Saturday, 14 October 2017

Take a Break: Snorkelling @ Bohey Dulang


Assalam...
Lamanya nak ambil masa nak upload cerita di sini, tunggu nak redahkan perasaan kecewa sememangnya makan masa bertahun juga lamanya.  Kecewa sebab tidak sampai hajat nak mendaki ke puncak itu, dulu ada mention ceritanya kat sini.  Sebab tak boleh nak naik, kami hanya dibenarkan berlegar-legar di bawah ini saja dan snorkeling di kawasan jeti.


Berdekatan dengan pendaftran kemasukan ke Bohey Dulang, terdapat pusat pembenihan kima gergasi (Giant Clam).  Saya pun tak tahu apa itu kima, boleh makan ke idok eh?.  Saya cuma kenal kerang, kupang, dan lala, ini sejenis kerangan laut juga tetapi saiz besar.  Kima inilah yang menghasilkan mutiara (lao tzu pearl).


Gambar bawah, kima gergasi yang ada di kolam pusat pembenihan Taman Marin Tun Sakaran, Semporna.  Kima gergasi lautan Pacifik dan lautan Hindi boleh mencecah seberat 200kg, jika dibandingkan dengan yang kami tengok ini, kiranya kima ini belum cukup gergasi.


Tapak sulaiman.


Sangar yang digunakan sebagai tempat pembiakan kima gergasi.  Kima gergasi yang cukup tempoh akan ditempatkan di sini sebelum ianya di tempatkan ke habitat asalnya di laut.


Keluar dari pusat kima, kami bergerak ke jeti untuk menunggu bot kami ke pulau seterusnya.  Diberitahu ada lebihmkurang sejam setengah lagi, so boleh lah nak pose-pose sebelum terjun ke dalam laut. 


Kerangan laut yang melekat pada tiang-tiang kayu jeti.  Melihat ke bawah jeti itu pun dah terhibur, boleh saksikan pelbagai warna anak ikan yang berenang-renang.


Mulanya ingatkan malas nak ikut mereka snorkeling, tetapi bosan menunggu lama terjun jugak lah akhirnya.  Snorkelling hanya di kawasan jeti, tak pergi jauh pun sekadar nak menghabiskan peruntukan waktu yang berbaki.


Budak tudung hijau tu, pengalaman pertama snorkelling takut-takut pada mulanya dan guna peralatan snorkelling pun kekok lagi.  Lama-lama dia lebih-lebih pulak tak nak naik. 


Pack lunch yang disediakan, termasuk dalam pakej yang kami ambil.  Lepas berendam dalam air memang terasa lapar, sedap saja semua lalu di tekak.


Ada 2 pasangan yang ikut rombongan kami tak makan lunch yang disediakan.  Tak biasa kot makan macam tu.  Selepas habis lunch, bot pun sampai dan kami dibawa ke pulau seterusnya.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment