Friday, 20 October 2017

Take a Break: Hiking Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya


Assalam...
Mari kita bersenam untuk keluarkan peluh, zumba tak boleh, lari tak boleh, sit-up tak boleh, berbasikal tak pandai, banyak sangat yang tak boleh jadi moh leh kita pergi hiking.  Buat sekadar yang termampu.  Jalan masuk semak, panjat bukit, turun lurah, jumpa parit atau tali air memadai lah, untuk aktiviti keluarkan peluh di hujung minggu.



Pagi ahad, kami pergi berempat terdiri daripada geng yang sihat-sihat belaka memulakan perjalanan.  Trek agak licin dan becak sebab lepas hujan. 


Daripada starting point utama kami bergerak mengambil arah ke sebelah kiri dan sampai satu lorong yang ada pencawang.  Sebenarnya banyak track laluan baru, yang agak mengelirukan terutama bagi yang baru pertama kali hiking di sini.


Selepas mendaki dari area pencawang, pendaki akan sampai ke kawasan kuil hindu dari situ boleh nampak pemandangan PJ new town dan kawasan Pantai Dalam KL.


Tiang-tiang tu banyak mengelilingi kawasan kuil, sama ada untuk pembangunan masa depan atau memang dibuat sedemikian rupa, tak dapat nak pastikan.


Pemandangan ke arah kondo Mexwell Tower, Freser Tower dan Cameron Tower di kawasan Gasing, PJ (Selangor).


Kalau naik sampai atas kawasan kuil, rasanya pemandangan dia lagi jelas untuk kawasan sekitar.  Tapi sebab takut sesat jika tak follow group orang lain, kami tak jadi naik ke atas.


Menuruni cerun dari kawasan kuil untuk masuk ke kawasan hutan semula.


Rasa dah sangat jauh kami berjalan, daripada kawasan hutan, keluar ke jalan bertar, masuk hutan semula.  Kena rajin bertanya kepada hikers yang lain. Berjalan jauh tak kisah yang takut jika sesat, tapi nak takut apa kan, coverage phone 4G ya semua kawasan.  Ramai jer orang yang boleh tunjukkan jalan, jangan malu nak bertanya.


Jalan punya jalan sampai ke Taman Rimba Bukit Kerinchi (Wilayah Persekutuan KL).  Jauh kan jalan dapat cover 2 negeri.  Di taman rimba ini, sesuai untuk bawa keluarga beraktiviti terutama kanak-kanak, ada kemudahan di sediakan seperti pondok, bilik air, kolam, tempat memasak dan sebagainya.


Hajat hati nak cover juga kawasan ini, tapi nampaknya tenaga tak mengizinkan tambah lagi 2 orang tu dah pancit awal lagi.  Macamana lah nak ikut cabaran mendaki Kinabalu jika di Gasing pun ko dah nak putus nyawa dek oi?.  Kita pula rasa tersangat lapar dan telah kehabisan bekalan air.  Next time boleh lah ke sini pula dan cover di sebelah kanan Hutan Pendidikan Bukit Gasing tu.


Selepas berjalan lebih kurang sejam setengah, dalam pusingan 4.7km, keluar masuk Selangor dan Wilayah KL akhirnya kembali semula ke pangkal jalan, di Jalan Tanjung 5/4.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment