Assalam...
Sasaran nak ke Sky Mirror bersama geng karas, Alhamdulillah terlaksana dan memang menepati sasaran kali ini. Beberapa kali tertunda sebab tidak semua ahli bercuti pada hari yang sama dan sky mirror ini pun wujud hanya pada hari tertentu saja. Kami mengikut pakej yang naik speed boat daripada Jeram, Kuala Selangor.
Tempat perlu berkumpul di rumah kedai sebelah, Burger King Jeram sebelum atau pada jam 7.30 pagi, sebab bot yang kami naiki itu akan bertolak tepat jam 8.00 pagi. So awal pagi tu kena rush ke sana, perjalanan dari rumah pun lebih kurang sejam ke Jeram. Perjalanan dari jeti ke dataran pasir tu lebih kurang 30 hingga 40 minit, laluan kiri kanan adalah ladang kerang. Tempat yang berpagar atau ada semacam tiang, tu maksudnya kawasan kepunyaan orang. Kalau rasa nak pergi mencari kerang sendiri, pergi lah di kawasan yang tidak bertanda .
Kami naik bot di Jeti Kebun Kerang Sungai Buloh. Dapat tengok orang bersihkan kerang ketika nak pergi, rasanya salah satu tempat pendaratan utama kerang dan benih kerang di Kuala Selangor. Ketika balik dari tengah laut, hajat nak beli kerang... kerangnya nan hadoo.
Ketika berlepas dari jeti tadi, kami ingatkan bot kami antara yang terawal akan sampai di pulau pasir ini. MasyaAllah dah banyak bot yang landing (terdapat banyak syarikat pengusaha bot) manusia apatah lagi ramainya. Memang dah ramai pengunjung ke sini sejak dimasukkan dalam kalender pelancong negeri Selangor. Terdapat juga pelawat yang naik bot daripada jeti di Kuala Selangor.
Macam tinggi sangat dia terbangkan? Budak yang jadi awak-awak bot pelancong tu semua sudah tahu teknik nak ambil gambar yang cantik. Mereka yang nak ambil gambar cantik-cantik kena cop budak untuk ambil gambar dan kawasan yang tidak memungkinkan ada bayangan orang lain selain mereka.
Apa-apa aje lah aksi korang. Kat sini memang bergambar saja lah aktivtinya, jadi guna kesempatan yang ada untuk berselfie, berswafoto dan yang sewaktu dengannya.
Percubaan membuat aksi ini yang, walaupun mudah pada pandangan mata namun jika semua kayu, payah juga mendapat kordinasi yang sempurna. Kesian adik yang menjadi photographer menunggu. Tolong ambil gambar pelawat sudah termasuk dalam pakej berserta prop sekali. Pelawat tinggal beraksi sahaja, tapi pandai-pandailah nak minta tolong sebab ramai lagi group lain nak guna khidmat yang sama.
Di tengah laut ini, baru jam 9.00 pagi dah terasa panas sangat, tapi mujurlah guide kami ajak balik pada jam 10 lebih macam tu. Sunblock harus guna ya, pakailah tebal untuk elakkan kulit gosong (terbakar).
Lepas itu kami dibawa ke Pulau Angsa sebelum balik semula ke jeti di Jeram. Pulau ini menempatkan rumah api yang masih berfungsi sebagai panduan kepada kapal-kapal yang melalui Selat Melaka. Terdapat juga bekas tinggalan rumah rehat Sultan Selangor yang musnah dalam kebakaran dan pembangunan resort yang terbengkalai.
Kami cuma berehat sebentar di sini sambil menikmati bekalan nasi lemak dan air minuman yang disediakan oleh guide. Bekal sandwich yang dibawa dari rumah pun layan juga sebab masing-masing dah lapar. Saya tak sempat nak merasa rehat-rehat di atas bukit di sini sebab beratur nak guna bilik air. Nak repeat lagi ker?, mungkin jika ada orang nak belanja.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment