanya kat atas tu.  Mereka bawa tong oxygen dan menyelam sampai ke dasar sungai mencari ikan.


Kami hanya mandi di kawasan sungai yang pertama kami jumpa, pinggir kebun tak sampai ke dalam hutan simpan yang ada air terjun.  Bagi saya lebih selamat kat sini, sebab masih boleh jumpa orang bermotorsikal nak ke kebun.


Seronok Jannah main air kat tebing.  Suhu air pun tak sejuk sangat, jadi boleh berendam lama-lama. 


Makcik tengah update status ker? line clear kat sini, banding kawasan pekan kat luar tadi.  Jom kita mandi sungai, tinggalkan gadjet berdamai dengan alam sekitar.


Ada kat seberang sungai tu ada kawasan luas sikit untuk orang berkelah.  Ada bekas orang pernah buat bakar-bakar kat situ.  Sebenarnya itu juga laluan keluar masuk orang ke kebun sawit mereka.


Pergi berkelah bawa bekalan roti canai, nasi berlauk dengan nasi kerabu.  Bukan masak pun, beli je dari peniaga nasai kat kampung.  Masa kat rumah rasa kenyang tapi sampai je tepi sungai, tiba-tiba rasa lapar.  Beselera sungguh makan sambil berendam separuh badan.  Naik dari berendam makan roti canai pula.


Dekat nak zohor, jom kita kemas-kemas dan balik.  Keadaan langit dah mula nak gelap, kena segera keluar dari situ sebelum hujan turun, tak mau ambil risiko sebab kereta pun bukan jenis yang ada kuasa berganda-ganda. 


Akan datang boleh plan betul-betul dan pergi ramai-ramai, ajak beberapa orang kawan sekampung dan keluarga mereka sekali.  Hari tu pun ramai yang tak puas hati sebab tak diajak selepas tahu kami pergi mandi di Sungai Rengat.
Wassalam.

Pulut Kuning & Sambal Ayam


Assalam...
Makanan feveret anak omak dia, hahaha bukan omak den yo.  Omak den dan semua ahli keluarga yang lain suka sangat dengan pulut tapi tak menurun pula kat anak yang seorang ini, sejak dulu memang tak berapa gemar makan pulut, sesekali boleh lah layan.  Teringat arwah pakcik saya, pulut tu makanan ruji bagi dia, dia tak makan nasi hanya makan pulut yang di tanak, tapi tak pernah pula dengar dia mengaduh sakit urat ke atau angin.  Masalah sinonim yang ramai orang dakwa akan alami selepas makan pulut selain mengantuk.  Tapi tak boleh lari jauh dari pulut sebab keluarga belah sini pun suka makan pulut, pulut kuning dengan rendang ayam.  Pulut kuning ni dia masak sendiri, nak merendang tak cukup masa nak menunggu, jadi lah kenenkan dengan ayam sambal. 


Pulut Kuning
Sumber: Nang Teh

Bahan-bahan
1 kg pulut
2 keping asam gelugur
Sedikit serbuk kunyit / pewarna kuning
500ml  santan pekat
Sedikit garam


Cara Penyediaan
*  Rendam pulut bersama serbuk kunyit/ pewarna dan asam keping.  Rendam beberapa jam atau semalaman.
*  Panaskan kukusan hingga air mendidih.
*  Kukus pulut hingga masak.
*  Campur santan dengan garam.  Didihkan sekejap.
*  Keluarkan pulut, campur santan sedikit demi sedikit dan kacau rata hingga sebati.  Pulut yang sebati dengan santan nampak berkilat dan tidak melekat pada senduk.
*  Kukus sekali lagi, tapi sekejap saja.  Lebih kurang 15 minit.    
* Hidang bersama lauk kegemaran.
 
Sambal Ayam
Sumber: Mulia

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam  - gaul dengan garam dan kunyit, goreng
3 sudu cili kisar
3 biji cili besar*
5 biji cili padi* (abaikan jika tak suka pedas)
3 biji bawang besar*
3 biji bawang putih*
1 inc. halia*
1 biji buah keras*
1 batang serai - titik 
Sedikit air asam jawa / asam keping
Serbuk perasa - garam dan gula
Minyak untuk menumis


Cara Penyediaannya
*  Blend halus semua bahan bertanda '*'.
*  Panaskan minyak, tumis bahan blend, masukkan cili kisar, serai dan tumis hingga naik minyak.
*  Masukkan air asam jawa / asam keping, garam dan gula.  
* Masukkan ayam yang telah digoreng terlebih dahulu.  Gaul dan tumis hingga sebati.
*  Sesuaikan rasa dan tutup api.
*  Hidangkan bersama pulut.


Wassalam.

Wednesday, 7 February 2018

Lao mandre: Kungfu Ramen (Hand Pulled noodle)


Assalam...
Hari tu pernah cerita yang teringin nak makan mee tarik tapi malas nak pergi cari jauh-jauh.  Kawan saya ajak pergi giant KJ makan mee ramen katanya.  Dengar nama ramen ingatkan mee jepun ke apa, rupanya sama macam mee tarik juga (hand pulled noodle) cuma nama resto lain, tokeh lain kot, tak kisah lah tu, janji dapat makan mee yang di tarik-tarik nie.


Nampak sangat dah lama tak pergi giant KJ, dah lama tak beli barang dapur penuh trolley.  Sejak ekonomi meleset nie, isi poket pun dapat beli barang kat 99 jer sebab kedai 1M pun dah tutup lama tutup.  Lupakan lah pasal ekonomi tu, merudum ke rancak ke, tembolok tetap kena isi untuk kelangsungan hidup. 


Mari kita makan mee yang dikunfu oleh orang dalam cermin tu.  Macam senang jer dia hayun tepung tu, hayun mai hayun pi dah jadi tali kecil-kecil pastu lempar masuk dalam periuk air panas. 


Ini braised beef noodle soup special.  Yang best kat sini boleh buat pilihan mee nak guna daging, ayam atau kambing.  Kami pilih kambing sedap jugak.


Try mee yang goreng ini, tak ingat namanya sebab order main tunjuk-tunjuk jer gambar.


Kawan saya minta kami try dumpling ini, inti daging.


Cili ini yang paling sedap.  Pedas dia tak macam pedas cili padi tapi cukup buat kita nak terbersin dan tersedak.


Suka sangat makan dumpling letak sambal cili ini banyak-banyak.  Sadap sampai tersedak-sedak makcik, ini baru trill.


Alhamdulillah, kenyang.  Ada orang tanya mana sedap atau sama sedap dengan mee tarik warisan ker, bagi saya sama sedap.  Tapi my bff kata yang ini lagi sedap.  Selera masing-masing kan.


Selang beberapa hari kami ulang lagi makan kat sini.  Order semangkuk mee dan dumpling saja, lebih dari cukup untuk kami berdua.
Wassalam.

Tuesday, 6 February 2018

Cinta Zulaikha


Assalam...
Ini bukan cerita cinta manusia agung bernama Zulaikha pada Yusuf, tapi cerita cinta hamba kepada kek jenama Zulaikha.  Kek hasil dari air tangan bunda Zulaikha, sejak saya dapat rasa dan kenal terus jatuh cinta.  Ya saya suka akan benda manis-manis, menurun dari sebelah mak kot saya ni.  Mak saya memang penggemar manisan, kueh muih yang dia dia buat dulu semua jenis manis tahap potong kaki, tak panggil kueh katanya kalau tak manis dan Alhamdulillah pada usia emasnya dia bebas daripada  masalah kencing manis. 


Kenal kueh bika ambon nie, sejak duk Penang lagi, ramai kawan Indonesia (dari Medan) yang bila balik bercuti di kampung mereka akan bawa kueh ini sebagai buah tangan untuk kami.  Mereka juga yang kenalkan kueh jenama Zulaikha ini yang paling sedap.  Sekarang lagi senang sebab satu tempat kerja ni ada orang Medan, rumah dia dekat-dekat dengan Zulaikha pulak tu.  Setiap kali dia nak balik kampung mesti tanya kalau kita orang nak kirim apa-apa.  Masing-masing macam orang ngantuk disorongkan bantal.

Lapis legit ini memang terkenal di Indonesia, memang ada kelainan rasa berbanding dengan kek lapis Sarawak.


Kotak khas untuk saya, dalam tu ada bika ambon dan lapis legit.  Hanya saya seorang je penggemar bika ambon di sini, yang lain hanya pesan lapis legit.  Si amoi tu minta dibelikan 4 biji lapis legit untuk dihidangkan sempena gong xi fa chai nanti.


So mari lah makan kek sampai lebam sebab lepas ini kena rehat dulu ler.  Ada orang dah sound asyik makan kek jer, beli banyak-banyak pulak tu, macam mana dengan diet awak.  Makcik sentap ok, kena tegur sebegitu rupa...hahaha.
Wassalam.